Friday, March 8

event di warsaw university

cerita lama. hahahhaa. embassy kami di jemput untuk bagi talk sikit sikit tentang malaysia and hubungan dengan poland kat student kat university of warsaw. dalam awal bulan januari itu hari kisahnya ni. tapi aku belek belek folder gambar kat computer ni. itu yang terjumpa tuh... so kami semua pepagi dah set up meja. thanks to datin sebab prepare foods semua. abis. licin. huhuhu. idea utk tunjuk congkak as one of traditional game ni aku la. sibuk nak jugak tunjuk ke org luar games kita.kelam kabut aku last last minute aku google tentang congkak and print segala bende berkaitan. alhamdulillah berjalan lancar.


nak ceta pasal budak polish atas ni. sakit dada aku mengajar dia. give up aku. dah tunjuk dah and dah explain banyak kali. tetappppppp tak paham. dia paham english tapi tatau kenapa dia banyak nau tanya macam susah sangat main congkak ni. sib baik sebelum tu aku dah explain n ajar geng pompuan polish. yg aku tepek gambar bawah sekali. ye ampunkan aku. sebab susun gambar ekot suka je. hahahaha. so pompuan polish ni explain dlm bahasa polish. baruuuu dia paham n tak kacau aku dah. hahahah.


makanan paling cepat abis karipap. aku cakap nama dia pierogi (makanan polish) but in malaysian style. huhuhu. meja kami dpt kecik je. sebab kiteorg kena kongsi dgn embassy lain jugak. as usual negara jiran dapat meja besor sket la. lgpun dorg kerap join aktiviti ni. makanan dorang pun gempak deco dia...


budak polish tuh yang pandai n cepat masuk di ajar. senang keje aku ngajar.. (sambil tangan amik satu karipap ngap dalam mulut)

xoxo!


2 comments:

sharifah rosidah said...

Karipap ni memang semua bangsa suka..... Orang Amerika pun suka...tiap tiap kali ada internasional nite aunty pulun buat karipap je senang.

Buyuiazliana said...

feberet aku ni karipap. especially karipap daging!