Monday, June 10

Banjir di Warsaw

Sepatutnya aku ada running malam ni. Tapi hujan batu di Warsaw pastu hujan lebat. Lepas berhenti hujan, ada beberapa page yang aku follow sharw gambar banjir kat sini.

Tatau la level air sungai yang dekat Embassy tu melimpah setakat mana. Kalau ada basikal ni aku gigih juga nak kayuh tengok tengok tepi sungai.

Warsaw pulak dari rumah aku ni sejak tadi asyik bunyi ambulans. Debor pulak rasa. Hujan memang dah berhenti. Hope malam tadi takda dah sambung hujan.

Pray for us!

xoxo

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, June 6

sabtu dan ahad di malaysia

rindunya hari sabtu dan ahad di malaysia.. biasa nya hari sabtu or ahad aku akan breakfast nasik lemak lauk paru yang kuah dia super sedap pedas manis kat precint 9.. gazebo atas mamak kembar tuh.. masih sedap ke ek nasik lemak lauk paru situ??ahh..aku rindu!

kalau bosan dengan nasik lemak lauk paru, aku salu gi breakfast di paparich bangi (tapi aku prefer yang dekat jusco equine park tu) sebab paparich bangi tu selalu tempat lepak memalam dengan geng2 bangi aku.. ahh..aku rindu!

tapi most of the time breakfast mamak kat presint 11 dekat dengan terowong tuh.. (tetiba rindu nasik goreng ayam, mamak style) siap request nak pandi je masak sebab org lain masak tak penuh kasih sayang.. pandi je masak nasik goreng ayam yang sedap..tapi salu aku breakfast roti canai... air mesti teh o ice.. tak kisah la pagi petang siang malam..mesti teh o ice... sesekali oder 3 layer tea..:( ahh..aku rindu!

sesekali ada gak breakfast mc donald.. tapi aku take away je (kalau otw to kl) so ngap ngap dalam kereta sementara nak sampai ke kl.. (ye aku memandu sambil makan sausage mc muffin).. ahh..aku rindu!

sabtu dan ahad.. biasanya pas breakfast aku akan balik rumah and bersiap.. (kecuali kalau gi tapau mcd sbb nak kuar terus) masa tuh la sibuk contact sana sini tanya sapa akan keluar lepak2.. kawan yang biasa teman aku kuar adalah jia jen.. sebelum jia jen, anie la jadi mangsa aku di angkut gi sana.. kiteorg gi tgk wayang.. suka sangat lepak kat curve..

Sunday, June 2

emo

ntah kenapa. aku emo sehari dua ni. menangis. meleleh. luluh hati. ntah hape hape ntah.

keek aku dah delete. di waktu kemuncak. tetiba hilangkan diri. ramai mintak buat semula keek. aktif semula. takpe la kot. cukup sampai situ je la. aku kuburkan watak kak om dalam keek tu.

hmmm.. apa lagi? blog bersawang. macam biasa la. malas nak update. ada jugak aku tutup blog ni bila dah emo sangat. bukan ada pengunjung pun. segan rasa dengan blog sendiri ni.

semalam aku dapat berita baik. takpe. aku simpan dulu ceta tu. agak agak emosi aku dah stabil, aku up la cerita. kalau stabil la... kalau tak?

Published with Blogger-droid v2.0.10