cepatnya masa berlalu kan?
Saturday, December 29
Wednesday, December 26
rindu banyak banyak
oldtown warszawa
zakopane aku datang (again)
Wednesday, December 19
waiting
hari ni kawan kawan qistina datang poland. dorang datang dari london. bukan orang putih pun. malaysian yang tinggal kat london. ehhe. excited jugak sebab lama tak terima tetamu kat rumah ni.
plan memula nak ajak gerak terus ke zakopane malam ni. tapi dorang nak datang makan ketam dlu. hahahaha. debar kejap sebab buatnya masak ketam tak berapa nak menjadi? malu la nanti! hehe. pastu salah sorang kawan nak cuci baju dulu sebab baju dia travel dah abis pakai.oh lupa cakap dorang dari budapest. jejalan sana dlu.
hurmmm.. nanti aku update gambar la kot sebab memang dah boleh post / update pakai tepon ni.. hehe.. oh ni aku up gambar kami masa pas party kat rumah lukasz.. party laksa. hehehehe
Tuesday, December 18
chocolate cake dua minit jer..
satukan bahan kering dulu.. 3 sudu tepung gandum.. 4 sudu gula.. 2 sudu koko tp aku guna yg nak buat hot choc tu brand mark n spencer. pastu telur sebiji.. susu 3 sudu pastu vegetable oil 3 sudu gak.. secubit garam pastu vanila esen sikit.. kacau larut bahan dlm mug. pastu temperature high setkan dua minit.. kemudian tingggg! siap! mkn dgn ice cream.. or makan mcm tu je pun sedappp..
Saturday, December 15
cute
Wednesday, December 12
Tuesday, December 11
dapat bunga
gambar takde sebab aku takde masa nak betulkan masalah blog ni lagi. update pun pakai samseng. busy melampau. nak bermanja pun takde org nak dimanjakan. apatah lagi mengadu nasib. stress ok kau simpan dalam hati.memendam rasa.
oh petang semalam aku dpt bunga. cantik. local staff kumpul duit bg ke aku. sempena duduk warsaw dah dua tahun.. :) terubat sikit hati. okla nak tido balik. hope ada keajaiban besar nanti bila bangun tido! xx!
Monday, December 10
dua tahun
qistina dan qaiyyum dah dua tahun di poland! maknanya blog sepi ni dah dua tahun usianya. cuba untuk update sekerap boleh tapi tunggu nak selesaikan dulu masalah quota full ni. hehee. snow dah turun sini. sapa yang ada fb aku ada.la nampak gambar aku post. nanti aku cuba solvekan problem blog ni. then aku update semula yer. happy anniversary to us! hehehehe.. *masih xleh cakap bahasa dia aku ni* hehe
Saturday, December 8
jiwa kacau bilau
dah seminggu lebih macam ni. baru jiwa nak tenang.. datang satu lagi benda buat kacau.. abis tu bila nak tenang nya? serabut.. penat.. lemah badan.. lemah jiwa..
kadang kadang kita manusia ni terlalu fikirkan sesuatu perkara terlalu mendalam sampai lemah jiwa kan. kenapa ye? mungkin sebab kita takde saluran lain nak lepaskan kot.. aku ada kawan kawan rapat yang teramat rapat.. kadang kadang luah la kat dorang.. tapi terluah ke semua? sangkut kat anak tekak jugak akhirnya.. haih..
semalam masa otw ke office.. nampak seorang perempuan.. rambut pendek. super pendek.. lama aku perhati dia.. sampai dia pun tak selesa.. then aku tersedar.. segan orang ni dibuat aku.. tapi cantiknya rambut pendek dia.. nipis tepi sikit.. and ada jambul tinggi. susah nak describe mcm mana tp lawa la... should i? tapi dah janji pada diri takkan n tak nak potong pendek dah rambut ni.. tapi.....
...........