Tuesday, February 15

sampah lagi

hari tu kan aku dh buat entry sampah kat area rumah aku ni.. pastu tuan rumah aku ada datang anto pai epal n pai apa ntah (aku tak berani makan.hahahhaaa..so jadi penghuni tong sampah la jawabnya) <-- padan la sampah aku berlambak!hahahahha.. pastu aku ckp la kat malaysia ni org amik smpah busuk2 3 hari sekali kannn.. dia gelak je la.. pastu dia suggest aku kol kompeni yang kutip sampah tuh..soh kutip every week.. tapi aku bayar lebih laaa.. aku tak kisah la bayar lebih..janji aku xsakit mata..aku tak malu sgt kalau dorg asyik kutip sampah aku smpai 3 plastik. hehehe..

so..pagi semalam aku kuor rumah..aku ternampak sampah jiran aku dia letak depan rumah... baru aku tau kenapa sampah aku leh jd besor n banyak... korang nak tau kenapa?meh aku attach gambo sampah jiran aku tuh...

dia susun weiii sampah2 dia tuhhhh..korang nampak tak??????aiyooo..tak da la kot aku nak buat keje gini... hahahhaa...sampah2 aku bercampur aduk kot.. nak susun macam mana nyaaaa????

love is everywhere!

halu everyone!semalam kan v day..aku tak sambut.. tapi Boifren wish gak kat aku :) aku pasan kat warsaw ni tak meriah sangat org sambut v day ni..sbb aku tgk sana sini xda pon org bwk bunga..ada la org bukak kiosk jual bunga semua ni tp..mcm tak meriah sgt..aku tgk..org yg beli pon tak ramai.. hurmm..maybe sbb sini eastern europe kot?hehehe..aku pun tatau la...

tapi masa a day before v day aku dgn qaiyyum ada la kuar lepak lepak kat mall dia.. aku sempat gak la snap beberapa kedai yg 'sambut' v day ni.. Love is everywhere! :)


ni masa kiteorang lepak kat Coffee Heaven. dia pnya aku amik Mango Delight..

pastu dia makan chocolate cookies chunks..

aku amik sandwich telor n mocca frostitos


pastu dia nak ngecek aku punya sikit..ok..aku pun bagi..

pastu terus jadik hak milik dia.. haihh..aku lak kena abiskan mango delight dia
 okeh..aku nak attach jugak beberapa gambo aku snap kat Zlote Tarasy ni..tapi internet aku hazabbbb yarabi.. sakit jiwa aku dibuatnyaaa... so sampai sini je la ek?hahahahaa..




Monday, February 14

kutip sampah

dekat warsaw ni untuk garbage collector, kita kena bayar tau..every month aku akan bayar lebih kurang 38 zloty (aku lupa total sebenar tp lebih kurang tu la) dan sampah akan di ambil pada hari khamis.. setiap dua minggu sekali. ye.. aku tak tipu.. dua minggu sekali dia akan kutip depan rumah ko...dia akan bagi plastik sampah kaler oren...


lebih kurang mcm ni plastik dia.. aku gugel je ni..

pastu ko sumbat la sampah ko dua minggu tu.. ko ikat elok2.. rabu malam ko letak luar rumah, dia akan kutip... tuan rumah aku setiap rabu malam kol aku ingatkan aku soh letak sampah luar rumah.. kalau rabu malam tu aku balik keje, salunya jiran-jiran aku dh letak luar plastik oren dorg tu.. and slalunya pastik dorg ni rendah2 je.. sbb dorg tak byk smpah,.. kalau aku???? plastik oren tu setinggi dekat tinggi qyum.. ada 3. trust me.. itu la sampah aku simpan dalam compound aku selama dua minggu.. tak ke sakit hati ko tiap kali kuor rumah akan nampak plastik sampah tu???aku pun tak paham kenapa jiran aku pnya sampah sikit bebenor.. (rasa nak tumpang je sampah2 aku dlm plastik korang) tapi aku sampai 3 plastik sampah...pulak tu yg aku tak pahaaaammm sangat kenapa setiap dua minggu sekali baru ko nak kutip?

Sunday, February 13

sambut valentines day

sekolah budak ni ada celebrate v day semalam.sebab apa sambut awal?sbb dorg dh start winter break for two weeks..so pasni terkial2 la aku memasak bekal nak bawak budak kecik ni ke opis hari2 selama dua minggu.. dia balik sekolah semalam dia tunjuk kat aku adiah v day dia buat kat aku...


bagi aku rantai koooo..kalau dh besar sket bagi rantai emas ye nakkkk? ;p
 masa dia bagi tu dia cakap kat aku.. maaf la maa...adik buat tak cantik.. aiyooo..kalau korang tak terharu ke anak korang ckp mcm tu??? aku mcm nak nangis jugak laaa... tapi kontrol la.. hahahhahahaha

pastu pagi ni aku bangun tido kemas2 folder dia.. aku jmpa bende alah ni...


valentines card for me! :)

update!

korang ingat lagi entry ini???haaa..pas aku buat entry tu...petang tu dia balik dari sekolah... ini jadik nya kat muka dia...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

aku pun tanya la apa sudah jadik ni???? dia cakap.. kat sekolah cikgu marta panggil chelsea (minah ni penah ejek anak aku..nnt aku buat entry psl dia) pastu tanya nak lukis apa kat muka.. chelsea mintak lukis bentuk flower n love kat pipi.. pastu done! cikgu marta panggil plak sad.sad mntak lukis spider n sarang spider kat pipi.. pastu turn anak aku...

cikgu marta : ok..what do u want me to draw in your face?
qaiyyum : i want brown! (dengan konfiden!)
cikgu marta : ohhh..dear!!!we dont have brown colour!
qaiyyum : (tak puas hati and amik pen ketas lukis gambar clown)
cikgu marta : oowww dearrrrr.... this is CLOWN.. not BROWN!

hahahhaaa..anak aku main tibai je..dia terlupa nama bende alah tu clown... so balik rumah dia soh aku snap gambar ni.tunjuk kat kawan kawan dia kat malaysia (mcm kawan kawan dia baca la blog aku ni)


Friday, February 11

my clown!

semalam aku g beli costume dia.. sbb dia belum penah ada costume..sian lak kalau kat skolah ada occasion dia tak leh pakai costume kan.. :) ni dia yg pilih.. aku beli semua ni sekali dgn rambut dlm 119 zloty.. so dalam rm tu RM130. kira ok la kan harga dia? :)





Thursday, February 10

qaiyyum marami

aku tatau nak start ceta mcm mana..tapi aku rasa anak aku ada konflik dalam diri dia... :( memang aku rasa aku nak nanges.. dia luah kat aku tadi.. dia rasa sorg budak ni tak suka dia.. sbb masa budak ni nampak dia.. budak ni muka dah masam n tamau tegur n pandang dia... dan ini bkn kali pertama budak tu buat mcm tu kat dia..even sebelum ni pun anak aku dah penah ceta sikit2 psl ni..dia mcm nampak budak ni mmg tak suka dia.. giler sedey k.. anak aku 7 tahun ada masalah mcm ni.. series aku nak nanges... tapi aku tak boleh la tunjuk depan qaiyyum...

aku puas pk apa yang aku patut explain kat qyum ni.. akhirnya aku cakap.. adik pun akan jadi mcm tu... sebab budak tu dah 9tahun..dia memang akan kwn dengan budak sebaya dia je.. kalau dia kawan dgn budak kecik.. dia akan kena ejek... anak aku mcm boleh terima tapi.. qaiyyum marami tetap qaiyyum marami.. budak yang suka kawan dengan semua orang peringkat umur... :( poor my little baby...

:)

hari ni genap 2 tahun 2 bulan aku dengan Boyfie :) hepi nversary abang!