Monday, October 31

suprise untuk yang tersayang part 3

last week kan aku dah cakap nak suprise kan anak teruna aku dgn short holiday weken baru nih... hurm.. aku dah bgn awal ni dlm kul 5 lebey, untuk pack baju (mati la pagi2 baru nak pack baju) :p pastu turun dapur panaskan sambal bilis.. kemas n pack daging2 halal..masuk dlm plastic bag pastu kejut anak soh siap2.. dia tanya nak pegi mana awal awal ni.. masa tu dah kul 6 pagi.. aku cakap nak antar barang2 kat kawan mama..

pastu semua dah setel, aku kol taxi. pepagi tu masa aku kol operator tu jawab ohh morning pani qistina... agaknya nombor aku ni dorang dah save gamaknya... pastu naik teksi menuju ke centrallny.. tetiba masa sebelum masuk city aku br teringat yg aku lupa bawak ayam2 aku goreng.. isk! sedeynyaaa... tak dapat bawak ayam goreng ke krakow.. isk isk..


sampai je aku bawak qyum brekpes mekdi.. dia pun x syak apa apa langsung cuma dia tanya pas bg brg kat kawan mama ni.. kita nak g mana? aku ckp la balik rumah.. dia pun okey je sbb dia sibuk nak tengok kartun.. aku ckp kita kena carik locker luggage letak beg tu n bg passwd kat kwn kau tu utk bukak.. dia agak impress la sbb ala ala detektif kan.. :p tapi masa lg 15min nak train smpai aku ajak turun kat platfom dah...

aku : supriseeee!!!!!
anak : (terkejut sbb aku jerit kuat sikit) seprais apa???
aku : kita akan pegi holiday naik train!
anak :  hah! yeke????? (memang terkejut terkujat anak aku) adik pestime naik train! alamak!!! baju2 adik mama bawak ke?? charger galaxy tab???

ahhahahaha...budak tu sikit punya risau dia punya baju n charger semua aku x bawak kan :p okey.. aku buat cuti ni part by part ek.. sebab banyak kisahnya jugak.. :)


budak ni mmg super eksaited.. nak nak coach kiteorg naik tu kami berdua je takde kongsi dgn yang lain so dia super eksaited la.. dia sangkut baju kat tepi penyangkut baju.. sengehhhh je manjang... huhuhu.. pastu xduduk diam. kejap g sana sini.. tapi dia xda komplen penat or mengantuk apa pun..




dia duduk diam diam je.. sesambil main psp.. smpai psp abis bateri.. pastu dia charge psp dia.. sbb dlm coach tu ada tempat charger bebetul sebelah seat kita duduk tuh.. bila lagik 20 minit nak sampai, ada dua beradik main lari2 kat luar tuh.. qyum cakap nak join.. dia gentlemen abis g jmpa mak budak tuh n mntak izin nak main... dia dtg kat aku ckp mak bdk tu bg n bdk tu blh ckp english gak sikit2...


so memasing dok menayang psp memasing.. menayang la ko ada game apa aku ada gam2 ni bla3... pastu elok kejap je dpt main dah sampai krakow... anak aku sonok gak la dpt gak kawan dalam tuh kannn... so aku akhiri part ni dgn tuan tanah yang makin kembang... :)



Friday, October 28

suprise untuk yang tersayang part 2

kan beberapa hari lepas aku cerita pasal suprise untuk qaiyyum.. aku dha beberapa hari cuba carik tiket tapi aku tgk berderet beratur nak beli tiket so aku give up.. hari ni aku bagi ke patryk duit n suruh dia je gi belikan.. risau n berdebar ni.. risau takde tiket untuk aku n qaiyyum ke krakow esok.. kalau tak jadik xpe la.. sebab aku belom lagi reveal apa suprise tuh kan.. so aku boleh mengadakan suprise yg dia teka je.. tapi x syok la kan kalau xdpt nak pergi... pls pls.. ada la tiket harapnya...

Halal Food di Warsaw, Poland

semalam ada sorang student datang embassy.. dia mohon bantuan cadangkan kedai halal di warsaw ni. kesian.. sampai dah lima hari di warsaw and masih blur jugak.. so aku rasa nak buat entry pasal halal food di warsaw ni.. supaya bila orang dapat la bayangan or tau mana nak dapat halal food kat warsaw ni..

kalau ekotkan di warsaw ni berlambak-lambak kebab tapi kena ingat tak semua nya halal ye.. so nanti aku bg beberapa kedai kebab yang halal di warsaw ni.. sebab kat sini, orang polish pun berebut-rebut nak jual kebab sebab kebab kat warsaw memang sangat sangat laku la..

kedai pertama aku nak kenalkan adalah kedai yang selalu aku pergi beli ayam / daging basah yang halal.. tokey dia ni dari syria kalau tak silap aku... nama kedai tuh le diplomate. first time aku gi memang tak terjumpa pun kedai ni.. pastu KC aku yang bawakkan rupanya senang je... le diplomate ni bukak dari monday - saturday.. monday dia bukak dari kul 10 pagi sampai kul 7 petang. sabtu plak dia bukak dari 10 pagi sampai 3 petang je.. ahad dia cuti. no tepon dia +48 22 6160539 or tepon henpon dia +48 22 600258238. dia boleh ckp english sikit2. janji ko jangan slang sangat jangan laju2.. guna simple english je.. ni aku bg map dari embassy ke kedai le diplomate tu ek..

kalau klik nampak besar kot..

kedai kedua plak kedai kebab yang selalu aku pegi.. nama dia falafel kebab.. ni antara kebab halal yang super osem sedap.. ehhehe.. dan murah gak la.. 10zloty ko dah dapat kebab dia.. kedai dia kat Francuska Street, Saska Kepa.. dia ada dua cawangan.. satu kedai jual kebab daging.. tak jauh dr kedai dia dlm 150 meter dia jual kebab ayam.. yang ni aku xda no tepon. hehehe.. satu perkara lagik mamat jual kebab ni penah keje kat malaysia dulu setahun..

kedai ketiga plak nama dia Amrit Kebab.. kedai dia pon osemmm!!!! aku baru pergi sekali sebab ada student yang kenalkan kedai tuh... memang sedap.. harga pun not bad.. pastu suasana kedai dia pun best jugak tp kena tahan la sebab selalu ramai lepak situ.. korang rujuk kat Amrit Kebab punya website ni.. korang bukak la pakai google chrome :) nanti dia translatekan la website amrit ni.. sebab website amrit dalam bahasa polish.. oh lupa nak ke Amrit Kebab ni.. amik trem no 9 dari Centrum or Centralny turun kat stop Ochota Ratusz ye..

pastu kedai berikutnya nama Samira Restaurant. Samira ni best jugak sebab dia jual macam macam..  kat sini ada roti paratha.. ada nugget.. ada daging burger.. ada sosej.. dorang bawak dr negara arab.. tu yang harga dia mahal sikit tapi dr melopong je ko x dpt makan??? so pejam mata je la.. beli la sesekali buat merasa.. hehehe.. nak ke samira ni leceh sikit sebab turun trem tepi jalan, kena jalan dalam 500 - 800 meter gak la masuk ke dalam.. tapi dr tepi jalan tu dah nampak besar sign board tulis SAMIRA tuh.. leh gak kalau korang naik teksi ke sana.. pastu mntak teksi tu tunggu kejap.. korang masuk beli brg2.. pastu naik semula teksi balik ke city :) oh nak naik trem dari Centralny tu boleh naik no 17 and 33 yer...

kedai yang kami baru terjumpa... Fresh and Chillies. hehehe.. best gak.. aku makan 2-3 hr lepas.. ni nak g makan lagik next week.. sebab beriyani dia sedap gak. hehehe.. plus sbb halal kan.. mkn beriyani kat kedai india kena amik lauk seafood je kan.. ada shisha gak kat kedai ni tapi mahal la.. 40zloty kalau aku x silap.. nak pergi kedai ni sama mcm nak pergi ke samira tu.. dekat je dua kedai ni.. cuma Fresh n Chillies ni bebetul tepi jalan.. tapi samira kena masuk dalam sikit dari simpang kedai Fresh and Chillies ni...

dannnn yang terakhir... kedai favourite aku and qaiyyum marami :) nama kedai ni MAHO.. nak ke maho dari centralny boleh naik trem no 9 (macam nak ke amrit jugak) tapi kena turun stop nama Hynka.. dari stop Hynka leh nampak kedai kaler merah nama maho ni.. apa apa pun korang leh jenguk website maho ni... kalau oder makanan, amik la turkish tea dia.. ehhehee.. sebab free! :p

so setakat ni... ini lah yang aku dapat bantu.. kalau ada penambahan kedai halal yg bets kat warsaw, nnt aku update lah :)

Wednesday, October 26

situasi keenam

balik je dari sekolah...

Busuk : Mama!mama kena buat facebook adik..
Aku : Kenapa?nak buat apa?
Busuk : Ala (kawan sekolah dia) cakap.. kalau kita ada facebook, kita boleh tulis apa kita rasa.
Aku : Ko nak rasa apa dik oi?
Busuk : Sengeh jer.. :p

p/s : Facebook Qaiyyum ada tapi aku adakan facebook dia untuk bantu aku main sims social je kat fb. hahahhaa!

suprise untuk yang tersayang :)

tersayang yang di maksudkan adalah?


sapa lagi kalau bukan budak busuk ni... sekarang ni kurang dah sikit busuk pas balik sekolah.. sebabnya sekarang ni dah windy.. makin sejuk.. so cikgu takan bawak dorang ni ke playground (qaiyyum sebut playgron) so takde peloh2.. takde masam masam dah. hehehehhe

siang tadi tiba tiba terpikir nak suprisekan anak ni... :) apa yang membahagiakan seorang ibu? jika tengok anak sendiri bahagia kan? tapi aku belom bahagia lagik. kekeke.. sbb anak aku belom tau pasal plan aku ni.. tadi nyaris2 dah nak terpecah tembelang masa aku nak gi beli tiket tapi aku pakai nama local staff, walenty.

kalau takde aral melintang menegak, sabtu pagi ni aku nak bawak qaiyyum naik train.. ke Krakow. sabtu dalam kul 8 lebih naik train dalam 3 jam 10 minit.. aku dah kontek Ming Lee kat sana.. dia ada suggest beberapa bilik.. aku pun dah tawar diri untuk bawakan stok daging halal untuk student muslim kat sana.. krakow takde halal food.. except seafood je la..

plannya nak bawak ke wawel castle and oldtown... kan hari tu aku dah pegi krakow. so kali ni nak bawak qaiyyum plak la.. :) dah ckp kat dia mama ada suprise... dia sibuk la nak tau and teka macam macam.. salah satu yang dia teka 'eleh adik tau!mama nak bawak adik tgk woyang (wayang)' hahahahha!kita tunggu je la dik!

Tuesday, October 25

salam sayang

punya malas aku nih nak hapdet kan? itu lah nya. kalau dtg rajin.. memanggggg la rajin.. :) tapi lately datang malas.. plus banyak sangat keje la.. broadband pun rosak.. hr ni br la amik broadband. hurm.. nak ceta apa ek? banyak jugak kot nak cerita2 ni.. tapi kepala dgn pusingnya.. tak leh nak cerita mana satu la..

by the way.. last week,, aku dah setelkan beli tiket untuk cuti krismas ni.. kalau xda aral melintang menegak.. maybe aku akan ke satu tempat :) berjumpa yang tersayang... :) tiket memang la mahal.. hari ni aku tengok 1600zloty.. esoknya bila nak beli dah more than 2k dah pun.. pasrah je la.. kalau makin tangguh bila lagi aku nak pegi kan?

hari esok eo aku gi haji.. so kami satu opis bersepakat la bekerja sama nak uruskan akaun2 embassy.. cuak giler.. nak nak walenty..tapi walenty cakap dia rasa dia boleh catch up.. cuma ada bnda dia tanya aku gak la.. walaupun aku bkn tau sangat.. 

jumaat ni qaiyyum ada party halloween.. watak apa qaiyyum bawak? ntah la.. dia tuh keliru lagik sebenarnya.. tatau watak apa dia nak.. costume dah ada 3 tapi dia masih bingung nak pilih... just wait n see ye? so.. sebagai penyudah entry ni.. aku bagi korang tengok la costume yang qyum ada :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

korang rasa mana dia nak pilih?



Wednesday, October 19

Wednesday, October 12

Belajar Mengait

Aku tgh datang seru nak belajar mengait ni. Tetiba jer dtg seru tuh. Dah dua hari aku prgi kedai jual benang tu tapi tutup. Sedih tauuuuu? Pasti hari ni kebetulan aku nak gi bank yg dekat sgt dgn kedai benang tuh. Sonok la sbb dapat apa yg dihajati. Kan niat di hati tu berkobar kobar nak mengait katanyaaaaaa..

Pastu nak dipendekkan cerita, aku pas bayar duit benang and needle utk mengait tu, aku belek belek buku mengait baby yang dalam gambar tuh. Sesambil belek, makcik polish ni buat isyarat soh aku amik terus buku tuh. Harus la mak gembira kannnnn? Dapatbende free katanyaaaa. Pas amik.tuh, makcik polish tu cakap dalam bahasa polish and tunjuk kat perut aku.. Kalau korang tak sentap ker? Sentap sangat aku okeyyyyyyy! (sambil tangan aku tunjuk kat dia nombor tiga)

isk isk isk


Thursday, October 6

perasaan mendapat sejongkong emas

poyo je pun tajuknya... hari ni parents kc aku sampai warsaw dari malaysia.. so brg2 kami kirim dah sampai :) antara yang dikirim ikan bilis dan cili kering.. tapi dapat bonus sebab kc aku ni org sarawak.. parents dia bg kek lapis sarawak sekali... sedappppppp!!! tapi ada lagik yang buat aku gembira tak terkata... berperasaan seperti mendapat jongkong emas. hehehe.. parents kc aku bawakkan ini...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

daun pandan!!!!!!
daun pandan super susah nak dapat kat warsaw ni.. spesis hampir pupus la kategori dia.. kat asean shop kat area bluecity tu ada la jugak tapi kebarangkalian nak ada tuh susah bebenor tau.... selain daun pandan.. bende yang susah nak jmpa dan dapat kat warsaw ni daun pisang... kacang panjang.. bendi.. kalau ada pon mmg bahagia la idop... tapi kena bayar lebih la.. sebab diorang bawak masuk dari vietnam dan thailand so mahal la bayar ni wei.... balik rumah ni... aku nak bungkus elok2 daun pandan aku ni.. nak masuk peti beku.. kita tengok berapa lama leh bertahan!

Wednesday, October 5

ensem ke tidaaakkkk????




baik cakap ensem.. kalau tak nanti mak dia sentap... :p

Monday, October 3

contest sudah tamat

pada sapa yang tak tahu.. aku kalah. hahahhaha.. but at least tak la kalah teruk... aku dapat 200 undian.. sekarang aku belom free nak buat lagik.. nanti kat opis aku akan tanya adik aku cara terbaek nak buat undian.. 200 yang tekan like akan dpt habuan dari warsaw :) yang buat entry.. setakat ni yang aku dpt.. maya.. jelita (aku tatau nak panggil ko apa..kak j kah?) and adik aku.. nanti aku buat semua cabutan tuh ye... tq!! even kalah tapi hepi je.. dpt gak gifts.. tadik tinie dah msg...

qistina beraya di poland Part 3

kalau tak salah 25 september kat residence ambassador aku.. kami buat open house unutk student2 di warsaw dan juga krakow. so lebih kurang 13-18 orang student dr krakow (naik train 3 jam) datang ke warsaw untuk memeriahkan open house kami... aku dapat task masak nasik lemak (nasik sahaja) dan kuah sweet sour. heheheh.. ikan kc goreng...

gambar aku xbanyak pon.. sebab susah la nak snap snap gambar bagai.. ni pon aku copy dari wanie je... busy.. kan kita tuan rumah.. so kami memastikan student dpt ckup makan.. and topap makanan semua tuh.. selain nasik n kuah sweet sour, aku buat puding marble roti jugak.. pastu ada kuih lapis pandan dan jugak tart buah :) tengok je la beberapa gambar nih ek..

anak sapa nih?hahahha

pose bijak kaver perut dgn tgn

anak anak potong buah.. dlm tupperware tu kuah sweet sour

owwhhh lupaa.. aku goreng kopok gak...

tu puding marble aku..kuih lapis and tart buah..

baru nak makan nak oi..

kesayangan.. wanie, aizwan dan raidah

student2 dr krakow

salah sorang student baru di warsaw

yg lelaki osbert. anak malaysia yg besar di taiwan

ramai lagi student ni.. tapi semua best sbb dpt dtg n join!

Saturday, October 1

mari tolong qistina?


dasar pemalas!aku copy dari entry adik aku je...





Ohh.. korang pasti suka ini. PASTI! (Kalau x suka, sila flush muka korang dalam jamban, please)
Contest ni ada 2 bahagian:
A) Korang “like” https://www.facebook.com/photo.php?fbid=284067551619629&set=a.280400375319680.85098.128639593829093&type=1 , dan berpeluang untuk memenangi fridge magnet dari Poland / key chain dari Poland / few stuffs juga dari poland / H&M Body Spray (mencari at least 7 voters bertuah!)
B) Korang buat entry khas dalam blog masing-masing, tag at least 2 other bloggers. Ajak readers korang vote for this photo (https://www.facebook.com/photo.php?fbid=284067551619629&set=a.280400375319680.85098.128639593829093&type=1). Entry url tu paste kan dalam entry contest ini. Pemenang bertuah akan dapat hadiah T-shirt Hard Rock CafĂ© WARSAW (Poland).
Amacam? Boleh pilih nak join A sahaja atau B sahaja atau kedua-duanya! Nyam-nyam-nyam!
Contest haku ni bermula sekarang sehingga 30 September 2011 jam 11.45pm . Selepas itu, cabutan undi akan bermula!
matase
p/s: “Eid 1432H : My Besties with Matase Sutera 2011 Photo Contest” adalah contest for anyone yang shop sutera from Matase Sutera. Ini sutera yang kakak haku beli. Cantik kan? Tapi kalo haku pakai kebaya gini, kerling habes lah MOH ke hakuu. Ngeh3