from Samsung Mobile
Friday, September 27
Monday, September 23
imaan mohd edros
rindunya budak nih. mak dia bawak pi holiday. hari ni baru balik warsaw semula. tunggu abang qaiyyum balik warsaw mesti dia suka imaan jugak. :)
xoxo
from Samsung Mobile
Friday, September 20
rajin pulak
ok mood rajin datang menjelma. seminggu lebih ni rajin update even bukan hari hari. esok lusa kot menjunam balik rasa malas nak update ke kan??? apa lagi cerita yang aku hutang korang ek? my solo trip to spain.. trip ke slovakia.. hari raya itu hari mcm mana.. pastu celebration national day. tengok la nanti update lah kalau mood datang balik!
she runs the night
Wednesday, September 18
Monday, September 16
bercinta di prague
- hampir dirompak dalam train. tengah tidur tersedar tangan lintas atas muka nak capai beg aku. nasib baik terjaga dan aku histeria dalam train dan dan tuh jugak. tak sempat curik apa apa. bersyukur aku ada masalah nak tido lena. kalau tido lena.. haiyohhh.. kad bank malaysia dan poland. residen card pastu duit euro.. pastu passport.. camera.. gopro.. henpon.. tak terbayang rasa..
- sangat best oldtown dia. tapi penuh manusia. aku rimas. sekian.
- crystal awesome. dapat harga yang sangat munasabah sebab dapat diplomatic price. happyyy me!
- apartment aku dok pun best. cuma bising sikit orang party, harga pun berpatutan. dapat melalui booking.com. nama apartment pushkin. dekaaaaatttt dengan main square.. dengan dgn charles bridge. dekat dengan semuaaaaa la.. senang betul nak gerak mana mana.
- jumpa couple islam. aku tegur dorang tak layan. mungkin indonesia mungkin malaysia. aku dh macam sentap. then teringat yang memang sebbenarnya tak leh layan sangat strangers sini. nanti akal orang jahat macam macam.
- akan repeat again. aku nak drive ke prague nanti. sebab apa? sebab nak shopping crystal! hehehehe
RAMAI KAAANNNNNN?????? PENING KEPALA I TAU.. SIAP AKU BALIK HOTEL TIDO PETANG KEJAP! |
NAMA DIA OLA. AKU KENAL DALAM TRAIN. DIA TRANSIT KEJAP JE NI KAT PRAGUE. SEBAB DIA KENA BALIK DUBLIN PETANG TUH. |
CANTIKKANNNNN? |
MASA NI AKU TAK LEH CHECK IN APARTMENT LAGI. SO OLA AJAK JEJALAN KAT BRIDGE DIA |
NI MAIN SQUARE DIA. NAMPAK TAK ORANG KAMPUNG ECAH KAT BELAKANG AKU TUH? HEHEHEH |
Saturday, September 14
cuti panjang
Oh pasal Qaiyyum balik Malaysia tuh. dia balik masa sehari sebelum birthday dia.. Aku dh cakap awal awal birthdya present dari mama adalah ticket balik Malaysia ni. so dia okey je..
So far celebration n hadiah dia bday dia. dia suka and happy je.. masa dalam flight Qatar from Doha to Kuala Lumpur.. Stewardess buat suprise dalam flight. Happy and sangat terkejut budak tu. Memang aku dah buat plan pun dengan Qatar. Tapi yang tak best dia salah eja nama Qaiyyum. Tapi takpe la. Janji semua menjadi..
Kek tu dia tak potong and tak nak makan dalam flight so dia bawak balik ke rumah maklang. Dorang celebrate birthday kat rumah maklang je. Maklang beli pulut panggang favourite Qaiyyum. Happy budka tu balik Malaysia dapat makan benda benda tak di Poland. Nampak gambar Opah dia antar pun dah berisi. Hehehe. Oklah. dia selalu komplen jugak di tak tough kat badan n lengan.. hahaha.
xoxo!
Friday, September 13
Update Tentang Anak Lelaki Kesayangan
Wednesday, August 21
lama tak update!
xoxo!
Monday, June 10
Banjir di Warsaw
Sepatutnya aku ada running malam ni. Tapi hujan batu di Warsaw pastu hujan lebat. Lepas berhenti hujan, ada beberapa page yang aku follow sharw gambar banjir kat sini.
Tatau la level air sungai yang dekat Embassy tu melimpah setakat mana. Kalau ada basikal ni aku gigih juga nak kayuh tengok tengok tepi sungai.
Warsaw pulak dari rumah aku ni sejak tadi asyik bunyi ambulans. Debor pulak rasa. Hujan memang dah berhenti. Hope malam tadi takda dah sambung hujan.
Pray for us!
xoxo
Thursday, June 6
sabtu dan ahad di malaysia
Sunday, June 2
emo
ntah kenapa. aku emo sehari dua ni. menangis. meleleh. luluh hati. ntah hape hape ntah.
keek aku dah delete. di waktu kemuncak. tetiba hilangkan diri. ramai mintak buat semula keek. aktif semula. takpe la kot. cukup sampai situ je la. aku kuburkan watak kak om dalam keek tu.
hmmm.. apa lagi? blog bersawang. macam biasa la. malas nak update. ada jugak aku tutup blog ni bila dah emo sangat. bukan ada pengunjung pun. segan rasa dengan blog sendiri ni.
semalam aku dapat berita baik. takpe. aku simpan dulu ceta tu. agak agak emosi aku dah stabil, aku up la cerita. kalau stabil la... kalau tak?
Wednesday, May 22
Sunday, May 12
Monday, April 22
stare miasto, warsaw
bayar 5zloty dapat naik tower kat old town ni. second time naik ni. best sebab cantik dapat tengok bandar warsaw dari atas tapi semput panjat tangga nak naik atas. heheeeh. okey lah. nanti bila snow semula winter akhir tahun nak panjat lagi. sebab nak tengok warsaw putih je :)
xoxo
nice weather!
asalnya malas keluar. then ajak qaiyyum.mengayuh basikal. sekali pancit tayar. kami ada pam. pam basikal luar building. sekali pam tak fit. so malas naik atas utk simpan pam. sorok atas letter box. balik petangnya dah kena curik. haha. xpelah. bukan kami boleh pakai pun pam tu.
sekali pergi kedai beli pam tangan. kaler merah. mana silapnya patah okey dikerjakan aku. ada pakcik polish kesian. dia nak datang tolong tapi dah patah pulak. so dia suruh beli another one. dapat la pam tayar qaiyyum. happy qaiyyum dapat main basikal. huhu. kami pergi embassy letak oil kat rantai basikal semua sebab ada karat sikit. heading to rondo stadium yang dekat ofc.
rupanya ada marathon. ramaiiii sangat orang. aku nak rent bike. first time. memang aku dah ada account bike ni. aku masuk duit dlm akaun aku 50zloty. tadi kena charge 5zloty so dia dah tolak akaun aku. okey jugak la. seronok tp penat penat sikit sebab kayuh dari stadium ke rumah kawan kat old town. hehehe.
pergi rumah kawan. qaiyyum tengok movie. aku masak sikit sikit lauk. kami lunch ala kadar and kuar main basikal. petang pulak sejuk tak macam pagi. ketarrrrr. pulang basikal dan naik bus je balik. tak tahaannn sejuk sangat sangat. next week nak repeat cycle lagi. qaiyyum suka. cuma kena spare air la utk pakcik ni. heheheeh.
xoxo!
Friday, April 5
happy birthday qistina
alhamdulillah. dah 31 tahun. terima kasih atas wishes n doas from all of you :) ramai wish supaya kawen tahun ni. hehehe. aku amin kan je. InsyaAllah kalau berjodoh :)
Tuesday, April 2
Tuesday, March 26
Thursday, March 21
BALI
terlalu peramah
Tuesday, March 19
stress
aku baru pas nangis. abis mekap aku. susah bila dapat local staff yang kurang ajar. aku dah sampai tahap halau dia keluar dr bilik aku. so sad. perjalanan aku kat negara ni jadikan aku org macam ni. sedih giler rasa. aku tak henti henti nangis. of course aku tak nak benda ni panjang panjang. tapi perangai orang putih ni memang buat aku give up sangat. until now aku masih nangis. sedih dengan hidup. :(
email vs letter
rindu nak terima surat or poskad. lama sangat rasa tak excited dapat surat or kad or poskad. anyone nak hantar kat kita takkkk????
xoxo!
Monday, March 18
jump
love this photo. masa ni bawak anak anak holiday melaka. tak sangka. ni percutiaan terakhir kami anak beranak. sebab lepas tu aku ke poland dah. bila lagi akan holiday sama-sama yer?
xoxo!
addict
sapa sini main candy crush. stress sangat okey bila sangkut kat sesuatu level tu. now sangkut kat level 134. ekot jiwa nak je cari cheat code. hahahaa. tpi ada ke cheat code candy crush ni? hehehe. game sekarang ni bukan nak buat kita release tension. lagi nk bagi stress ada la kot. huhu. sendiri cari pasal kannn.
oh btw aku tau tajuk takde kena mengena. tadi tengok status kawan aku. mimi. anak dia umar kena air panas. mimi whatsapp gambar umar nangis. luluh hati aku. elok menitik air mata. umar ni sangat adorable. dia charming sangat. first time jumpa masa balik itu hari. dia sangat jatuh chenta dengan aku.. sian dia :(
get well soon baby :(
xoxo!
Saturday, March 16
Friday, March 15
Tuesday, March 12
pergi jauh
bawa daku pergi plis? aku feeling nak jadi kaka and pergi jauh. ke africa mungkin? or ke china? tokyo??? or bawak aku ke negara negara pelik ni. hehe. ada org tnya aku tak terpk nak ke israel ke? speechless aku kejap. kebetulan passport memang boleh ke israel. tp hati xda nak sampai. prague punnnnnn yg sebelah negara ni tak sampai. nak ke israel? hahaha.
feeling ulang dengar lagu kaka zizan non stop. oh my. kenapa la lagu ni terpahat dalam kepala ni???? aku kalau dah suka lagu apa apa mesti ulang sampai lebam. lagu faizal tahir lama aku x dengar. sekali dengar pagi tadi. boleh bertakung mata. sebak jiwa sebak dada dgr lagu tu. :) almaklumlah. hati tisu :p *gambar di snap selepas dengar lagu faizal tahir*
xoxo!
lemah badan
lembik. satu badan sakit. kaki. belakang. sakit macam kau nak bersalin tu. orang yang pernah mengandung and bersalin tau la rasa sakit tu mcm mana. part serviks nak terbuka tu. cis. elok aku pas type ni.menyucuk plak sakit. tadi elok je tadi kat office. balik rumah terus lembik. sakit betul. menahan sampai nangis. aku x sentuh rumah pun. rasa nak tido terus. ni pun tatau dpt tido ke tak. :( tanggung sorang. sedih hidup kau qistina.
xoxo!
Sunday, March 10
keluar rumah
akhirnya keluar rumah jgk berdua beranak. qaiyyum bosan duduk rumah. so bawak dia ke tempat favourite dia. fiku miku. aku plan nak celebrate birthday dia sini. mudah. parents drop anak anak kat bday. parents boleh shopping groceries kat tesco sementara anak attend bday. bday dorang pun bkn beria makan. sibuk bebudak nak main main n face painting and dua tiga games je. tahun ni kita sambut awal sikit birthday qyum. tak nak jd mcm tahun lepas. kesiannn takde bday celebration dengan kawan kawan..
xoxo!
not a good sign
bangun pagi snow masih tak berhenti. meluat. dah penat. mengadap snow. kejap lagi akan keluar. nak ke ofc kejap. next week kena pergi jumpa doktor tapi belum buat appointment. susah betul nak jumpa doktor pandai ckp english. payah. yg biasa jmpa doktor panel kiteorg lelaki. aku malas jumpa dia. aku nak jumpa doktor perempuan. tengok lah dapat slot hari apa next week.. daaa..
xoxo!
Friday, March 8
Hello Sayang!
ash blonde
event di warsaw university
Wednesday, March 6
pindah rumah
Tuesday, February 26
Saturday, February 23
dah ada video clip!
Watch "P!nk - Just Give Me A Reason ft. Nate Ruess" on YouTube
lagu buat nangis buat masa ni. by the way pink ada satu lagu lagi yang best. nanti aku carik.
new hair
Friday, February 22
budak nakal
tengok la apa adik aku ni punya caption. hehehehe. dapat shawl ni dr egypt. shukri bagi macam macam selain shawl ni. hehehe. bila aku nak rajin update blog ni bebetul??? malas betul perasaan nih..
Thursday, February 21
Bawalah Cintaku
Kesempatanku untuk
Bisa bersamamu
Kini ku tau
Bagaimana cara ku
Untuk dapat trus denganmu
Bawalah pergi cintaku
Pada ke mana pun kau mau
Jadikan temanmu
Temanmu paling kau cinta
Di sini ku pun begitu
Trus cintaimu di hidupku
Di dalam hatiku
Sampai waktu yang pertemukan
Kita nanti
Sunday, February 17
jetlag again
aku x leh tido. so aku terkebil mata. drpd aku nangis je dok pikir macam macam.. baik aku up entry. pastu try tdo blk. kan?
nak ceta psl rumah aku duduk ni. hari kami sampai.. heater kami mmg di slowkan sbb sayang nak pasang kuat. tapi takde org stay. so aku pun start pasang heater. pastu kemas bersihkan diri. penat. sbb tdo duduk dalam flight.
tapi aku pelik tetap jugak sejuk rumah. air sejuk. katil cadar semua sejuk. hadoi.. aku siap xleh nak baring. sebab sejuk sangat. terpaksa bangun pakai baju sejuk. pkai semula seluar panjang. carik stokin tebal. pastu amik snowcap. bila baring tak selesa pulak. pakai pulak hood baju sejuk.
tu punnnn susah nak tido. tapi buat buat pejam mata. kalau jmpa glove mmg aku pakai glove. hahaha. tangan masuk dlm baju sejuk. aku tertido dr kul 4 sampai 7 mcm tu. tapi rumah masih sejuk. give up btol rasa. masa tu mula la nyesal balik warsaw. haha.
pastu qyum pun komplen sejuk. dia pun start pakai baju sejuk. and aku pakaikan stokin tebal. amik extra heater letrik kat basement yg sejuk giler tu. pasang dalam bilik. baruuuuu la okey. tapi kering la kulit mulut semua. ehhehehe. kena banyak minum air.. nih rumah dah okey.. tapi sepah sana sini. aku slow slow nak kena kemas sebabbbbbbb.. END OF THIS MONTH KAMI AKAN PINDAHHHHH!!!
p/s: malas nak pusingkan gambar. hahahaha
Saturday, February 16
hello world!
indahkan bila tengok qaiyisha and qaiyyum bersatu selepas tiga tahun lebih tak berjumpa. happy sangat tengok anak anak dapat berjumpa walaupun kejap.
masih jetlag ni. kalah betul kali ni punya jetlag. merepek sampai terbawak bawak. selama ni okey je. must be lama sangat balik ni. tuh yang jadi macam tu. hehe.
lama tak jenguk blog. serious takde masa. tak tipu. blog orang pun tak dan nak membaca. blog gossip beautifulnara tu apa agaknya cerita artis terkini ek? hehehe..
balik kali ni macam macam perasaan ada. happy sedih sayu excited. yang penting naik enam kilo ye badan. hahahahh. sib baik sampai sini dah turun dua kilo. mmg pantas la turun sebab kurang makan. penat n banyak cover tido. hehehe. nanti la upload gambar yer!
xoxo ♥
Tuesday, January 15
ready or not?
Watch "Bridgit Mendler ~ Ready Or Not (Lyrics Video)" on YouTube
kalau korang rajin tengok disney channel. ni pelakon good luck charlie. hari hari aku tengok disney channel. qaiyyum siap boleh hafal beberapa lagu dalam tu. dah tu hari hari mengadap kan. hehehehe.
aku bagitau qaiyyum selena gomez dah break up dengan justin bieber. dia leh jawab. yeah i know. someone from my school talk about it. ahhhhhh! anak mama dag besor. hahahaahha
Saturday, January 12
Friday, January 11
LV
lawa melampau. tapi masih xleh celen lv mono kaler merah yg aku berkenan itu hari. harga dia lagi melampau.
takpe la. akak tgk drpd jauh je la. tak gamak rasanya nak pinang walaupun second hand. *urut dada*