Dah setahun lebih berlalu.. Hari yang aku doa takkan terjadi pada hubungan aku dan dia.. Datang juga pada tahun lepas..
Masih sedih? Yes.. Masih lagi. Masih teringat? Tipu cakap kalau dah lupa terus. Dia jadi sebahagian hidup aku kot. Agak lama. Agak amik masa nak buang terus walaupun dah setahun lebih.
Hidup aku setahun yang lepas memang agak kacau bilau. Putus jarak jauh. Memang buat aku sakit jiwa. Tapi dah bukan jodoh aku. What to do.
Masa kejadian aku di office. Beberapa hari aku jatuh sakit. Pegawai aku pun alhamdulillah memahami. Most of the time aku dalam dunia aku. Tatau di mana. Melayang tah kemana. Ada juga aku sampai terpaksa tidur dan bersendiri di surau office. Dan amik emergency leave..
Nangis? Tapayah cakap. Berat turun. Aku rasa orang yang memahami dan pernah rasa je tau macam mana perasaan tuh. (z, aku tau ko paham perasaan aku) Aku tulis berkajang kajang pun kalau tak sampai ke hati memang orang akan pikir putus cinta je kot? Mak aku msg aku pun aku tak layan. Apatah lagi orang orang lain. Orang orang yang rapat dalam hidup aku. Semua aku buat tatau je. Kata dalam khayalan sendiri kannnnnn.
Sepanjang setahun lebih, aku cuba belajar sayang orang lain. Susah. Giler susah. Aku dah lupa macam mana cara nak start kawan and macam mana nak jatuh cinta balik. Kalau la ada buku panduan :) Ada orang disini yang ajak berkawan. Ajak keluar date. Selalu text aku. Lama lama dorang pun bosan dgn response aku. So putus hubungan macam tuh jer. (ohhh orang tu adalah polish guy dan seorang arabian guy yang kerja disini) *amir tu ensem gak - sempat jugaaakkkkkkk ko kan qistina? Hahahhah. Yang lagi sorang tuh.hadiahkan barang berharga. Terima kasih atas pemberian. Maaf juga kerana hubungan setakat itu sahaja. Saya tak boleh.. :(
Haih, aku awal minggu ni ada luahkan kepada seseorang pasal aku bosan n nak amik anak angkat bla bla bla. So seseorang tu dah buka mata aku. Dia yang 32 tahun ni pun boleh bertemu jodoh dan sedang menunggu masa untuk melahirkan anak sulung. Kata dia.. Tak kira pada umur berapa pun, kalau dah berjodoh, pasti ada jodoh.
Oleh itu kenapa aku boleh nak give up dgn hidup aku. Aku baru 30 tahun. InsyaAllah kalau ada jodoh, aku masih boleh ada suami. Suami dan pasangan yang sayang aku sampai akhir hayat. Peneman dikala aku perlukan seseorang bila aku nak meluahkan segala rasa. ( ahhhh i miss that moment) aku masih mampu nak pregnant dan lahirkan anak..
So kenapa qistina? Kenapa kau masih macam ni? Please try to open your heart to others.. Kau berhak untuk bahagia. Kau berhak untuk gembira dalam hidup kau. Kau berhak merasa apa yang orang orang lain rasa.. Wish me luck!
16 comments:
Be strong auntie tintin
Jodoh dah tertulis... insyaallah... mesti ada utk tintin juga
jangan binasakan jiwa raga... qaiyum kan ada...
Org lain pun byk lagi sayang n sudi jadi pendengar... jangan sedih2 tau!
jom jadi wonderwoman!
insyaallah ada hikmahnya...
hehe camtulah.. semangat kene kuat.. apapun kita balik pada yang menciptakan kita.. mohon doa byk2.. insyaAllah.. Allah tk kan duga kita selama2nya... :)
relak beb...sumer tu confirm ada hikmahnya...
sedih gila baca cite ko.aku dah 8 bulan putus cinta pun tak boleh move on lagi.bila baca ayat ko aku rasa nak bersemangat balik :)
nak komen nak komen..hehe
rasanya i pun menghadapi situasi yg lebih kurang sama. setahun lebih jugak. Tapi tahun ni alhamdulillah, lebih bersemangat dan buang jauh2 memori. memang sukar kot nak lupakan kenangan dulu (bukan teringat ex ke kan). Cumanya..takut..takut.
btw, thot u older jauh sgt dgn i. Sebab nampak matured sgt.well, beza setahun je pun...masih muda lah. (muda ke kita ni???). hehehe.
wish u good luck. US lah kot sebenarnya...mesti ada yg terbaik utk kita..Ameen (ewah, nak gak )
Never give up, for that is just the place and time that the tide will turn.
Good Luck Qis..insyaAllah, akan tiba saatnya tu..
qis bawak bersabar banyak2 tak guna layan perasaan sampai hidup jadi tak keruan insyaallah ada jodoh kawin lah awak dan jangan fikir pasal umur sebab adik ipar aunty yang bungsu dah berumur 31 tahun pun masih belum pernah berkahwin, awak sekurang kurang nya ada juga anak buat peneman.
be strong. memng susah nak cri yang terbaik. nama pun bend baik..memang la kena lalu susah payah baru la kita rasa nikmatnya kan?
be strong beb!rmi org sayang ko.
be tough fren.....
cool
cinta tak boleh di paksa
cheers
qistina tetap sweet macam dulu
"tuhan takkan kasi apa yang kita nak.. dia akan kasi apa yang kita perlu.."
there's always hope and everyone deserved to be loved..insyaallah if ko dah redi open up your heart, ada seseorang yg redi gak utk sayang ko sepenuh ati..
salam semua.. thanks for the doa and tots!
qistina tetap dihati :)
i know how u feel... be strong dear
Post a Comment