Saturday, December 29

qaiyyum marami

cepatnya masa berlalu kan?

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 26

rindu banyak banyak


rindu banyak banyak dinosour gemok kita!!!!
p/s: buat kelmarin snowman gemok ni. pastu pagi tadi dah cair.. :(

Published with Blogger-droid v2.0.9

oldtown warszawa

oldtown kat warsaw tahun ni memang cantik deco christmas dia. tahun lepas biasa je. padahal tahun lepas aku krismas di swiss. tp aku sempat la jejalan oldtown sini. tp tahun ni lebih meriah deco dia. aku pun tak sempat snap semua sebab aku malas jejalan. temperature drop ke minus. tp this week getting better tau sbb dah tak minus :)
dua kali pergi oldtown. malam. nnt weekend ni nak pergi siang. nak cuba snap dgn deco lain sbb mana tau tahun depan dah deco lain plak ke kan?haritu pergi dengan geng geng bdk upm. pastu kali ni pergi dgn kwn kwn aku dr london. weekend ni nak ajak faris dgn irfan lah jejalan oldtown. sbb dah dekat rumah dorang pun. ada la tukang snap gmbr. hehehehe.





zakopane aku datang (again)

pergi main ski! hehe. siap amik chegu ajar ski. memula plan nak datang sewa kasut sorang je and pose cantik cantik pastu dah! sekali tak leh laaaa. teruja sangat habis semua sewa sorang satu..
pastu bincang punya bincang.. agree untuk amik chegu sebab seram tengok tinggi sangat. hahahaha. confident kak qistina kannnn nak naik sampai atas. hahahaa.. tapi alhamdulillah buat keputusan untuk amik chegu. sebab chegu tu ajar basic yang sangat penting. ajar macam mana nak break. bayangkan kalau tak amik chegu. rileks je jatuh bergolek kannnn.. hehehee..
nak repeat semula nanti ni. sebab seronok sangat!



Wednesday, December 19

waiting

hari ni kawan kawan qistina datang poland. dorang datang dari london. bukan orang putih pun. malaysian yang tinggal kat london. ehhe. excited jugak sebab lama tak terima tetamu kat rumah ni.

plan memula nak ajak gerak terus ke zakopane malam ni. tapi dorang nak datang makan ketam dlu. hahahaha. debar kejap sebab buatnya masak ketam tak berapa nak menjadi? malu la nanti! hehe. pastu salah sorang kawan nak cuci baju dulu sebab baju dia travel dah abis pakai.oh lupa cakap dorang dari budapest. jejalan sana dlu.

hurmmm.. nanti aku update gambar la kot sebab memang dah boleh post / update pakai tepon ni.. hehe.. oh ni aku up gambar kami masa pas party kat rumah lukasz.. party laksa. hehehehe

Tuesday, December 18

chocolate cake dua minit jer..

satukan bahan kering dulu.. 3 sudu tepung gandum.. 4 sudu gula.. 2 sudu koko tp aku guna yg nak buat hot choc tu brand mark n spencer. pastu telur sebiji.. susu 3 sudu pastu vegetable oil 3 sudu gak.. secubit garam pastu vanila esen sikit.. kacau larut bahan dlm mug. pastu temperature high setkan dua minit.. kemudian tingggg! siap! mkn dgn ice cream.. or makan mcm tu je pun sedappp..

hi


MISS ME? hehehehhe

Saturday, December 15

cute

tengok cerita kelakar pun nangis. buruk betul. cerita aku dia dan tong sampah. skrip dia.. 
awak tau tak pa maksud cute?
tak. tak. apa?
ugly but adorable~~~

Wednesday, December 12

12.12.12

please send me some love :(

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 11

dapat bunga

gambar takde sebab aku takde masa nak betulkan masalah blog ni lagi. update pun pakai samseng. busy melampau. nak bermanja pun takde org nak dimanjakan. apatah lagi mengadu nasib. stress ok kau simpan dalam hati.memendam rasa.

oh petang semalam aku dpt bunga. cantik. local staff kumpul duit bg ke aku. sempena duduk warsaw dah dua tahun.. :) terubat sikit hati. okla nak tido balik. hope ada keajaiban besar nanti bila bangun tido! xx!

Monday, December 10

dua tahun

qistina dan qaiyyum dah dua tahun di poland! maknanya blog sepi ni dah dua tahun usianya. cuba untuk update sekerap boleh tapi tunggu nak selesaikan dulu masalah quota full ni. hehee. snow dah turun sini. sapa yang ada fb aku ada.la nampak gambar aku post. nanti aku cuba solvekan problem blog ni. then aku update semula yer. happy anniversary to us! hehehehe.. *masih xleh cakap bahasa dia aku ni* hehe

Saturday, December 8

jiwa kacau bilau

dah seminggu lebih macam ni. baru jiwa nak tenang.. datang satu lagi benda buat kacau.. abis tu bila nak tenang nya? serabut.. penat.. lemah badan.. lemah jiwa..

kadang kadang kita manusia ni terlalu fikirkan sesuatu perkara terlalu mendalam sampai lemah jiwa kan. kenapa ye? mungkin sebab kita takde saluran lain nak lepaskan kot.. aku ada kawan kawan rapat yang teramat rapat.. kadang kadang luah la kat dorang.. tapi terluah ke semua? sangkut kat anak tekak jugak akhirnya.. haih..

semalam masa otw ke office.. nampak seorang perempuan.. rambut pendek. super pendek.. lama aku perhati dia.. sampai dia pun tak selesa.. then aku tersedar.. segan orang ni dibuat aku.. tapi cantiknya rambut pendek dia.. nipis tepi sikit.. and ada jambul tinggi. susah nak describe mcm mana tp lawa la... should i? tapi dah janji pada diri takkan n tak nak potong pendek dah rambut ni.. tapi.....

...........

Thursday, December 6

separuh aku


oh sekarang aku dah tau kenapa aku failed nak update blog. sebab dah ckup quota.. aku tak pasti berapa quota.. tapi memang aku dah tak leh nak masuk kan gambar. padahal banyak ya ampun gambar nak kongsi ni. hehe.. takpe la.. nanti aku cuba check la mana silapnya.. sesilap entry ni pun tak lepas naik..

eh sedar tak blog ni dah nak masuk 2 tahun? :)

Monday, December 3

happy birthday kakak qaiyisha

sudah 11 tahun!