Thursday, March 31

tq sayang!


hadiah birthday dah dapat tadi.. i janji akan bukak ahad ni.. thank you sayang!


Wednesday, March 30

Mari belajar bahasa polish #2

Ye adik adik.. Hari ini kita akan belajar mengira yeeee....(Ejaan sebenar tidak tahu sebab dia ajar secara lisan ni)

Ras-Satu
Wa-Dua
Sheh-Tiga
Stery-Empat
Piansh-Lima
Shesh-Enam
Sheden-Tujuh
Orshen-Lapan
Jebensh-Sembilan
Jeshensh-Sepuluh

Tergeliat ✗ lidah adik adik??


Wyslano z BlackBerry® w Orange

Tuesday, March 29

tatau nak ceta apa

series takde idea nak update ni... tatau la nak ceta pasal apa??? dua hari lepas aku ada bgtau kat fb yang qaiyyum sibuk nak pokok epal.. semalam aku dh beli pun.. pokok epal tu harga 19.90 zl.. belum tanam pun sbb balik pun dah malam kan.. insyaAllah akan tanam minggu ni gak laaa.. sbb nak korek tanah tu bukan senang.. dalam gak nak kena korek.. peralatan pun tak cukup ni kat rumah untuk gardening.. bila tgk pokok2 orang lain kat blog berbuah..mengeluarkan hasil mcm excited je nak menanam.. tapi tangan aku ni memang 'panas' sket.. so mmg selalunya tak menjadi.. ;p nanti aku update la penanaman pokok epal yang sudah tentu kami tak sempat nak makan/petik hasil tu.. hehehe.. hari ni kena balik awal sebab ada orang nak install cable tv kat rumah.. dah 3 bulan duduk sini aku masih belum berkesempatan nak pasang cable tv.. so tadi pagi dah call.. so dia akan datang petang ni.. oh yaaaa... start april ni, orang angkut sampah tu akan start angkut sampah aku every thursday every week. wowweeee... lega rasanyaaaaa...

Monday, March 28

Gelatin tidak halal

Gambar ni memang ada je dalam handphone ni. Senang kalau nak pergi kedai/market boleh check terus sama ada halal atau tidak. Ketua Canseri aku yang bagi benda alah ni.. Dia lagi rare.. Siap ada satu keping dia simpan dalam dompet.

Gelatin tak halal ni kebanyakkan ada dalam chocolate. So setiap kali nampak chocolate yang menarik, rasa nak beli mesti tak dapat makan sebab ada E471 (kebanyakkan yang digunakan).. Kecewa la disitu.. Plak tu kalau kat Poland ni, dorang akan tampal ingredients dalam bahasa dia kat ingredients asal. Susah sikit la nak paham. Tapi kadang aku kopek je pelekat dia sebab nak check.

So.. Nanti kepada sesiapa yang nak save dalam handphone masing-masing dipersilakan :) untuk memudahkan :)


Wyslano z BlackBerry® w Orange

Saturday, March 26

Kantoi

Ini budak sudah kantoi.. Tadi pas potong rambut dia, terserempak dgn cikgu marta dia..borak borak la.. Pastuuuuuu cikgu marta pecahkan rahsiaaaa anak aku suka STELA.. Aku ni punya la terkejut.. Tak sangka dia leh minat minat orang. Gatai! Kecik kecik dah pandai nak minat minat orang.. Pastu bila cikgu marta cakap do u still like stela? Dia leh jawab dia dah tak suka orang tuuuu... Hurmmmm.. Harus di sekolah kan nanti di rumahhhh


Wyslano z BlackBerry® w Orange

Friday, March 25

Kek rainbow

Chantek takkkk??? Chantekkk kannn? :p saje isi kaler tu sikit jeee.. Sbb kalo pekat2 nanti takk feeling padle pop (rindu nya aiskrim padle pop!)

p/s: hasilnya tak menepati piawaian.. hahaha.. tak dpt nak tunjuk hasilnya.. ;p


Wyslano z BlackBerry® w Orange

Thursday, March 24

situasi kedua

disebabkan winter dah nak abis.. aku nak cari kasut lain untuk qaiyyum.. kasut yang lebih rileks.. takde la yg mcm boot sangat.. try cari sneakers kat puma, adidas n nike.. takde yg berkenan di hati.. cari di kedai yang murah2 pun tetap tak berkenan.. plus kasut tu mcm sakit kaki je pakai and mcm tak tahan lama.. hurm.. susah gak.. nak kena g ecco kids kat arkadia la kot.. maybe next week akan gi cari la... tapi qaiyyum ada berkenan satu kasut kat zara ni..


ni la kasut yg dia berkenan...dia siap try n jejalan satu department zara kids tuh..dia kata selesa.. aku sbenarnya kurang berkenan.. tapi anak dah suka.. aku cakap nnt kita survey dulu.. dh takde baru kita dtg beli la.. dia pun agree.. masa nak bagi dia bukak kasut n pakai kasut  dia.. ada dua beradik.. sorg laki sorg pompuan dok main lari2 dalam department tuh.. si qaiyyum ni senyum je la tengok bebudak ni..pastu dia buat statement menyentapkan hati mama dia ni...

"ishh.. kan best kalau qaiyisha ada sekali dengan kita ni kan ma.. leh la adik main lari-lari dengan dia"

aku diam je.. sbb aku tatau nak act macam mana.. sentap sangat tapi.. apa la budak tahu kan? pulak tu kita tatau apa dalam fikiran qaiyyum.. macam mana rindunya dia kat kakak dia tu.. kan???? semoga dua beradik ini akan disatukan :(

Gatal Galok

Ada seorang budak pompuan dan dua budak lelaki polish,sedang main cuit sana sini..geletek sana sini..kejar sana sini.. Mmg galok lah budak tiga org ni. Umur dalam lingkungan 13-15tahun jugak la...

Pastu aku tgk si pompuan ni cuit anunya si lelaki pastu galok2 gelak lari..si lelaki ni gelak2 kejor nak cuit ke anu pompuan tu gamaknyaaa...

Aku tengok si qaiyyum sengeh je..ye lah budak kannn..apa yg dia paham and nampak.. Dia nampak org tu bergurau dgn kawan.. Aku nampak bebudak ni galok biroh.. Hehhehehehe.. Eh bukan ke salu pandangan mak mak tu btul ke? Heheehe..

Pastu aku sound qaiyyum 'haaaa ko besor nnt jangan nak galok miang sangat macam tuhhhh'...

Anak aku rileks je jawab.. 'Ceh! Kakak tu bukan lawo punnnn'


Wyslano z BlackBerry® w Orange

Wednesday, March 23

Percubaan Pertama Update Blog Guna Blekberi

Kot la menjadikan :) Kalau jadi memang hoyeahhhhh!!!!!

Wyslano z BlackBerry® w Orange

Tuesday, March 22

mari belajar bahasa polish...

Dalam bas petang semalam...

Qaiyyum : Kalau beg mama kena curik.... (macam takde idea lain ko kan dik???) mama kena jerit mcm ni.. RATUNKU!RATUNKU!RATUNKU! (sambil berlakon2 mcm nak lari)

Mama :  Ape bende pulak ratunku ni dik???

Qaiyyum : Hep me! Hep me! (sila baca HELP ME)

Makcik sebelah aku : (Senyum je tengok sakai malaysia ni ) ;p

RATUNKU - sebut pun ratunku jugak...

Monday, March 21

korang ada facebook?

kalau ada facebook... meh la click fan page adik aku... tekan la like.. dia nak buat give away tuh.. hadiah memang aku tatau apa la.. tapi.. aku rasa mcm nak menyumbang hadiah gak kat give away dia... tatau la nak bagi apa.. :) nanti bebila free aku fikir nak gi carik la adiah yang senang/mudah tak pecah bagi penyeri give away dia... tapi.. apa yg aku terfikir adalah... kenapa adik aku nak buat fan page ek??? hmmmm... kepada ngah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


KO FIKIR KO JANDA MELETOP MACAM ROZITA CHE WAN KERRR??? LOL

situasi pertama

dalam bas on the way ke pasar.. sampai satu perhentian, ada nenek n atuk polish naik bawak cucu lelaki.. lasak betul cucu dia ni.. bising plak tuh.. duduk belakang kami... dok merepek-repek dalam bahasa polish..  pastu nenek dia marah dia and sebut  małpa (sila sebut maupa).. yang si qaiyyum gelak-gelak... aku tanya kenapa??? qaiyyum pun cakap...


"nenek dia marah dia nakal macam monyet"


haihh..nampak gaya memang anak aku terer dari aku la cakap polish pasni... aku mmg tak belajar pun bahasa polish.. aku hanya tau beberapa je.. mcm greeting..dzien' dobry (sebut jendobre).. dzie,kuje (jinkuye) maksud dia thank you.. przepraszam (shep pra sham) maksud dia excuse me.. :p pastu aku tau cztery (steri) maknanya no 4 sbb rumah aku no 4 heheh.. pesanan kat qaiyyum.. kat sekolah belajar terer-terer sikit okeh. nanti senang tolong sebutkan kat si polish ni bila kita nak shopping :)

Friday, March 18

resepi kek st. patrick's day :p (kek yg aku buat ni)

aku edit sebenarnya resepi asal ni.. aku lupa aku amik kat mana resepi ni.. sbb pas baca terus salin kat bb kan..tapi bila aku baca respei dia.. mmg ni resepi kek lapis sarawak nama evergreen tu.. tapi aku versi kukus sbb aku takde oven bakar atas bawah.. 



1 botol horlicks (gila nak campak satu botol? aku letak 2 cawan je.. tapi agak agak nak lebih sikit, ko letak la 3 cawan..)

8 biji telur (size M)

200g butter
1 cawan tepung gandum
3/4 gula kasar (pakai 1/2 je sbb manis sgt letak 3/4 tuh)
1 gelas susu pekat (pakai setengah cawan je sbb td dah letak gula letak lak susu..kang termanis sgt plak)
1 botol pewarna hijau (takde makna nak letak satu botol.. letak sehingga adunan cantik je)
1 penutup esen vanila
secubit garam

pukul butter dgn gula smpai kembang..
masuk telur satu persatu sambil tu pukul lagi..
masuk susu pekat
masuk horlicks
masuk pewarna
masuk esen
masuk garam
masuk tepung
kukus sejam.tapi tak jugak kukus sejam.. sebab hari tu adunan separuh kukus 20min dh siap..

selamat mencuba! :)

topping tu mengada je letak... tak letak lagi sedap kot..

kalau nak bakar jadi mcm kek lapis pun boleh..tapi seperti aku cakap.. aku takde oven kan...

Thursday, March 17

st patrick's day


hari ni st. patrick's day.. dari last 2 week lagik cikgu qaiyyum dah cakap kena pakai baju hijau.. so mmg aku dh bwk si qaiyyum beli baju hijau dia dari minggu lepas pun..beli murah2 je pon.. hehehe.. bdk2 ni cepat membesor.. kang kejap je dpt pakai baju tuh kan...

so aku saje je la buat kek untuk bagi kawan-kawan qyum makan sempena st patrick's day ni.. bagi budak2 hepi.. nak nak si qaiyyum ni dr hr tu tanya bila aku nak bg kawan2 dia makan kek mak dia paling sedap didunia tuh..hahaha.. resepi pon aku jmpa kat blog.. blog mana aku dh lupa... :) mcm mana rupa kek aku? ni ha rupanyaaa...

itu topping ke tiga
nak tau kenapa yg ketiga?? pertama aku tabur gulas halus je atas dia... pastu aku tgk mcm buruk.. aku tambah kaler hijau dlm gula halus tuh.. tabur la... mcm lawa lak.. bangun pagi aku tgk gula aku cair.. aiyoo.. harus sedeyyy.. aku pun rebus cekelat paket n main curah je atas kek tuh.. hahaa..tabur cekelat rice gak.. oklah kannn.. dpt la cover yg buruk2 tu.. :p

2nd cake 
kiteorg punye gardener kat embassy ni.. nama dia patryk.. punya la mak dia sayang dia.. buat cake kat atas ni bagi kami kami makan.. sempena hari yg sama dgn anak dia..kan main lagik dia cakap kat aku.. "dun worry.. it is halal.. we know that u only eat halal food' hahahaha.. tapi sedaps... super sedaps okeh kek mak si patryk ni.. nak mintak resepi dr makcik ni nnt dia bg tulisan polish lak :)

oh yeee.. anak teruna aku pakai apa?

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

: )

Wednesday, March 16

update org malas


rupanya masa aku gi sekolah qaiyyum hari tuh..aku lupa yang aku ada snap sikit gambar.. 

folder keje keje qaiyyum di sekolah yg cikgu tunjukkan aku

qaiyyum di dewan makan sekolah

tgh makan cookies

tempat sangkut baju/beg

Tuesday, March 15

you must watch this!

aku menanges tengok v clip ni... pas tgk v clip ni terus aku bbm mak aku cakap aku rindu and sorry byk melawan mama selama ni.. (mak aku tak baca lagik sbb skg kat mesia kan tgh tido) enjoy the v clip!

size L

aku memang pakai size L dah sekarang ni.. aku rasa sejak berchenta ni mmg aku naik pakai size L.. masa memula baru kenal dulu size aku S (tapi fit fit la...) kalau nak selesa kena pakai M la.. apa tak nya kan... masa memula berchenta ni.. asal dating je gi makan.. pendek kata kami dating dengan gi makan je kije la.. bila makan roti boom tuh siap oder dua la aku.. pastu leh tapau lagik tuh... :)

sejak datang sini.. nak makan pun susah.. aku turun berat sikit la.. masih la L tapi aku pun tak sure turun bahagian mana... bila aku timbang mmg turun la.. pastu menten je kat no tuh.. smpai la sudah.. aku kadang2 rasa nak usaha lebeh sket turun ke size M.. sbb byk baju lawa2..kalau pakai size M better... kalau pakai L nampak mcm.. 'ko ni kenapa nak burukkan baju tuh dgn bdn ko yg gemok?' heheheh... tapi tuh laa kadang aku malas...malas nak diet..aku rasa mcm aku malas nak kurus nak melawo sangat sbb Boifren aku bukan ada sini pon :p

p/s: ohhh, Boifren aku dh slow dah makan.. sbb tukang teman dia makan pun dah takde kan..  

'Miracle baby' rescued after 3 days

sila klik untuk baca okeh???

atau korang boleh terus ke ---> 'Miracle baby' rescued after 3 days

kita yang mak mak ni cukup sesitif kan kalau bende tu berkaitan dengan anak anak atau budak budak.. walaupun bukan anak sendiri... aku baca pun sedey artikel tuh.. menitik air mata.. sian anak jepun ni... terpisah dengan family dia masa wave tuh datang menyerang perkampungan dorang... terpisah 3 hari lak tu... bayangkan mcm mana perasaan si mak nya.. mengenangkan anak terpisah.. ntah hidup ntah mati... :( aku tahu perasaan dipisahkan dengan anak.. perit... :(

Monday, March 14

pose


qaiyyum marami sekarang suka sangat pose macam ni... selalu pas aku snap.. dia sibuk2 nak tengok gambar dia semula... apa yang kuar dr mulut dia adalah.. 'wow!ensemnya gambar adik!'

p/s: ye lah tuuh dikkk...ko memang ensem.. jgn besor nnt.. bila ko bebetul ensem.. ko jadik playboy sudah!

troley

aku selalu nampak sana sini org bwk troley kalau nak gi shopping barang dapur.. ye laa.. kalau ko beli sikit2 boleh la ko bwk je beg plastik or beg shopping ko tuh..tp kalau dh berat...nak angkut pun letih and tak larat.. betul tak??? aku dlu kat malaysia senang la.. sbb pas shopping masuk troley supermarket pindah kat bonet kete.. pastu angkat sikit2 naik ke atas rumah.. ni skg ni dr supermarket ko hangkut berat2 ke bus stop.. naik bus.. pastu turun bus stop pastu ko lintas jalan..pastu ko jalan kaki ke rumah lagik.. tak ke namanya susahhhhhhhh bebenor tuh?nak nak kalau cebek tuh aku sorg jeeee.. :p

so last two weeks aku gi jejalan kat tempat aku sesat hari sebelumnyaaa (masa nak gi carik citibank..dlm gugel mcm senang..alih alih sesat) kawasan tu aku tatau nama dia apa.. tapi aku reti nak gi mcm mana.. hehehe... yela.. sbb susah la nak hapal nama jalan kat sini.. ehhehehe.. pastu qaiyyum cakap ada nampak troley yg aku mmg nak sangat beli... tawar pnya tawar,, dia bg 35zloty je.. dalm rm38 laa... aku nak merah..anak aku nak biru... so akur je la pilihan anak aku... hehehehe.. so mcm mana rupa troley kiteorg beli tuh????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ko ingat ko comel macam ladyverde nak tiruk macam dia? :)

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
masa ringan nak la dia bawak kannnn....


cuba kalau berat???maknya laaa yg kena heret bende alah tuh...
bagi aku..aku suka je heret troley tuh..senang n tgn ko tak sakit..bahu ko tak sakit nak bawak beban2 brg ko shopping.. tetapi.... aku tgk yg heret troley ni semua nya makcik2 polish je wei... tuh la..org muda semua pakat pandang je aku bwk bende tuh... apa apa lah dik/kak polish oi... janji aku tak penat nak bwk barang2 dapur aku shopping..

p/s:ada gak yang bwk beg troley akademi fantasia tuh... hehehe..

Sunday, March 13

good bye winter...welcome spring!

cuaca yang baik...jejalan di lazenki park.. siang nanti kemungkinan akan ke sana lagi.. ada konsert chopin :)




photo credit to wanie..

p/s:nampak new shade qaiyyum?

Friday, March 11

10.3.11


aku genap 3 bulan ada kat sini... :( rindu semuaaaaa


Thursday, March 10

i want this!!!


harga RM100.. sapa yg ada kat oversea... boleh pegi kat sini kalau nak beli...tadik aku post kat fb... psl bende alah ni..terus my sayang komen cakap akan belikan.. uhhh.. tak sabarnya nak baca!!! aku tengok kat fesbuk pun dh ramai yg post status n upload gambar cakap dah beli buku ni... aku rasa laaa... MPH Bookstore kat Alamanda tu konpem full org beratur nak beli.. yelaahhh... itu je la kedai buku yg ada kat pusat pentadbiran negara tuh... tadik aku dah cakap dengan ambassador aku.. dia cakap dia pun nak jugak.. tapi mcm harga pos tuh mahal jer.. errr... wisma tamau hadiahkan kat setiap mission satu ke? hehehehe...

jelessssss

bila tengok gambar kawen mimi.. jeles betul okeh... isk isk.. tengok plak linda (awek hadry) upload gambo dorg ramai.. series rasa sedeyyyy.... harga yang perlu dibayar bila di perantauan kan?? :(

L to R : Hadry, Linda(awek Hadry),Zailene(Bakal Wife Ayoy),Ayoy,Fizi,Mimi,Tazmin,Haiqal and Wana

hancur luluh tengok gambar ni... sebabnya kalau aku ada kat malaysia.. pasti aku terselit sekali dalam gambar ni.. hadry,ayoy,mimi,tazmin,haiqal n wana.. kiteorg satu sekolah rendah.. memang salu la kami kami kalau ada kesempatan akan gathering.. mencik lah! :(

Monday, March 7

mocha frostito

every week.. yup.. every week aku akan minum ni..mmg aku suka sangat sangat..even qaiyyum pun sangat sangat suka..tapi aku dh terer skg ni.. sbb kalau aku dgn qyum..aku beli size besor n kongsi dua org..dulu2 aku amik small size beli dua..sorg satu.. tapi skg sudah bijak.. :p sebab aku minum tu seminggu dlm 2-3 kali.. si qaiyyum sabtu or ahad je baru minum. so bagi chance dia minum lebey la.. aku ngecek2 je.. hahahah

mak singa dengan anak singa

taubat

aku sekarang ni addict lagu ni kat rumah, kat opis.. dok ulang je banyak kali... lagu taubat yang sedaps!

Sunday, March 6

mimi and fizi

dua dua kawan aku.. aku kenal mimi 22 tahun dulu kat tadika.. aku dgn mimi mmg tak baik sejak tadika.. ntah apa masalah kiteorg masa tadika dlu membuatkan kiteorg tak kwn langsung..hahaha..siap masa darjah satu, kiteorg gaduh berguling atas tanah sbb gaduhkan rumah sukan.. (time ni aku ketua darjah i cerdik..mimi ketua darjah satu bijak) hahaha..sumpah kelakar okeh.. pastu br start kwn tegur2 semula darjah 2 ke tiga.. aku lupa.. pastu berkawan la smpai sekarang ni..fizi lak aku kenal sb dia kwn dgn kwn2 skolah aku...aku rasa fizi ni penah lepak rumah aku dgn bebudak cenderawasih kot...masa raya ke hape..tapi kiteorg mmg berkwn la..

aku antara orang yang awal tau mimi n fizi ni kapel.. sbab masa aku date dgn laki aku kat mines.. aku terserempak dgn mimi n fizi... aku tanya mcm mana korg leh kenal n lepak jmpa ni???kata fizi dorg terserempak.. haloooooo..aku dh 27thn hidup masa tuh okeh.. tak de makna nak kelentong aku.hahaha. so malamnya aku ber sms dgn mimi.. and aku tau la ceta disebaliknya.. aku mmg hepi for mimi after apa yg dia lalui..aku ckp..aku harap fizi bebetul ikhlas kat dia.. bebetul sayang dia.. ari jumaat malam baru ni...

credit tu amir amiu

mimi dah selamat jadi isteri kepada fizi..sib baik aku dpt kol amir..so amir la pas tepon kat mimi and wish congrats kat dia.. aku series rasa nak nanges.. stress pun ada sbb aku tak dpt nak ada disamping mimi masa hari bahagia dia.. ntah mana silap..setiap kali hari besar dia aku mesti takde..ada je halangan..insyaAllah mimi,anak ko kawen aku akan ada :)

*harga yg perlu aku 'bayar' bila aku hidup di perantauan...aku tak dpt meraikan hari2 bahagia rakan2 :(

hari gila

kenapa hari gila?sebab hari ni hari aku jadik gila.. gila kenapa?? gila sbb ini...


ini makanan aku hari ni.hahahhaa..satay tu aku peram semalam..jintan aku semua tuh kan hilang packers buat..so.. aku beli paste satay indonesia.. letak garam sket..letak kunyit pastu perap la dgn paste satay tuh..boleh tahan la rasa tapi mak aku komplen..apesal besor2..hahaha..sbb aku malas potong kecik2 sebenornyaaa..pastu bila nak bakor atas dapur gas tu mmg mencabar betul...dpt la bakor 10cucuk pastu aku malas bakor dah..terus masuk peti yg lain2..

kuah lodeh tuh pun aku buat malam tadi..sambil2 tuh aku peram ayam satay tuh...paginya aku panas kan and masak sambal ikan bilis tuh..mmg hr ni aku bersilat lahh..pastu aku buat lak kopok lekor..ikan tu hanyir wei..beli yg frozen kat carrefour...tp dh takde choice.mana aku nak cari ikan kan??so pakai je la.. aku gugel jek resepi pastu pelik kejap sbb kenapa dia mcm lekit2 pas rebut..ah lantak la.. janji ada kopok lekor...pastu aku buat kuah kopok sekali..senang je rupanya buat kuah kopok ni..ni pon aku gugel jek resepi..

pas goreng kopok lekor..aku makan sambil baca majalah jelita..hehehe.. (thanks babe!dpt gak baca majalah malaysia... love u lots!) nak dkt dkt petang tuh..anak aku ckp nak makan..aku ckp nak buat kuih.. dia pon layan je...aku buat kuih bakar ni kejap je.. sbb buat separuh resepi.. sedaps..budak medik bg aku resepi tuh.. qyum pun suka and makan banyak betul..esok aku nak try buat kuih bakar kentang lak la.. harap harap jadik laaa..

mode:malas nak timbang berat (sebenornya takut)

update!



akhirnyaaaaa..mak aku update gak blog dia!!!!



Friday, March 4

lontong/kuah lodeh

sedapnyaaaa kalau dapat makan ni.. esok nak buat lah! tapi kali ni nak eksyen letak tempeh sekali.. (mentang-mentang la dh tau kat mana ada jual tempeh)

masa buat 1st time bulan lepas.. :)

Thursday, March 3

parents-teacher meeting


semalam ada parents-teacher meeting kat european international school.. aku mmg dh tekad nak pegi masa memula chegu dia anto email kat aku.. yelahh.. sian kat qaiyyum tuh kan.. plus.. ini perjmpaan formal pertama.. aku nak tau gak apa kesah anak aku kat sekolah.. anak aku tanya pagi tuh kenapa aku nak kena pegi sekolah dia.. aku just cakap.. cikgu marta suruh mama dtg nak bgtau adik nakal ke tak.. dia pause lama gak.. pastu dia tanya balik.. mama sorg je ke kena panggil? org lain kena panggil tak?? aku ckp aku tatau.. dia agak cuak la.. hahahaha..

perjumpaan bermula 4.15 petang berakhir dekat kul 5.00 petang.. mcm banyak je ceta aku dgn miss marta ni.. so far qaiyyum ok di sekolah.. tetapi dia ada masalah language.. memang pun..qaiyyum dia tak nak cakap omputih dgn aku.. alasan dia..dia penat ckp kat sekolah dah.. aku paham la.. dia pressure kot..tapi skg ni mcm dh ok sket..ada jugak dia ckp omputih dgn aku dah.. and selalu la dia tanya apa maksud ni apa maksud tuh... cikgu kata dia akan pastikan everyday qaiyyum ada belajar dgn mana mana cikgu ttg vocab bla3 one to one.. supaya senang nak focus.. qyum kena cepat pandai sbb kalau tak dia akan ketinggalan dr belakang... sama gak dgn kelas polish.. dia kena jugak one to one.. dlm 15-20 min everyday kata miss marta.. aku agree je la.. utk kebaikan qyum jugak

masalah kedua lak dia dan kawan dia.. miss marta tanya.. dia ada ngadu tak ttg sekolah or dgn hubungan dengan kawan2.. aku senyum je.. pastu aku ckp dia everyday talking about sad.. sad ni kiranya besfren dia lah kata miss marta.. apa apa pun dgn sad.. anak aku ckp, masa memula masuk sekolah ni.. sad la start tegur n ajak dia main.. lagi satu sad ni org arab.. bapak dia keje embassy saudi arabia.. so dia ni muslim la.. thts y dorg ni boleh get along togather.. tetapi... miss marta ckp sad ni makan pork.. aku like? aiyooo... aku tanya, sekolah tak email bapak sad ke.. sbb aku mmg email ke skolah pasal diet anak aku.. thts y aku bekalkan semua makanan utk anak aku.. aku bg dia minum susu, mkn cereal n juice je kat sekolah..

pastu aku bgtau psl chelsea..bdk yg selalu ejek qaiyyum pnya makanan.. dia kata dia perasan bende tuh.. and chelsea tu mmg selaluuuuuu sgt ejek ejek qaiyyum.. pada firasat aku la.. si chelsea ni nak kat anak aku kot? hahahahahahha.. bodo la leh pk mcm tu kan? hahahah.. miss marta dh promise kat aku..time makan makan nnt, diaorg akan discuss psl food and cultural qaiyyum and other pupils dr country yg berbeza.. so dia harap chelsea dapat paham la...

swimming.. haa.. psl ni si qaiyyum failed.. series dia failed kelas swimming dia...dia tak pass utk letakkan muka dlm air dan dia tak leh buat bubble dr air.. gitu la miss marta cakap.. aku ckp.. maybe sbb confident level anak aku ni tak cukup.. tapi aku dah ckp bila senang, weken aku nak bwk anak aku swimming jugak nnt... supaya dia biasakan...

apa lagik prob anak aku ek?? ahaaa... dia jenis.. sket sket teacher, pls help me.. i dun understand.. itu je yg salu kuar dr mulut dia.. bila cikgu terangkan.. dia mcm hilang focus.. pastu 2-3 kali terangkan baru la paham.. bila dh paham, baru laju buat. hahahha..

kesimpulan yg miss marta boleh buat, qaiyyum lain drpd budak lain.. dia ada byk idea yg bagus n baik tapi dia tatau mcm mana nak luahkan.. dia tatau mcm mana nak cerita.. maybe sbb dia abang-abang kepada yg lain (anak aku 7thn) yg lain 6 thn.. so tuh psl la kot.. ni bwh gambar dia kat opis aku time winter break..



dari Dia kamu datang.. kepada Dia juga kamu kembali...

aku jmpa link ke blog nafastari dari wall post FB officer aku.bila aku baca banyak entry di Islamabad, Pakistan. Tempat sahabat aku posting 3-4 bulan lepas.. Memula aku baca satu persatu entry dia.. ada kisah arwah suami sahabat aku (suami kak niza) meninggal.. Kemudian aku baca entry ini.aku boleh tersentuh dan menangis.. entry untuk anak anak dia.. sangat menyentuh hati dan aku dpt rasa luahan tu ikhlas dari seorang ayah kepada seorang anak.. aku harap Nadaa(Embun) dan Marwa(Kekwa) akan dapat baca entry ayah dia satu hari nanti!

pastu aku terperasan ada beberapa link kat tepi side bar page blog dia ada tajuk alfatihah nafastari bla3.. aku dh berderau.. ya allah!baru meninggal rupanya pemilik blog ni.. di paham kan pulang ke malaysia untuk menghadiri meeting.. eksiden terlanggar kuda melintas. anak anak dan isteri selamat tapi arwah penulis blog koma dan meninggal dunia.. kasihan dan sedih terhadap nasib isteri arwah dan anak yang masih kecil..

alfatihah buat arwah nafastari!

Wednesday, March 2

boleh tak aku nak jiwang sket hari ni?






di sini aku masih sendiri

merenungi hari-hari sepi

aku tanpamu, masih tanpamu
bila esok hari datang lagi
ku coba tuk hadapi semua ini
meski tanpamu oooh meski tanpamu



bila aku dapat bintang yang berpijar

mentari yang tenang bersamaku disini
ku dapat tertawa menangis merenung
di tempat ini aku bertahan

reff:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya



suara dengarkanlah aku

apakah aku slalu dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya



kalau ku masih tetap disini

ku lewati semua yang terjadi
aku menunggumu ooohhh aku menunggu

reff2:
suara dengarkanlah aku
apa kabarnya pujaan hatiku
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya



suara dengarkanlah aku

apakah aku ada dihatinya
aku di sini menunggunya
masih berharap di dalam hatinya



repeat reff



suara dengarkanlah aku

Tuesday, March 1

bekal makanan

aku bkn la pandai masak.. tapi bila datang rajin..aku akan cuba masakan..atau kalau aku teringin aku akan masak.. masalahnyaaaaa...aku ni masak ekot suka hati aku campak2.. seplo kali aku masak, seplo kali la rasa dia lain.. salu aku akan masak makanan yg simple n senang masak n tak leceh n anak aku pun boleh telan..

hari isnin (semalam) aku cuti lagik.. sbb bos pun takde..dia gi uk.. so aku saje je amik cuti konon nak rehat.. takde rehat pon.. aku dua kali kuor semalam.. sekali g bukak akaun bank..se lagik aku kuar (g tempat yg sama) malam plak pas qyum balik sekolah.. btw, semalam aku sesat2 kat dw.centrallny tuh.. pusing punya pusing baru la smpai ke jalan tembus ke mall zlote tarasy..pastu aku pasan ada kedai organic depan kuchnia smaku (kedai yg kadang2 ko bernasib baik dpt beli brg2 asean)  pusing pnya pusing dlm edai organic tuh.. aku jmpa ni..


yeee...itu adalah pasta bentuk katun the simpson.hahahah.. comel kan??? aku beli la 3 jenis.. yg lain2 nnt aku update kan bila aku dh start masak okeh????? sebelum ni aku beli bentuk dinosor.. pastu aku masak2.. anak aku balik sekolah, aku bg dia makan... yang seronoknyaa... anak aku gelak2 masa makan bila jmpa...


  1. muka bapak the simpson (keadaan terbalik)
  2. muka anak lelaki dia
  3. muka adik pompuan dia yg pakai baju kemban tu
  4. muka mak dia yg pandang belah sana..
aku tatau la kalau korang tak leh nampak.. ko bayangkan je laaa..ahahahhaa..akhir sekali dia berbunyi...eh??mana adik dia yg paling kecik tuh???aku jwb ntah la dik.. mama tak masak dia kot.. hehehhehe

2nd trip qaiyyum

ce klik gambo kalau tak leh baca...

aku dpt email dari cikgu ni tadik.. seronok la qaiyyum nnt ada trip!

sekolah selepas winter break

qaiyyum marami kan winter break dua minggu.. (maknya tak ingat anak nak winter break.. sib baik la.. cikgu skolah dia email kat aku) kalau tak mmg aku tak perasan dia dh nak winter break..pastu maknya lak tak tau nak plan bwk gi mana.. so bwk gi opis je la.. minggu kedua tuh baru dia dok dgn babysitter (maknya sik patryk-gardener aku)

bila bgn pagi tadik.. dah gelabah-gelabah..nak masak lagik bekal budak ni.. nak kena sedia itu ini siapkan dia ke sekolah..dh 2 minggu kan aku rileks.. serba serbi aku kelam kabut.. budak ni gak la ingatkan aku dia ada swimming class hari ni.. berlari lak siapkan beg swimming dia.. dalam gambar aku tepek bawah ni ada 3 bende dia kena angkat gi sekolah.. beg merah tu beg swimming dia.. ada baju swimming, bath rob,pelampung tgn dia, gogel dia topi dia kasut crocs pakai kat pool.. dalam folder biru tuh lak homework mis marta bagi masa cuti sekolah.. yg beg itam dia sandang tu.. beg makanan dia.. (baru beli..selama ni bawak paper bag buruk je anak aku) aku bekalkan nasik lemak, beger daging, cupcakes n botol air..


baju sejuk kaler cerah dalam tuh..aku pnya..tp dia muat.pelikkan??aku cuci pas sekali pakai, dia pnya kecut smpai qaiyyum leh pakai.. sedey tau..laki aku belikan utk aku tuh... okeh.itu bukan ceritanya aku nak ceta.. aku nak ceta kisah petang tadikkkkkk...pas dia balik sekolahh.. aku bukak beg bekal dia.. ok la.. makanan abis.. tapi pakcik ni tinggalkan la pulakkkk tupperware nasik lemak dia kat sekolah.. okeh..aku mahapkan ko nak..esok ko bwk balik.. pastu aku kuarkan baju swimming bagai dia nak dicuci..aku tengok kasut crocs dia tinggal sebelah je... maknya mcm biasa la...kuar la susuk singa tuh... dia leh rileks je jawab.. nnt2 dia rajin, dia carik la kot kot cicir kat skolah atau dlm bas.. ewahhhhh...segak sgt lah kan jawapan ko... pastu plak.. topi dia pakai tuhhhh..dia lupa dia letak mana.. aiyoooooo..topi tuh baru pagi ni la... pestime pakai tau... sarung tgn dia pakai lak tuh berlubang satu..terkoyaka katanya sangkut kat mana ntah..

HARI PERTAMA PAS NAIK CUTI DAH BUAT MAMA PENING!!!!