Wednesday, July 22

Balik kampung

Rutin tahunan. Qaiyyum memang akan balik Malaysia sendiri. Dia jenis berdikari. Memang jenis anak yang tak susahkan mama. Pandai amik hati and always be there for me. Even kiteorang selalu tak sebulu dalam pilihan movie nak tengok kat Astro time makan sama sama, tapi dia sure mengalah bagi aku tengok separuh pastu turn dia pulak tgk cerita dia. Hahaha.

p/s: Pandai masak nasik dah sukat pakai jari okayyyy!

xoxo

Selamat Hari Raya from us!




Aku raya di Brunei dan Qaiyyum raya di Kuantan sebab cuti sekolah panjang. Seronok dia dok Kuantan ramai my cousin yang balik.
Nanti kita jumpa lagi dik! Rindu nak gaduh gaduh! Hehehe...

Selamat Hari Raya Sha! We miss you a lot!

xoxo

Thursday, June 18

Selamat Berpuasa!

*semasa berbuka puasa today di Terandak d' Seni, Brunei with friends.


xoxo!



Sent from Samsung Mobile

Tuesday, May 26

don't make me sad...



don't make me cry...


xoxo

Saturday, May 23

happy saturday!


happy saturday! 

xoxo



Tuesday, May 19

movie jem!!!


aaaaaaa! tak sabar! 


xoxo

Saturday, May 16

Siblings



I miss them very much.
session with my lil brother and lil sister a few days ago make me want to go back to Malaysia!

our saturday

hello.

2 - 3 bulan sudah aku menang lucky draw di majlis yang mas and tourism buat. masa tu memang lucky sangat sebab menang voucher hotel yang bernilai $320 (lebih kurang rm800 lebih jugak) and tempat kedua pakaian terbaik dapat hadiah voucher parkson bernilai rm300.

voucher parkson sah sah dah habis masa shopping di miri. balancenya shopping di alamanda masa balik malaysia kejap. and hampir terlupa pasal hadiah hotel ni. tadi cuba nasib call and dia cakap ada bilik.

tapi nak dijadikan cerita pulak hotel ni punya kolam under maintenance. kecewa sungguh. baru nak berendam sebab brunei panas sungguh today. jadinya mandi kolam tak boleh so kami gi tengok wayang sebelah hotel ni. hotel rizqun ni attach dengan mall. senang la nak makan. jejalan anak pau mama. hehehe.

tadi tengok cerita mall cop 2 tu. kelakarnya la.. nanti nak tengok yang no 1 punya la pulak. pastu beli topi anak. beli jacket anak. kejap lagi mama nak tengok movie melayu. anak tak nak tengok so mama pergi sorang la jawabnya. 

oklah. can't wait esok. breakfast buffet! ;)

Friday, May 15

My birthday present


Trip to Singapore! Selama ni tak pernah pergi Singapore. Masa duduk Poland banyak kali dah janji dengan diri sendiri nak singgah Singapore tapi tidak kesampaian, Alhamdulillah masa birthday ke 33 tahun ni dapat ke Singapore.

Sebelum settlekan hal ticket dan  hotel semua tu minta pandangan kawan kawan yang tinggal di sana. Dorang memang suggest untuk tinggal di Village Bugis Hotel. Dekat dengan MRT dan kedai kedai halal. Alhamdulillah memang senang sangat duduk disitu. Penat jejalan seberang hotel je kami anak beranak massage kaki. Hehehe...

Kami tak beria jalan sangat sebab aku tak sihat. Cuaca pun di sana tak bagus sangat. Sayang betul rasa pergi dalam keadaan tak sihat. Tapi tempat tempat penting dapat la cover. :)

Balik dari jejalan masa 1st day tu masuk bilik, Orang hotel bagi sepotong kek dan cocktail buah pastu wish birthday kat kertas. Happy!

Second day pergi Universal Studios. Memang dah beli sesiap express lane. Sebab amik iktibar masa pergi Disneyland Paris last year kena beratur lama sangat. Tengah hari je dah dapat cover hampir semua game yang nak try. Tapi hari panas sangat. Masih belum sihat sangat sepenuhnya.

Hari ketiga hujan lebat. So jejalan sekitar hotel je. Pastu check out and balik KL. Kami naik malindo. Murah gak ticket. Biskut dia sedap.






Next trip kemana? Australia!!!!! ( Baik korang Amin kan) Hehehe...

x0x0!



Looking for Adam



Lucky Eva!

:)



xoxo!

Sunday, May 10

Happy mother's day to us!

Saturday, April 25

Happy birthday to us!

January to April birthday girls celebration hosted by Perwakilan Brunei. 

Thursday, April 16

Saturday, April 11

Before I die...


This year baru dapat pergi Bangkok and Singapore... All total baru 8 cities... ;)



Sent from Samsung Mobile

Monday, March 16

Cubaan mencuri

Kisahnya jadi masa bulan December tahun lepas ( ye aku tahu ceta dah basi 3 bulan baru nak ceta ) hahaha. So nak jadi ceta aku balik anak beranak ke Kuantan cuti bulan December tu hari. Pastu aku balik ke Brunei sorang sebab anak nak stay di Kuantan lagi sebab cuti sekolah. Aku balik ari Ahad 14 hb tu. Janet yang ambil kat airport malam tu.

Nak jadi cerita balik je rumah terus naik atas tidur. Esok bangun siap siap terus ke office. Balik dari office dah siap makan kat luar. Terus naik atas rumah and tidur. Selasa tu 16hb keje jugak macam biasa. Aku ni tak masuk masuk ke dapur ni sebab tak masak kan. Kata dok sorang. Makan luar je la. Kebetulan 16hb malam tu bos ajak keluar makan dengan family dia.

Balik je dari dinner rasa dahaga nak buat air. Terus masuk dapur minum air sambil pandang ke tingkat wet kicthen. Aku x bukak lampu ni. Sebab malas. Tapi rasa berangin je muka. Tetiba aku julur tangan ke tingkap. Omg! Apahal tingkap ni x bertutup?  Terus aku tutup (payah sikit nak tutup) lari naik atas kunci pintu bilik.

Msg kwn kwn n tuan rumah. And tidur tak lena sebab takut. Bangun pagi tu aku check tingkap memang betul rosak sbb ada org cuba bukak tingkap ( cuba masuk ikut tingkap) and tuan rumah sampai je aku bukak pintu belakang nampak la kesan orang nak cungkil. Debarnya tak yah cakap la..

Hari yang sama aku bungkus kain baju tidur rumah janet. Dalam masa yang sama tuan rumah janji nak pasang pintu grill kat belakang rumah dan depan. Dan jugak alarm. Datin dah suruh pindah masuk rumah dia. Aku dah takut nak tidur rumah sendiri masa tu.

Alhamdulillah selesai semua dalam masa seminggu. Benda dah nak jadi kan? Alhamdulillah tak jadi apa apa or tak ada yang hilang.

Oklah. Nak ceta tu je. Babai!

xoxo

Friday, January 9

Qaiyyum dah balik dan...


Mama dah tua! See kedutan di tepi mata?????

xoxo!

Sent from Yahoo Mail on Android

Sunday, January 4

Selamat Tahun Baru


Hi!

(sapu sapu habuk sikit)

Malasnya nak update!

Azam tahun baru nak kurus sikit.

Tak yah banyak. Sikit pun jadi.

:)

xoxo!

Sent from Yahoo Mail on Android