Wednesday, February 29

gmbr budak kena seletep mulut tu



ala comel... kesian nya ahmad afiq ni... sampai hati orang nak seletep dia nih.. berita selanjutnya leh baca kat HARIAN METRO

wordless wednesday #12


taska budak yang jahat atau pengasuh yang jahat?




korang dah tengok belom video ni? aku tengok kat facebook azzah yang share memula. sakit hati melampau tengok.. mula la aku n pengkomen salahkan taska bla bla bla.. pastu azzah share LINK DARIPADA TUAN PUNYA BLOG PINKGOODNESS ni.. (credit to tuan punya blog).. ini yang dikongsi oleh tuan punya blog...


Taska Permata Kota Masai : Jadikan PENGAJARAN

Video ini dikatakan berlaku Taska Permata KOta Masai sekitar December 2011 dari facebook profile Ila Chandurie (https://www.facebook.com/ilaChandurie)

Pesanannya :
~Minta kerjasama saudara/saudari untuk sebarkan rakaman ini supaya :
1) Rakaman ini sampai ketangan ibu bapa,saudara atau sesiapa yang mengenali kanak2 di dalam rakaman ini
2)Rakaman ini dapat disahkan kebenaran atau kepalsuannya (utk mengelakkan sabotaj)
3) Keluarga kanak2 ini dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib2 kanak2 ini (jika didapati benar)
~Terima kasih kepada keperihatinan semua.Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.


Bagi mereka yang tak dapat view video  - screen capture yang menghayat hati. Eeeeeee GERAM dan sangat KEJAM!!





Dari senarai taska berdaftar di JKM Johor ada satu taska yang seakan-akan nama sama. Adakah ini taskanya???

TASKA Permata Dua
No. 2, Jalan Pulasan 30, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang


http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=164&Itemid=503&lang=ms 

Pesanan seorang kawan : sekadar berkongsi...saye selalu ingat pesan ibu saye..bace "BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALLA-LLAH...WA LA HAU LA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL AZIM.." setiap kali hntr anak ke pengasuh / taska..mudahan allah sentiasa menjaga mereka..ini jek la cara utk kite bertawakkal

UPDATE FROM A FRIEND :



bila baca komen daripada rakan rakan lain yang share video ni kat facebook.. ada yang salahkan ibu bapa sebab tak buat spot check.. tapi mostly salahkan pengasuh la.. tak paham la aku kenapa ada orang yang jahat sangat mcm ni.. budak budak tu kan amanah yang diberikan oleh ibu bapa.. owner taska pun cakap yang dia di aniaya oleh bekas staff dia.. hurmmm.. owner pun takkan la tak dtg check jugak premis tuh. susah nak cakap la.. masing masing ada silap masing masing.. tapi paling silap adalah si pengasuh.. kesian sgt tgk ada budak yang disumbat puting dan di seletep mulut. aku rasa dia dah letih nangis mengamuk agaknya terus tertidur penat.. nak bedung masa ikat mayat tuh.. bukan senang. mesti budak budak ni asalnya meronta tak mau tapi di hukum (mungkin pukul mungkin herdik) semasa nak di bedung ketat mcm tu.. kesian :( aku harap.. kamu yang jahat itu dihukum! jahat sangat kamu buat anak orang mcm ni!

Tuesday, February 28

pil untuk kurus



sapa tau mana nak carik pil pati halia ni??? kalau sapa sapa tau.. tinggalkan komen pls.. tak pun kalau segan email aku kat qisztina@yahoo.com

eh qistina nak kurus ke?? hahahahhaha!


Sunday, February 26

anak tiri dirogol bapa tiri

hari ni aku baca kisah anak tiri dirogol bapa tiri yang mana bapa tiri dia seorang artis. tatau sapa sebenar benarnya tapi bila aku baca kat forum cari tuh.. ada la dorang speku beberapa nama and tepek gambar semua.. masih direman katanya si bapa tuh..

disebabkan aku terlebih rajin.. aku baca la komen komen kat forum cari tu. walaupun aku skip skip jugak baca.. oh bg yang tak tahu katanya 1st time kena rogol masa umur 7 tahun. aku kurang pasti adakah selepas tu berpanjangan asyik kena je or mcm mana aku kurang pasti.. tapi umur 14 tahun.. dia pergi sorang sorang ke balai polis untuk buat report.. sedihkan?

dok discuss dgn ecah ghana tadik.. kita umur 14 masih galok galok main lompat lompat lagik.. ecah tu siap busy memanjat pokok lagik.. aku lak umur 14 tu pemes main ejek ejek nama bapak (ahhh sgt bodohnya masa tu) tapi budak ni dah pergi sensorang lapor kat balai polis..

okey itu bukan isu nya.. isu adalah orang-kita-sila-baca-orang-malaysia-yang-jahat-mulut-tangan- mengomen di forum tuh.. sedih okey.. sangat sedih.. ada sorang ni komen kata umur 7 thn dh kena rogol.. umur 14 baru nak report? selama ni syok agaknya.. SYOK??

menangis aku baca komen tu. sampainya hati kamu wahai manusia.. paham tak maksud rogol tuh apa? rogol tu bukan dengan rela.. tapi secara paksa. tak terpikir aku manusia mcm ni boleh komen boleh sanggup komen macam tu.. manusia jenis apa tah..

pastu ada yang salahkan budak tu sebab kenapa selepas 7 tahun baru nak report? kenapa selama ni tak report? siap cakap kalau jadik kat dia.. dia pas kena mesti cerita kat mak or org yang paling rapat pasal bnda ni.. kalau la pengomen tu depan aku.. aku tunjal tunjal kepala dia.. itu kau lahanat! setiap orang berbeza. setiap orang mana sama perasaan.. mana sama level pressure yang boleh dihadapi..

tak terpikir ke mungkin selama ni budak tu takut dgn bapak tiri dia? mungkin dia kena ugut akan dipukul or kena ugut nak bunuh ke.. kau tak baca ke kebanyakkan mangsa seksual ni memang akan pendam sampai ke satu tahap yang dia betul betul berani.. baru la terluah.. ko ingat senang ke budak ni hadapi???

siap cakap dalam facebook budak ni nampak normal je.. takde apa apa pun.. eh halloooo??? hebatnya kamu.. daripada gambar boleh tau n baca? T_T tak paham sungguh aku dengan manusia yang akal letak dimana tah.. tak rasa kesian ke budak ni? tak simpati ke pada nasib dia akan datang? sebelum nak komen or jatuhkan hukuman.. pikir la dulu..

aku tadik sama naik jadik team CSI Miami dok tengok blog mak mangsa.. facebook mak mangsa.. facebook ayah kandung dia yang dah kembali ke agama asal.. Myspace si ayah tiri yang upload gambar mangsa dengan caption isnt she sweet? T_T

aku pun dah tengok budak ni.. dia bergambar dgn ayah kandung dia masa dorang keluar sama sama nak celebrate birthday dia Januari lepas. sedih nasib ko dik.. harapnya ada sinar la lepas ni...

Friday, February 24

Amboi.. Qaiyyum!

Kpop sangat la tewwwww...

Wednesday, February 22

Saturday, February 18

qaiyyum dan mama main snow

ye malam ni majlis tuh. aku kelam kabut sekali. baju? memang takde prepare beria. pakai je la simple simple. rambut dah cuci semalam.. masih menten.hahaha.. mekap malas tacap lagik.. nanti di hotel la aku tacap sikit.. seriously take mood. sebab apa? sebab sen paras hidung.. haihh.. lagi seminggu (kurang seminggu) gaji masuk.. itu pun dah beratur nak bayar itu ini..

beberapa hari ni memang snow ada turun.. lebat jugak.. kami anak beranak ada la main kejap.. pastu berlari masuk dalam sbb penat mencangkung.. bukan penat sbb sejuk. hehehe.. aku main pun pakai suar tidur je pun..


masa ni kami main waktu balik drpd zlote tarasy. pas keje lepak dgn rakan rakan kat foodcourt.. pastu balik rumah je.. tengok snow memang penuh kat luar rumah.. teruss.. ckp jom main dik? anak pun layan~~~ heheheh..


poyo! ahhaha.. tetiba pas curah ni sebelum nak buang dia tanya.. kita tak leh ke makan ni ma? sayang la adik nak buang. ahhahaha.. aku ckp clara dah pijak pijak snow adik ni.. (clara tu kuceng tuan rumah yang duduk sebelah rumah)


sebelum ke sekolah.. dia meng eksaitedkan diri dlu.. tgk tu mana pakai glove.. pas lempar tuh menggagau carik glove dia.. btw.. glove zara yang aku beli beberapa bulan lepas dah bunuh diri. tatau la kemana.. aku cuba beli yg sama.. tapi dah takde. glove tuh sangat bagus tau..


mak dia pun samaaaa... dalam ribut salji tuuhh tetap kena paksa posing dek anak..


nih haaa pakai suar tido je punnn.. castle pun xsempat siap sebab letih mencangkung.. abis acuan kek jadik mangsa. hahahaha!

sebelum pegi opis.. (eh lupa aku kat opis ni tnggu driver bwk kami ke hotel for dinner) aku keluar rumah tgk banyak dah cair. rupanya temperature dah semakin bertambah.. so banyak snow yg cair.. jalan pun jadi basah.. hurmm.. nanti esok lusa kalau ada gambr.. aku update la pasal dinner tu okey! xoxo!

Thursday, February 16

spageti tersumbat :p


ya ini spageti tersumbat.bila ko curah kuah spageti takde nampak pun spageti yang tersumbat dlm hotdog tuh.. saje ngade je. ahhhahaha.. nak bagi anak excited terlebey sikit. muahahhaha! *u r the only one make this kind of spageti at my school!*  :p see? kan best anak bangga dgn mak dia? hahahhaa

Wednesday, February 15

Tuesday, February 14

mama dan qaiyyum di poland

saje nak tepek gambar aku dengan qaiyyum :) gambar ni campur2 sejak aku n qaiyyum duduk poland setahun 2 bulan yang lepas.. enjoy!

MASA SAMBUT BIRTHDAY AIZWAN - MARCH 2011

COFFEE HEAVEN - MARCH 2011

WARSAW ZOO - APRIL 2011 MASA BDAY MAMA

APRIL 2011 KAT RONDO WASYZINGTONA

HOLIDAY DI ZEGRZE,POLAND MAY 2011

TEPI TASIK ZEGRZE MAY 2011

TEPI TASIK ZEGRZE MAY 2011

PESTA SASKA KEPA (AREA OPIS) MAY 2011

DALAM BUS NAK KE OPIS ADA DUTY SABTU JUNE 2011

OLDTOWN WARSAW - JUNE 2011

RONDO WASZNGTONA LAGIK JUNE 2011

OCTOBER 2011 KAT COFFEE HEAVEN

SEPTEMBER 2011

ADA TALK - NOVEMBER 2011
SEPTEMBER 2011 OTW BALIK OPIS

10 BULAN DI WARSAW :)

KAMI HOLIDAY KRAKOW, POLAND - OCTOBER 2011

EMBASSY - NOV 2011

DISEMBER 2011 DALAM TEKSI

DISEMBER 2011 JUGAK

JANUARY 2012 -POSING SAKIT GIGI

FEB 2012 DEPAN GARAJ RUMAH ATAP ZINK :P

MARCH 2011

JUNE 2011

FEB 2011

GAMBAR OGOS 2011 TAKDE SEBAB QAIYYUM BALIK MALAYSIA MASA SUMMER BREAK..

amacam tengok qistina dalam macam macam size? hahahahha

Monday, February 13

kejadian hari sabtu versi gambar

rentetan daripada entry kejadian hari sabtu.. ni gambar gegiler kami.. sorry la. aku memang sejak gemuk suka buat rambut versi dalam pantang :p dgn tak mekap bagai.. papai!










Blue Ivy Carter anak Beyonce

google

alah alah alahhhhhhh.. manis nya muka awakkkkk!

kejadian hari sabtu

aku ada lunch dekat rumah kawan. kawan jemput beberapa yang lain jugak.. aku ni pagi sabtu dah terjebak cerita kuch kuch hota hai. kes daripada dok baca status fesbuk n twitter kawan kawan la ni.. pas dah terjebak tu tetiba rasa bersalah plak takkan nak melenggang pegi rumah dhyra kan?

aku plak duty.. tapi sempat singgah beli epal hijau.. sampai sana pun dah dekat kul 1 ptg.. sib baik la dorang belum start makan. masih operasi buat murtabak.super senang hokey buat.. nanti nak try buat la.. smpai sana kami dok buat kuah colek mkn dgn epal. lajuuuuu je memasing makan. hahaha.. sapa tak terliur dgn colek kan? ada mangga kruk krak (rangup) lagikkk sedap!

sebelum start makan (tnggu yang lain smpai) mmg aku dh amik curik2 mkn serba sikit.. bila start mkn mmg mkn lupa diri. tak tipu ni.. smpai la perut penuh. seluar ketat. aku siap bukak button seluar. ahhahaha.. melampau kan.. dok berlengkor kat sofa siap borak2 ni.. pastu mcm dah okeyyy dah lama stop makan tu.. aku bgn mkn puding jagung.. pastu amik kek pisang mkn dgn aiskrim.. aida bgn amik ayam nak ratah. aku dh terliur jugak..

kesilapan besar adalah amik ayam utk ratah, aku patut stop kat kek pisang dgn aiskrim je. pas mkn mmg satu bdn tak kena.. aku minum air.. dok angin keluar mcm hape je.. sangat sangat tak selesa.. aku ke dapur.. minum air suam.. pas minum kepala pusing.. nak ke toilet org tgh amik air semayang.. aku capai periuk.. terus muntah dalam periuk! hahaaha.. tak senonoh kan? yang keluar ofkos air n ayam ayam tuh..

aku dah agak daahhhh.. memang aku kena stop taleh sumbat ayam tuhh sesia abis keluar ayam tuh semula.. pas  tu balik rumah wanie.. dah tak larat nak jalan sgt.wanie siap belikan ubat. tido rumah wanie je.. kami main try try baju (larat plak) hahaha.. ni pestime tido rumah orang lain sejak duduk poland :)

jadi nya qistina.. sila la makan berpada pada yerrr... :p

gambar tunggu wanie tag aku ye

my love is your love


one of my favourite song.. dalam tahun 2007 dulu aku penah pergi konsert whitney houstan ni dgn qaiyyum and anie chennai.. enjoy gak la sbb suara makcik ni memang hebat giler la.. puas hati.. masa tu kami lepak bukit kiara tmpt kuda tu dari petang sampai malam. bayangkan la punya la lama nak dkt tgh malam baru dia ni keluar.lewat dalam sejam kot. qaiyyum sampai tido tido. aku sib baik bawak kain besar bagai.. bentang kat rumput siap lepak. hehehe.. RIP Whitney Houstan!

Friday, February 10

malas update


bencik!

Thursday, February 9

anak beranak menangis

tadik pagi dok chat dgn ecah ghana.. sekalik tuh tekak nak makan nasik lemak.. masa tuh dah pukul 7.05 am terus aku berlari turun bawah dok prepare brg masak..

laju laju cuci beras semua.. bukak tin santan.. sib baik ada setin lagik santan kat rumah.. pastu dok rebus telur.. rendam cili kering dgn air panas.. pastu memang katun la.. masak laju laju..

sebelum aku turun bawah.. qaiyyum memang tengah siap siap nak ke sekolah.. dia ckp kat aku.. dia nak poo poo dulu.. aku pun iyakan je la.. pas rebus telur.. masak nasik.. tengah dok masak sambal nsik lemak ni... aku macam dengar sayup sayup bunyi budak menangis..

aku bolayan je sambil masak.. pastu dengar lagik bunyi budak menangis.. tutup api terus berlari naik atas.. kat tangga makin kuat aku dengar... rupanyaaaa?????

anak sembelit! meraung budak tu dalam toilet.. sib baik dia tak kunci pintu.. aku terus masuk toilet.. kesian wei anak aku sembelit.. qaiyyum ni jenis susah nak nanges.. sayu sangat hati tgk dia tak leh poo poo.. aku ni siap panik bagai..

dok suruh poo poo duduk.. (dia jenis cangkung atas toilet bowl) ketar ketar nak alih punggungnyaa.. makin budak ni tak leh nak poo poo.. pindah balik position cangkung.. aku ni dah berair air mata ni.. sebab kesian.. kita yang dewasa pun pedih pedih.. dia ni budak.. lagik lahh..

aku siap pegang tangan dia.. soh dia kira satu dua tiga pastu push.. macam orang nak bersalin tu.. bayangkan dia dah duduk dalam toilet lebih setengah jam.. baru mak dia muncul.. berpeluh peluh budak tu.. memang banyak kali gak la dok bilang 123 n push tuh.. siap meneran pegang tangan aku kuat kuat..

pastu dgn dia nanges lagiknyaa.. dia dok meneran.. tak jugak keluar.. abis basah dah kaki seluar semua lantai bersepah dgn air kencing.. dahnya meneran tak jugak keluar.. yang keluar lain.. akhirnya dok usahasama dgn mak dia ni.. dapat jugak akhirnya keluar.. pas keluar tuh terus lap air mata sengeh kat aku..

hai lah anakkk.. buat mak panik je tau!

Berlin Wall

petang terakhir kami di berlin.. kami nak pegi la snap snap gambar pas makan agam goreng kat kedai turki.. masa dah sampai kat berlin wall.. elok plak hujan. so aku cakap takpe la jom la balik je rumah.. sebab amar anak kak shima dah sakit kepala.. kesian dia pening pening..

aku cakap esok pagi aku dgn ain akan lari kejap ke berlin wall tu.. sempat lagi pun sebab kami balik dalam kul 2 lebih train ke warsaw... malam tu kami dok bincang bincang.. kami plan kemas siap siap beg n keluar sekali pagi tu untuk hantar amar ke sekolah then terus ke berlin wall (sebenarnya kami singgah stadium olimpik masa tahun 60an tak jauh sekolah amar dulu)

sampai kat berlin wall.. dok snap snap gambar.. aku ckp drop je la kat stesen train ostbahnhof yang depan berlin wall je pun.. so tayah la abang marzuki dok pusing antar kami kan.. dari situ kami boleh je gerak balik.. :) so nih aku tepek je la ek sikit sikit gambarnya berlin wall.. cerita kisah cuti berlin aku tuh aku update ekot suka je la ek? ehhehee..

oh sebelum tuhh.. kalau sapa sapa tatau kisah berlin wal ni.. boleh la baca dulu kisah dia.. jangan jadik macam aku ni haaa.. dah elok balik poland.. smpai je rumah baru terhegeh hegeh nak google kisah tembok berlin ni. hahaha...