Tuesday, January 28

Visit to Slaughter House in Bialystok, Poland.

Bulan November itu hari ada HALAL Jakim Malaysia datang visit ke Poland. atas jemputan Mufti Poland.. Mr.Tomasz..... (Serious aku lupa nama belakang dia apa). so ceritanya adalah kita nak buat audit kat satu kilang penyembelihan ( aku panggil kilang sebab tempat dia besar yang amat) lembu. kilang ni nak dapatkan sijil halal dari Malaysia.

So masa 1st day pergi tu.. perjalanan lebih kurang 3jam lebih dari bandar Warsaw. Kami bertolak awal awal pagi sebab meeting start dalam 10 pagi macam tu. So sampai je kat Bialystok, kami gi hotel penginapan pegawai pegawai Jakim Malaysia ni dulu.. Discuss sikit sikit and bertolak ke kilang penyembelihan ni pulak. Oh lupa nak mention. Mufti Poland ni boleh cakap Polish and Arab je. Pegawai2 Jakim ni berkomunikasi dengan dia pakai Arab ler. Kami melopong sebab tatau apa apa tak paham. hehehe..

Bila sampai tu kami kena meeting.. Meeting serba sedikit explain kat dia kita punya requirement semua. pastu soal sesi jawab semua. and agree akan datang balik untuk tengok urusan penyembelihan. Actually dorang memang ada hire tukang sembelih dari Syria. All this while dia sembelih ikut cara Islam tapi sebab tak ada sijil tu dorang tak dapat pasarkan ke negara2 Islam yang lain.

Nak jadi ceta dorang ajak la visit dalam kilang dorang tu.. Itu la yang aku pakai serba biru baju macam nak pergi space tu. heheheh. dah rupa apa je kan? tapi great experience jugak la.. tengok and kagum tengok teknologi dia. selama ni tengok orang menyembeli masa raya korban je kan. 



Bahagian luar kilang ni ada rumah lembu yang menempatkan lembu lembu ni sebelum disembelih. kagum sebab tengok lembu ni besar sesangat. besar berganda la dari aku yang gemuk ni. bos kilang ni dgn bos aku ajak masuk dalam rumah lembu ni. tahan je labau dia. even cuaca sejuk tapi berkilo kilo kot tahi lembu. hehehe. nasib baik tak muntah..

Pastu selang sehari lepas tu kami dijemput sekali lagi untuk tengok urusan macam mana mereka ikut prosedur yang diberikan oleh Jakim Malaysia. Pertama kali la aku tengok depan depan proses menyembeli macam mana. Nak kata takut tengok darah tu semua tak jugak. Maybe aku dah set dalam kepala jangan buat perangai pelik pelik Qistina.Jangan nak pengsan pengsan dalam tuh pulak kan. Lepas sembelih tu.. so far kami puas hati la tengok cara dia. Kalau selesai semua InsyaAllah tahun ni dapat la sijil halal company tu. Dapat la kami beli daging ni dekat Tesco ke kan..


Masa dia siat kulit lembu tu memang cekap betul pakcik pakcik Polish tu. dah keje dia bertahun tahun kan. opkos dia laju and cekap je.. kami melopong la jugak sebab korang tengok la lembu tu besar giler kot wei.. Banyak isi pulak tuh.. Lepas selesai tengok semua ni. aku tanya bos kilang tu boleh ke kalau aku nak part ekor sebab nak mintak datin masakkan sup ekor. dia kata bolehhhhh.. nanti dia akan packkan untuk aku lepas kami visit kilang dorang proses daging lembu pulak.. kilang dikawasan lain. macam korang tengok baju putih aku pakai bawah ni.. baju kat kilang proses daging tu la. sejuk ya ampunnnnn.. bertahan je la aku..


lepas daripada visit kat sini.. kami balik ke kilang pertama tu sebab nak ambik ekor lembu untuk sup tuh.. sekali bukak bonet (aku masuk office dorang, driver yang pergi collect daging tu) amik kauuu.. separuh lembu tu dia bagi kami okeyyyyyy.. banyak sungguh. rezeki. alhamdulilah. minta ekor je dapat separuh lembu tuh... yang jadi isunyaaa peti ais aku mana nak muat. ahhahaha. so aku amik sikit je part lain lain simpan di rumah datin je. lagipun datin selalu buat event untuk malaysian di poland. elok la simpan sana je..


aku suka pergi ekot bos meeting tempat tempat macam ni.. sebab bagi peluang kat aku kenal orang orang lain selain dok di office je.. plus dapat la tengok proses macam ni semua kan. kalau tak memang tak merasa la nak tengok.. ok till then.. nanti aku update lagi..

xoxo

Wednesday, January 15

Sunday, January 12

buang anak kucing

Emosi betul aku bangun tido tadi. Check facebook ada Izyahya share gambar ni. Dia datang petshop dia tengok ada kotak dengan pesanan kat kotak tu.

Segaknya orang yang drop kotak ni? Main buang kucing depan petshop. Mementang kucing dua ekor tu kaler hitam. Terus kau tak nak ya. Ini bukan pertama kali berlaku kat kedai Izzy. Sebelum sebelum ni pernah. Izzy memang marah. Aku pun marah. Kalau tak mampu nak jaga jangan bagi kucing tu membiak. Better mandulkan dan kau jaga dia sorang.

Tolong jadi manusia yang bertanggungjawab. Cuba pikir kalau one day kau dah tua. Anak kau drop kau di rumah orang tua dengan note macam tu. Apa perasaan kau?

Emosi sungguh aku today.

xoxo.


Send from Samsung Mobile

Shoes are bowwwwwring!


:)

That's why I choose sneakers!

xoxo

Send from Samsung Mobile

Thursday, January 9

bercinta di spain, madrid

masa raya kedua itu hari aku pergi ke spain. percutian solo gittewwwww.. itu sebab korang jangan pelik tengok aku selfie banyak nih. heheheh..










entry memang banyak. tapi dah basi. selamat la korang sakit perut sakit mata melayan entry basi aku nanti :)

xoxo!

ehem!

hi.
rindu tak?
apa?? tak rindu?okey lah bye!

p/s: will update soon!