Tuesday, March 27

birthday saya

cun cun lagi seminggu je pun birthday aku... 

tak sangka. sungguh tak sangka yang aku dah masuk angka tiga puluhan.. kejap je masa. rasa macam baru je abis skolah (ok aku tipu) hahaha.. now aku baru tau kenapa aku lately asyik sakit sakit pening sana sini.. rupanya nak lompat daripada dua puluhan ke arah tiga puluhan.. pfftt.. tah hape hape kan. huhuhu..

tahun ni.. aku akan sambut sorang. ye sorang. dan aku pasti aku takde adiah birthday. hahahah! ye aku amat pasti. tahun lepas aku dapat adiah daripada KC aku.. scarf leher massimo dutti. tapi tahun ni tak dapek doh laaa.. sebab dia dah kena cross posting. dah bukan kat poland dah.. huuhuhuh.. melepas satu hadiah! hahaha!
pastu ada beberapa hadiah lain bla bla bla blaa.. korang baca je la entry aku tahun lepas..

oleh sebab itu.. aku bercadang nak hadiahkan diri sendiri hadiah yang best.. hari tu ckp nak kitchen aid tapi itu aku pospon ke present tahun depan. huuhuh.. aku nak holiday.. aku plan nak hadiahkan diri sendiri (dan jugak budak korea ketot tu) percutian.. 

carik punya carik.. percutian tu mcm terpaksa di batalkan sebab tiket melampau lampau mahal.. ye lahh dah nya aku nak beli last minute kan.. merasa la tiket melampau mahal nih.. sedih! lagi seminggu nak terbang.. baru terhegeh hegeh nak beli tiket. sah sah la harga mahal.. :( dah tu mcm mana ni? takde lah hadiah bermakna untuk qistina tahun ni kan? uwaaa!

Monday, March 26

this is my generasi.. what about your generasi?


aku suka part 'facebook' zaman kita (read : buku autograph) and oso mainan kita main.. batu seremban.. lompat getah.. jentik tudung botol.. kepung (pangkah bulat *korang kena tgk baru paham*) 

i miss my generasi!

Friday, March 23

nyaris eksiden

hari ni mood baik. pegi maho beli daging halal n makan kat sana. sebenarnya maho ni super jauh. tapi sebab nak jmpa acu ain amik karipap yg ditempah.. tuh yang gigih je..

pas tuh balik drpd maho singgah mall.. cucuk duit sikit pastu jejalan cuci mata.. pastu anak nak baju korea. aku dah siap beli.. kiteorg beli coffee heaven n decide nak balik..

naik teksi.. driver tu menguap banyak kali. pastu dkt dkt sampai rumah.. dia tanya belok kiri ke. aku ckp u turn n buat sign u turn, si translator kecik yg boleh ckp polish dh tertidur sebelah aku. salu dia yg ckp bahasa polish dgn driver. si driver pusing belakang dok pandang aku..

dia tak sedar kereta dah naik pembahagi jalan.. pastu dia pusing kereta sampai masuk jalan satu lagik.. sib baik takde kereta daripada belakang laju.. uwaa... melambung punggung i tau., takut giler okey..

okey itu pengalaman nyaris eksiden. ok. bai.

Wednesday, March 21

dress pegi kerja


semalam ecah bagi link facebook sorang ni.. dia kata dress tengah tengah tu sangat sangat qistina! hahaha! memang pun.. aku sangat suka pakai baju ala ala gambar tengah ni ke office... (opkos la dengan cardigan atau jaket ye.. kalau tak nampak besar sangat lengan gajah kat situ)

cantikkan color turquoise tu? memang nak aim la satu dress color macam tuh.. ecah cakap kat mines ada kedai jual dress ni.. ahhhhh! saya mahuuuu.. tulunnnnnn!

p/s: ingat nak snap la gambar koleksi dress kerja nanti :)

WW #15


Tuesday, March 20

pada setiap tanya - mosyuki borhan


pada setiap tanya

seketika
membaca wajahmu
pada setiap tanya,
akankah kita mengungsi khayal ke awan menggulung nan gebu
di lataran langit nan biru?
kemudian
kau tusuk kerlingan matamu padaku
saat kita terbang menyisip tanganmu ke lenganku.

seketika
membaca matamu
pada setiap tanya,
akankah segalanya berlaku
andai kita hanya merelakan kenyataan
ketika
kau masih terus diam dan aku terus membisu.



sumber daripada mosyuki borhan

*baca kali pertama tak paham. kerana aku bukan jenis yang berseni berpuitis.. aku baca slow slow kali kedua.. ada part aku paham.. dan pagi ni tuan punya blog bg izin aku copy.. tatkala menaip ni.. aku baca again and aku jadik sebak menitiskan air mata*

balai ketibaan - mosyuki borhan


balai ketibaan

riuh
mula menghuni ruang
balai ketibaan
menyaksi pusu-pusu penumpang
dengan bagasi laju dan perlahan

ada gadis yang datang
dengan muka tertempel senyuman
dengan genang mata yang penuh aman
sepertinya,
penuh tanya-tanya yang tersimpan

apakah
dibawa bersamanya rindu
setelah kasih ditinggal di negara jauh?
apakah
dibawa bersamanya pilu
setelah hatinya dipijak rapuh?

atau sama seperti aku;
pengen ke tempat asing
mengimpi sesuatu yang belum tersentuh.


sumber :mosyuki borhan

tersenyum.. bila membaca.. thanks to ecah sebab dia yang bgtau dulu pasal blog ni.. ada a few part yang buat aku tersenyum membaca..

Terjaga daripada tidur..

Jam pukul empat lebih sikit. Baru pas nangis. Sebab mimpi ngeri. Mimpi ngeri dalam hall wayang. :( sedihkan idup aku? Huhu.. Mimpi ngeri pun kena ceta kat blog. Dahnya tatau nak kongsi dengan sapa. Kongsi bagi korang semua (Macam ramai nau) baca la..

Dah seminggu sebenarnya tidur aku terganggu macam ni. Tapi hari ni maha hebat sampai leh nanges macam ni.. Haihhh.. Nasib kau la qistina :(

Monday, March 19

saya suka kumpul....



setakat ini.. ini lah yang terkumpul.. ada yang beli sendiri.. tapi kebanyakkan adalah daripada kawan kawan yang travel sana sini.. ada jugak yang pergi meeting bawak balik.. ada jugak yang balik bercuti posting.. dorang bagi as souvenir. memula sikit. mcm tak heran. lama lama jadik seronok. sebab letak kat peti ais ni n nampak banyak. jadi seronok lak tengok banyak banyak..

kadang bila nampak banyak tu sebab negara yang sama ada 2-3 hahahaha! sebab org yang bagi lain lain kan. amik je la.. ada jugak daripada rumah lama.. dah ada kat peti ais rumah sewa.aku bawak je la ke sini.. macam zara n kak shima peti ais dorg pintu kayu. so tak leh lekat sini. aku pun tatau fridge magnet dorang lekat mana..

kat peti ni ada daripada Qatar, Bandung, Japan, Hong Kong, Sri Lanka, Korea, London, Bali, Dubai, Australia, Mexico, Budapest, Prague, Malaysia (), Thailand, Zakopane *salah satu bandar dalam poland*, Krakow *sama jugak dalam poland*, Paris, Fiji, Vienna, Holland, Ireland, Swiss, Poland (), Italy * aku ada 4 fridge magnet bandar dalam Italy yang aku lupa nama apa*, Berlin, Vilnius, Kathmandu, Finland dan Istanbul..



Sunday, March 18

Jalan Jalan Hari Sabtu

Tadik memang elok je cuaca panas. Tapi byk borak pas makan.. So kami keluar lambat. Matahari dah suram sikit. So kami pergi park xjauh opis ni.. Dull lagi.. Kena tunggu hijau sikit nnt okey la.. Huhu.. :)

Saturday, March 17

cleaner polish

hari ni ada projek sebenarnya. dengan kesayangans di warsaw. projek makan makan. huhuhu.. so hari ni kami nak masak masak.. ye la tuh masak masak bersama.. sesilap. dorang start dulu sebelum aku sampai bawak durian n petai nih.. tadik skype dgn kesayangan.. tanya nak ketam tak.. kalau tak nak bawak ni.. masih belum reply ni.. 


pagi tadik.. seawal jam 7 dah pegi tesco.. sini tesco mmg start jam tujuh.. utk beli barang barang nak membersih rumah.. segala tok nenek sabun pencuci aku beli. sebab aku dah panggil cleaner polish datang rumah bersihkan ni.. pastu bila dia sampai.. qaiyyum cakap nak tolong dia kemas. hahaha.. kalau tau qaiyyum nak tolong.. baik upah qaiyyum je.. ye dok? huhuhuhu

Friday, March 16

Penemuan baru di Warsaw


                                                                                    
:)
setelah setahun tiga bulan duduk di warsaw. selama ni dengar je. now dapat beli sendiri.. kedai baru jumpa ni best giler..

kasih bumi

tadi layan ceta kat malaymoviesfull. nabila huda dgn bront palare. nama nabila dlm ceta ni kasih dan nama bront bumi.. aku malas nak bg review penuh. tapi kisah ni mcm.. tak semestinya kita berkahwin dgn orang yang kita cinta.. sebab satu perkara dorang gaduh and terus terputus hubungan.. jumpa semula bila masing masing dah ada anak besar.

yg sweet adalah bila bront bg nama anak dia kasih. aku suka nama kasih. tapi ejaan bukan kasih la. ejaan dia lain. dulu masa skolah skolah aku selalu feeling2 nak bg nama anak sedap sedap. siap gabung nama dgn boifren tuh nak bg nama anak.. konpiden je akan kawen sama. huh!

aku dah lupa apa nama aku gabung. cinta abis la masa tu main gabung gabung nama. huhuhu. nih ngah tgh preknen ni.. jgn la dia amik nama aku nak ni.. aku nak reserved nama ni untuk bakal anak perempuan aku kalau aku bertemu jodoh suatu hari nanti.. amin..

p/s: cahaya nama anak sarah. sedap kan nama cahaya?

Thursday, March 15

hashtag twitter

tadik dok baca timeline. terbaca dorang tgh buat hashtag twitter #PerangaiBlogger. banyak sangat yang kelaka n best.. yang kelakar sokmo.. hashtag akiss la.. sama ada dia yang twit atau dia RT kan.. antara yang aku suka..


  •  taruk widget autoplay dengan harapan pengunjung blog ada taste music yang sama. bitch please, im here for the entry tho 
  • sang isteri buat entri kisah peribadi tahap cerita atas katil zzZZzzZZzz  
  • tajuk tak serupa entri (AKU LAH TU!)  
  •  makan apa, berak berapa ketul, beli baju berapa helai, tido kul brp, semua nak cite. Dia ingat dia Britney Spears? 
  •  unable right click pastu kuar pop-up *OI JANGAN NAK CURIK GAMBAR* the hell meng? cantik ke? 
  • up gambar makanan enak-enak bikin saya lapar sokmo :8) 
  • suka letak effect salji turun bajet macam melawat negara korea. .__. 
  •  Don't hate me because I'm beautiful. 
  •  buat segala mcm tutorial. Dari tutorial kilat kuku sampai ke kapur kasut kot. 
  •  lepas je AJL, ABPBH, dan event lain2..sumer pakat2 nak update entry sama... 
  • mak aku tiap kali siap masak dia akan cakap "angah taknak ambil gambar?"   (ini kalau versi aku.. tukang sound adalah qaiyyum)
  • header blog muka sendiri sebesar monitor pc, aku bukak terus jatuh kerusi   
  •  kejap pakai kata ganti nama 'gua'. kejap 'aku' kejap tu balik 'saya'. 
  •  sambil menaip sambil sengih sengih. 

ni antara yang aku copy.. hurmm.. pastu ada bakis RT tadik..katanya susah nak cari blogger yang takde twitter (agree) tapi yang ada twitter takde blog mmg ramai.. huhuhuhu..




1st time ice skating

sabtu lepas main ice skating. dalam hujan ni. last last minit baru main. sbb ahad adalah last day kat arena ni. kalau korang tgk gmbr bawah ni.. seluar aku dah basah. -_- jatuh.. bgn pagi ahad dah sakit sakit tgn n sebelah badan sbb jatuh tahan dgn tangan dlu. hari sabtu tu main dalam hujan org takde sgt pun..




aku main pun terhegeh.. sbb 1st time main kan.. pastu licin basah.. org ckp main skating ni sama mcm main roller blade. roller blade pun dh lama tak main -_- haihh.. kena prektis balik nih.. qaiyyum terer main! sbb dia pegi kelas. so rileks je dia main. siap bagi tips tips kat mama dia ni.. pastu dia sibuk nak tlg angkat masa jatuh.. pastu dia nak pimpin tangan nak guide aku. huhuhu.. tak sesia antar gi kelas..



Wednesday, March 14

Tuesday, March 13

Festival Asia

kejadian ni dua minggu lepas. tapi aku lupa nak ceta. huhuhu.. byk gak embassy yang amik bahagian tapi percaya la cakap aku. yang embassy malaysia buat.. selama dua hari ni. sambutan sangat baik drpd local tau.. bukan nak bangga diri tapi.. yg embassy malaysia pun mmg ramai yg datang.. kami join dua hari. sabtu dan ahad. sbatu tu kita buat workshop pakaian di tradisional.. ahad tu buat kelas jawi n tontonan film malaysia.. tapi yang gmbr aku tepek ni kejadian hari sabtu je.. 

AKU DENGAN LUKASZ. DIA TRY PAKAI PAKAIAN IBAN

PAKAIAN SABAH.. DEANNA DAN SOFI

SAFWAN MCM DAH COP DRPD TAHUN LEPAS DIA MMG PAKAI PAKAIAN TU. YANG PEREMPUAN SHASHA.COMEL KAN?

JANE NI PENYANYI KITEORG. HEHEH.. YG LELAKI DARWIS. DIA BUAT SPAGETI BUTTER PRAWN.SGT OSEM















ahhh..ye benar.. qistina potong rambut sikit. hahahhaa.. mcm biasa la.. mode menyesal tak sudah. akhir thn ni sila buat lagi ye qistina.. :)

Saturday, March 10

update makcik lumpuh ditinggalkan oleh anak


‘Takkan tak sayang emak’

Oleh Yusmizal Dolah Aling dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.
BANTU...pegawai JKM dan kakitangan hotel mengangkat Faridah untuk dibawa masuk ke dalam van, semalam.
PILU...Faridah tidak dapat menahan kesedihan.
PILU...Faridah tidak dapat menahan kesedihan.
KUALA LUMPUR: “Emak saya bang, takkan saya tak sayang. Apapun yang berlaku, sebagai anak saya mohon ampun dan maaf dengan apa yang terjadi. Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika ini, saya harap mak memahaminya,” kata Amir Mohd Omar, 27, anak Faridah Maulud, ibu yang ditinggalkan di sebuah hotel bajet di sini sejak 3 Mac lalu.
“Saya buntu dan seperti tenggelam punca kerana dalam hati tidak terlintas langsung untuk menyusahkan ibu seperti itu. 
“Kejadian ini menyebabkan saya dihubungi sanak-saudara yang selama ini tidak tahu kedudukan sebenar saya walaupun sudah lima tahun menetap dan bekerja di ibu negara. Ada yang memberikan reaksi positif dan ada yang menyalahkan saya sebagai punca semua ini berlaku.

“Namun, saya buat begini kerana sayangkan mak dan mahu dia selesa. Kalau mampu, sudah tentu saya tempatkan dia di rumah sendiri kerana selama ini kami berkongsi susah dan senang,” katanya ketika bersetuju bertemu wakil Harian Metro selepas beberapa kali dihubungi, semalam.

Harian Metro berusaha mencarinya sejak pagi dengan mendapatkan nombor telefon Amir daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengusaha hotel.

Monday, March 5

situasi #6

masa order makanan kegemaran dia kat restoran..

Mr. Q : mum.. you know what?
Mum : u are the best!

hahahaha.. the best sbb dah tau apa nak order utk dia.. tanpa tanya dia... sekarang ramai orang tegur aku.. (student kat poland) cakap.. apesal skang ni qaiyyum cakap omputih je kak? akak ckp omputih dgn dia kat rumah ke? jawapan aku NO. aku ckp melayu. tapi dia ckp dgn org lain omputih.. okey la tuh nak.. :)

Friday, March 2

disney on ice warsaw


ahad lepas kiteorang pegi disney on ice princesses n heroes kat warsaw ni.. kalau dah bekas negara komunis tu.. memang dah tau la pun bahasa konpem bahasa polish.. tapi qaiyyum dah buat suara sedih konon dia tak penah pergi la ape la.. pastu plak dia tau masa kat malaysia dulu aku dah penah pegi ticket ehsan oppa aku.. nanti aku tepek gmbr masa tuh..

so.. dalam kul 4 petang tu.. aku tetiba mcm buat keputusan JOM KITA PERGI.. berlari siap siap ni.. dalam tgn bukan ada duit sgt pun tapi takpe la.. sebab isnin gaji dah masuk.. hahaha.. so kami gamble je la anak beranak.. ticket pun pasrah je la.. beli kat sana.. sib baik ada uuuu...


masa dalam teksi.. oh kami pegi naik teksi sebab nak kejar beli ticket.. plus tatau macam mana nak pergi.. and last show kul 5.30.. so kami sampai situ cun cun kul 5 petang.. tgk sana sini org bwk blanket. ah sudahhh.. sejuk bebenor ke dalam tuh??? rupanya takde la sejuk pun... okey jer.. okey.. dalam teksi aku dh sound. duit cukup ckup beli ticket je dik.. tak leh mainan merchandise semua tak leh tau.. dia angguk je la..  

sampai kaunter. nak beli ticket 120zloty.. dah abis.. ticket 150zloty mcm tak gamak plak nak beli kan.. so amik la ticket 95zloty.. masuk dalam je.. bende pertama dia nampak pedang.. sibuk nak beli pedang.. dahhhhhhh terbang duit mak dia 40zloty.. pas nampak pedang nampak plak org jual gula gula kapas.. pakej dgn crown.. dah feeling lapar plakkkk.. nak beli gula kapas tuh.. terbanggggg duit mak dia 25zloty...


tapi series.. kalau aku dah gaji la masa tuh.. brg aku beli utk diri aku lebih byk drpd barang yg qyum nak beli utk diri dia tuh.. sebabnya aku berkenan banyaaakkkkkk sangat bnda mcm ni.. masa kecik tak dpt sgt beli bnda mcm ni sebab kami dua beradik pompuan.. tak leh beli satu.. kena beli dua.. satu utk aku.. satu utk ngah... baru tak rebut.. tapi kopak la papa kan. ehhehe


masa nak snap ni.. budak tu tamau berganjak langsung.. mak dia pun tgk mcm tu je.. tak suruh berganjak.. haihh... so qyum pasrah je la bergambar kat situ dgn ada anak polish tamau berganjak..


nampak cawan tuh? ais kepal tuh takde rasa.. series. kaler je cantik tapi takde rasa langsung... asalnya qyum nak miki mos tapi cawan miki kecik.. so ais kepal yg dpt sikit.. terpaksa la qyum pasrah amik yg cawan pompuan.. hahahaha.. mak dia punya la jadiknyaa.. terbang 30zloty.. 


nak bergambar kat sini kena bayar 40zloty.. qaiyyum awal awal tamau pun sebabnya itu princess.. so dia tak heran.. dia kata budak laki tu pondan sbb bergmbr dgn princess tuh.. ada je org bergmbr n sanggup bayar 40zloty tuh..




 masa letup letup ni kan main si polish bersorak bagai.. sepanjang dorang nyanyi lagu bahasa dia.. budak pompuan duduk sebelah aku ni..dalam tadika kot.. hapal jahhhhh.. sedap gak la dgr dalam bahasa dia.. tapi sudahnya sbb tak paham kan.. aku layankan qyum je.. dia kata ada dia paham ada dia tak paham pun..



puas hati jugak la tengok.. ticket murah pun masih jelas nampak.. tapi kalau ticket 120 zloty tu ada la tadik.. memang tak emrasa la pedang crown ni dik oiii... cuma ko syok sbb leh nampak lebih dekat la punnn...

keluar je stadium dia.. snow lebat.. selebat lebatnya.. kiteorg tak prepare.. meredah snow ke bus stop.. sib baik tak lama pastu ada bus dtg.. tapi sbb blur blur.. kiteorg folo je sampai ke city pastu baru amik bus sebenar balik ke rumah.. qaiyyum seronok la.. dapat jugak dia merasa nak pergi..

-----------------------------------------------------------

SINI PLAK AKU TEPEK JE GAMBAR MASA AKU PEGI DISNEY ON ICE KAT MALAYSIA..