Saturday, July 19

Counting days

Ada yang tahu akan cross lepas raya ni. Aku dah update and kawan kawan kat IG ramai dah tahu aku akan ke Brunei. Alhamdulillah diberi peluang untuk cross dan berdekatan dengan Malaysia. Senang nak balik kata orang.

Masa dapat phone call aku terkedu kejap. Tapi at the same time aku happy sebab finally aku akan bergerak dari Poland. I'm not saying that aku tak suka Poland tapi dah lama sangat pun duduk Poland ni. Time aku akan bergerak dari Poland nanti, aku dah 3 tahun 8 bulan duduk di Poland. Bagi aku satu masa yang agak lama jugak tuh untuk tinggal di Europe. Kawan-kawan pun ramai cakap udah udah la tuh. bagi la peluang orang lain dok Poland tu. Heheheh. Aku tunggu arahan je.. Alhamdulillah panggilan telefon yang dinantikan dapat masa awal bulan May itu hari.

Urusan packing barang semua dah buat. Rasanya barang aku dah ada atas kapal pun on the way ke Brunei. So aku dok rumah sekarang ni dengan benda benda basic di rumah sahaja. Tak pe la. Semua okay cuma boring sikit kekadang and rindu nak duduk atas sofa. hehehhe.

Mulai hari ni ada kurang 3 minggu je lagi aku akan bergerak ke tempat baru. Blog ni pun aku tatau macam mana nak tukar ke url tuh. Dulu masa dia buatkan blog aku memang dah nama macam ni. Hurmm.. nanti free sikit aku google macam mana nak tukar nama blog ni. Nak tuka jadi apa? polandtobrunei.blogspot.com? Hahahaha!


xoxo!

No comments: