Tuesday, March 12

pergi jauh

bawa daku pergi plis? aku feeling nak jadi kaka and pergi jauh. ke africa mungkin? or ke china? tokyo??? or bawak aku ke negara negara pelik ni. hehe. ada org tnya aku tak terpk nak ke israel ke? speechless aku kejap. kebetulan passport memang boleh ke israel. tp hati xda nak sampai. prague punnnnnn yg sebelah negara ni tak sampai. nak ke israel? hahaha.

feeling ulang dengar lagu kaka zizan non stop. oh my. kenapa la lagu ni terpahat dalam kepala ni???? aku kalau dah suka lagu apa apa mesti ulang sampai lebam. lagu faizal tahir lama aku x dengar. sekali dengar pagi tadi. boleh bertakung mata. sebak jiwa sebak dada dgr lagu tu. :) almaklumlah. hati tisu :p *gambar di snap selepas dengar lagu faizal tahir*

xoxo!

Published with Blogger-droid v2.0.10

lemah badan

lembik. satu badan sakit. kaki. belakang. sakit macam kau nak bersalin tu. orang yang pernah mengandung and bersalin tau la rasa sakit tu mcm mana. part serviks nak terbuka tu. cis. elok aku pas type ni.menyucuk plak sakit. tadi elok je tadi kat office. balik rumah terus lembik. sakit betul. menahan sampai nangis. aku x sentuh rumah pun. rasa nak tido terus. ni pun tatau dpt tido ke tak. :( tanggung sorang. sedih hidup kau qistina.

xoxo!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, March 10

keluar rumah

akhirnya keluar rumah jgk berdua beranak. qaiyyum bosan duduk rumah. so bawak dia ke tempat favourite dia. fiku miku. aku plan nak celebrate birthday dia sini. mudah. parents drop anak anak kat bday. parents boleh shopping groceries kat tesco sementara anak attend bday. bday dorang pun bkn beria makan. sibuk bebudak nak main main n face painting and dua tiga games je. tahun ni kita sambut awal sikit birthday qyum. tak nak jd mcm tahun lepas. kesiannn takde bday celebration dengan kawan kawan..

xoxo!

Published with Blogger-droid v2.0.10

not a good sign

bangun pagi snow masih tak berhenti. meluat. dah penat. mengadap snow. kejap lagi akan keluar. nak ke ofc kejap. next week kena pergi jumpa doktor  tapi belum buat appointment. susah betul nak jumpa doktor pandai ckp english. payah. yg biasa jmpa doktor panel kiteorg lelaki. aku malas jumpa dia. aku nak jumpa doktor perempuan. tengok lah dapat slot hari apa next week.. daaa..

xoxo!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, March 8

Hello Sayang!



versi Shae.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Versi tak berapa nak Shae :p




xoxo!

ash blonde

esok nak tuka kaler rambut. kak nony suggest kaler ni.

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


takut. tapi why not kan? aku pulak suka ikat or sanggul rambut. cantik rambut bila berikat bersanggul dengan kaler ni. ok. kita cuba la buat nanti.. :)

xoxo

event di warsaw university

cerita lama. hahahhaa. embassy kami di jemput untuk bagi talk sikit sikit tentang malaysia and hubungan dengan poland kat student kat university of warsaw. dalam awal bulan januari itu hari kisahnya ni. tapi aku belek belek folder gambar kat computer ni. itu yang terjumpa tuh... so kami semua pepagi dah set up meja. thanks to datin sebab prepare foods semua. abis. licin. huhuhu. idea utk tunjuk congkak as one of traditional game ni aku la. sibuk nak jugak tunjuk ke org luar games kita.kelam kabut aku last last minute aku google tentang congkak and print segala bende berkaitan. alhamdulillah berjalan lancar.


nak ceta pasal budak polish atas ni. sakit dada aku mengajar dia. give up aku. dah tunjuk dah and dah explain banyak kali. tetappppppp tak paham. dia paham english tapi tatau kenapa dia banyak nau tanya macam susah sangat main congkak ni. sib baik sebelum tu aku dah explain n ajar geng pompuan polish. yg aku tepek gambar bawah sekali. ye ampunkan aku. sebab susun gambar ekot suka je. hahahaha. so pompuan polish ni explain dlm bahasa polish. baruuuu dia paham n tak kacau aku dah. hahahah.


makanan paling cepat abis karipap. aku cakap nama dia pierogi (makanan polish) but in malaysian style. huhuhu. meja kami dpt kecik je. sebab kiteorg kena kongsi dgn embassy lain jugak. as usual negara jiran dapat meja besor sket la. lgpun dorg kerap join aktiviti ni. makanan dorang pun gempak deco dia...


budak polish tuh yang pandai n cepat masuk di ajar. senang keje aku ngajar.. (sambil tangan amik satu karipap ngap dalam mulut)

xoxo!


Wednesday, March 6

pindah rumah

menyepi dan update ala kadar. bagi yang follow instagram and facebook aku. mesti dah tau yang aku dah pindah rumah. sebelum aku balik malaysia januari itu hari. aku dah submit permohonan aku ke HQ. sebab rumah lama aku habis kontrak end of february. 

masa aku kat malaysia.. pas aku balik holiday tuh elok dapat call from poland saying that permohonan aku dah lulus. happy and bersyukur sangat. kawan kawan aku memang tau aku tak sabar nak tunggu kontrak rumah lama tu abis sebab aku ada emosi sket dengan tuan rumah lama aku ni. aku banyak je bersabar dengan dia selama ni. tapi tuh la. doa termakbul jugak akhirnya.

now dah seminggu lebih duduk dirumah baru. percaya lah rumah aku ni tak abis kemas pun lagi. hahahahhaa. balik keje penat. bukak dua kotak kemas sket pancit. malas sebenarnya. tapi tuh la. now better la.. dapur aku tinggal kotak kotak makanan je. dalam bilik aku dengan qaiyyum ada kotak pakaian. aku kena all out kemas ni sebab tak sabar nak buat kenduri masuk rumah baru ni :)

nih aku tepek rumah aku masa kosong. dua gambar je pun. dah kemas molek sikit nanti aku letak lagi gambar ye? rumah kami kecik. dua bilik je. tapi alhamdulillah surrounding best. dekat dengan ofc. bawah rumah supermarket. dekat dengan farmasi. public transport tiptop. seberang bangunan hospital kanak kanak. security pun bagus. so isu tuan rumah masuk rumah time kita tido insyaAllah takkan muncul dah... :)