Wednesday, December 19

waiting

hari ni kawan kawan qistina datang poland. dorang datang dari london. bukan orang putih pun. malaysian yang tinggal kat london. ehhe. excited jugak sebab lama tak terima tetamu kat rumah ni.

plan memula nak ajak gerak terus ke zakopane malam ni. tapi dorang nak datang makan ketam dlu. hahahaha. debar kejap sebab buatnya masak ketam tak berapa nak menjadi? malu la nanti! hehe. pastu salah sorang kawan nak cuci baju dulu sebab baju dia travel dah abis pakai.oh lupa cakap dorang dari budapest. jejalan sana dlu.

hurmmm.. nanti aku update gambar la kot sebab memang dah boleh post / update pakai tepon ni.. hehe.. oh ni aku up gambar kami masa pas party kat rumah lukasz.. party laksa. hehehehe

1 comment:

sharifah rosidah said...

Best nya........ Jalan jalan makan angin.....memang kalau duduk overseas ni lah aktiviti yang paling best pergi jalan2 melawat tempat kawan2 duduk.