Wednesday, June 29

landed

Alhamdulillah setelah sejam suku mak bapak aku tunggu akhirnya dpt jugak tengok cucu dorang... ni adik aku bbm gambar qyum... zoom gamak nya tuh yg tak jelas sgt gmbr ni...


btw qaiyyum cakap dia 4 kali muntah sbb dia tak suka makanan tuh.. kesian anak aku.. adik aku ckp td tapau sup ayam bg mkn dgn nasik dulu...

di awan biru

sekarang qaiyyum masih di awan biru ni... sedey okehhhhh... semalam antar dia aku tahan je tamau nanges.. tapi mood aku dah down mas atu..tgk dia pun happy sangat nak balik malaysia.. aku pun tak smpai hati nak nanges kannn...

tapi seriously rasa sunyi.. balik rumah rasa lonely giler.. sbb selalu aku bukak pintu ada org berlari masuk nak gi kencing.. pastu pasang tv nak tgk tv.. pastu sibuk nak makan.. :) balik semalam sunyi je rumah bunyi cengkerik (okeh bab cengkerik aku tipu)

bangun tadi pagi pon sunyi sangat sbb selalu aku celik je ada org atas katil aku tgh main game kat lappy.. ni lg sejam lebih ni dia touchdown kat klia la ni... tak sabar aku nak tnggu dia cerita pengalaman dia balik sorang!

nak kuar dr embassy

kena paksa bergambar ni



tetap nak posing buat muka okeh!

salam2 nak masuk dah


check boarding pass

papai qaiyyum!have fun in malaysia son!

Tuesday, June 28

pulang ke malaysia...


hari ni budak busuk ni nak balik bercuti ke malaysia... so semalam dia makan bersuap la dgn aku ni haaa... terus lauk sardin yang dia tak suka tuh.. jadik sedap. hahahaha.. maknya dah lama tak suap anak makan kaaannn.. hurmmm... semalam mmg dok kemas bebarang dia.. aiyooo.. letih giler.. sbb aku risau ada tertinggal and aku risau cara aku pack salah and kristal mak aku tu pecah lak dlm bag.. 



kurang dr 12 jam budak ni akan berangkat balik ke malaysia... isk isk.. jangan epot warsaw banjir sudah la kannn... ohhh. bg yg tatau.. qaiyyum balik malaysia sorang je... aku bayarkan upah kat stewardess utk jaga dia elok sampai ke tangan papa aku yg akan amik kat klia... have fun nak!

Friday, June 24

last day sekolah

last day sekolah qaiyyum pada 22 may baru ni... aku nyaris2 tak sempat tengok persembahan dia sebab sampai lambat.. fuhhh.. kesian anak aku tercari2 maknya.. bila dia nampak baru la dia happy.. kalau tak sebelum dia nampak aku.. lembik jeee... kat bawah ni gambar qaiyyum kat sekolah buat persembahan.. dah lupa apa lagu dia nyanyi n terjoget2. hehehe.. itu aku buat anak panah bg tgk... bdk paling itam.. hahaha.. sbb tamau sapu losyen spf tuh...


ni la chelsea... budak yg selalu ejek makanan qaiyyum dulu..

gambar kelas qaiyyum.. 
  yang duduk atas dari kiri adalah MILO (yg minat stella tuh) pastu YASH.. QAIYYUM.. DAVID.. ANDEL.. SADD.. yang duduk bawah.. MISS MAGDA.. CHELSEA.. NIKOLA... MAGOSHA.. ALA.. MISS MARTA...

dah graduate! :p

qaiyyum's favourite! aleesya... anak officer aku

qaiyyum dan max

qaiyyum with miss magda and miss marta

tujuk result

with MILO and DAVID

aleesya boringgggg dgn abangq aiyyum

qaiyyum with CUBA

aleesya comel dan abang qaiyyum
last but not least.qaiyyum with MAYA. maya ckp qaiyyum cute. hahah

Tuesday, June 21

poskad



dalam 2-3 hari ni memang qaiyyum dok asyik soh check letter box.. mak nya malas kalau dah masuk rumah.. tadi pagi sibuk suruh maknya check lagi.. aku angguk je la.. time dia nak g sekolah tuh pas dia naik bas.. aku bukak la letter box.. sekali kooooo... patut laaaa dia beria soh check letter box.. rupanya ada poskad utk maknya haaa... pepandai je budak ni pakat dgn cikgu dia.. anto poskad ni.. hehehhee...tq son!

Monday, June 20

Anak Harimau







Ada anak harimau terlepas :) murah je buat ni dalam 12zl.. Qaiyyum tahan kejap je.. Balik rumah dia cuci semula :)

Wyslano z BlackBerry® w Orange

i'm back!


rindu tak kat tuan tanah ni? :p sebenarnya aku saje je 'tutup' kejap blog ni... terasa nak rehat dari update2 entry.. pastu nak kemas kemas sikit memana yang patut... hampir sebulan 'takde blog' ni rasa mcm best jugak... even ramai yang dok dok tanya kenapa tak update bla3... :) bagi la tuan tanah rehat kejap... kan?

okeh... masa untuk berterus terang... aku tau ada yang rindu kat qyum :p sebab banyak komen aku dapat yang rindu nak tau psl qaiyyum... :) jadinya.. aku buat keputusan untuk membuka kembali blog ni... tetapi... hanya untuk masa SATU MINGGU sahaja.. selepas tuh aku private kan... untuk kebahagian sejagat juga... :) nanti korang sakit mata kalau aku asyik update entry meroyan je kan?? hehehe..

kepada yang nak terus baca blog aku.. sila tinggalkan email memasing ye.. nanti aku akan invite (walaupun aku masih slow bab bab nak invite ni) hehehhe.. agak agak segan nak tinggalkan kat kotak komen.. boleh email kat aku.. qisztina@yahoo.com

maybe ni je entry aku untuk sepanjang minggu ni... so.. aku akhiri entry ni dengan... gambar qaiyyum dengan stella (sudah jadik ex gf dia ye) dan qaiyyum-zusha (awek baru dia)

yang pakai gown merah tu STELLA

qaiyyum dan awek terbaru, ZUSHA

UPDATE: ADA KAWAN KAWAN AKU CAKAP SATU MINGGU MANA CUKUP.... TAPI AKU RASA MCM RAMAI JE YANG DAH TINGGALKAN EMAIL MEMASING NI.. :) NAK ANJAKKAN LAGIK KE???

Sunday, June 19

selamat hari bapa


saya rindu encik radzuan saya!:( (bila dlm tepon or ckp depan2 malu)

Thursday, June 16

Polish Song Qaiyyum

masa ni persembahan dia kat International European School, Warsaw (IES) masa 26 May 2011.. dia dah pesan banyak kali kena datang.. sib baik la aku datang.. kalau tak datang.. kesian kat dia.. sebab mostly mak bapak memang datang la.. bagi support :) korang ce tgk masa saat yang ke 34 cenggitu... dia nampak aku tgh rakam leh dia sengeh pandang2 kamera. hahahaha! love u son!nampak nau dia tak hapal sgt step n lagu polish ni.ehhehe.. tapi aku suka lagu ni!


Monday, June 6