Saturday, May 11

selamat hari ibu!!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, April 22

stare miasto, warsaw

bayar 5zloty dapat naik tower kat old town ni. second time naik ni. best sebab cantik dapat tengok bandar warsaw dari atas tapi semput panjat tangga nak naik atas. heheeeh. okey lah. nanti bila snow semula winter akhir tahun nak panjat lagi. sebab nak tengok warsaw putih je :)

xoxo

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, April 21

nice weather!

asalnya malas keluar. then ajak qaiyyum.mengayuh basikal. sekali pancit tayar. kami ada pam. pam basikal luar building. sekali pam tak fit. so malas naik atas utk simpan pam. sorok atas letter box. balik petangnya dah kena curik. haha. xpelah. bukan kami boleh pakai pun pam tu.

sekali pergi kedai beli pam tangan. kaler merah. mana silapnya patah okey dikerjakan aku. ada pakcik polish kesian. dia nak datang tolong tapi dah patah pulak. so dia suruh beli another one. dapat la pam tayar qaiyyum. happy qaiyyum dapat main basikal. huhu. kami pergi embassy letak oil kat rantai basikal semua sebab ada karat sikit. heading to rondo stadium yang dekat ofc.

rupanya ada marathon. ramaiiii sangat orang. aku nak rent bike. first time. memang aku dah ada account bike ni. aku masuk duit dlm akaun aku 50zloty. tadi kena charge 5zloty so dia dah tolak akaun aku. okey jugak la. seronok tp penat penat sikit sebab kayuh dari stadium ke rumah kawan kat old town. hehehe.

pergi rumah kawan. qaiyyum tengok movie. aku masak sikit sikit lauk. kami lunch ala kadar and kuar main basikal. petang pulak sejuk tak macam pagi. ketarrrrr. pulang basikal dan naik bus je balik. tak tahaannn sejuk sangat sangat. next week nak repeat cycle lagi. qaiyyum suka. cuma kena spare air la utk pakcik ni. heheheeh.

xoxo!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, April 5

happy birthday qistina

alhamdulillah. dah 31 tahun. terima kasih atas wishes n doas from all of you :) ramai wish supaya kawen tahun ni. hehehe. aku amin kan je. InsyaAllah kalau berjodoh :)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, April 2

agree!

agree with ajalalala. copy from her instagram.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, March 26

summer

cepat la datanggggggg. i cant wait!

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, March 21

BALI

aku mahu pergi.
aku menonton satu video blogger ni pos pengalaman dia di bali.
aku menangis.
sebab terlalu indah atau....
ini memang tempat yang aku memang mahu pergi sejak dulu lagi...

xoxo!

terlalu peramah

siapa?
siapa lagi kalau tak....
anak jantan aku tuh...

semalam pergi buang sampah bawak dia. sengaja bawak dia sebab senang lain kali boleh arah buang sampah. so tunjuk sesiap kat mana tempat buang sampah.. ada makcik rambut oren. serious tak tipu. memang oren rambut dia jah.. dorg leh borak borak sebab qaiyyum cakap tu kawan dia. 
huh? bila masa korang kenal ni?????

hari tu masa beli barang kat simply bawah rumah. eh jap. aku cakap tak cun cun bawah rumah aku ni ada supermarket? hehee. hari hari bertandang ye ke kedai bawah rumah. ada je bende nak dibeli.. abah si max tuh. ensem orang nya. abahnya. bukan max. hahaha. boleh tegur hi hi pastu tanya how are you..
bila masa korang kenal nihhh???

ada satu hari tu.. naik lif..budak pompuan muda. rambut blonde. dok tingkat 7.. boleh hi tegur tegur jugak.. katanya kawan dia jugak.. bukan sebaya pun.. ada la bdk tu umur 14-16 tahun macam tuh.. 
ntah bila masa kenal ntah?

yes. qaiyyum. memang peramah terlebih.. dia memang jenis berani. berani nak menegur semua orang. berani nak berkawan dengan orang. kalau orang tu tak pandai cakap english. dia cakap polish dengan orang tu. hehe. kat instagram kawan kawan komen cakap dia ni macam YB kawasan. ADUN kawasan.. haha abis satu blok dia kenal.. ekot perangai sapa ni teramah sangat ni??

ohhh ye.. mak dia la. masa kat wisma suka bertandang suka berjalan turun kawasan macam YB. dok melawat department lain. hahahhaa. itu dulu yer. masa kat wisma.. now?? jiran sebelah rumah pun tak kenal!

xoxo!