Friday, November 14

my favourite!

green tea frapuccino.

xoxo

Send from Samsung Mobile

Sunday, October 5

Hello Brunei...

Kami dah pindah Brunei 11 August lalu. Memang tak bukak langsung blog. Rasa macam malas nak blogging. Hehehe.

Brunei panas tapiiiiiiiiiii best. Bandar biasa je. Yang penting Brunei close to home. :)

Wifi rumah kadang slow kadang laju. Depends tapi alhamdulillah syukur. Wifi tuan rumah bayar.

Astro pun ada tp astro Bruneu terhad. tak semua channel ada. Even tv3 pun takda. Tak apa lah. sebab untuk qaiyyum je pun.

Apa lagi ek.. Ahaaaa.. Selamat Hari Raya Aidiladha!

xoxo

Send from Samsung Mobile

Friday, August 8

Good Bye Poland

Tak menangis pun tapi masuk kapal. Duduk je menangis kan main! Thank you Poland.

xoxo

Send from Samsung Mobile

Monday, August 4

Good Morning, Warsaw!

Alhamdulillah dah selamat check in hotel semalam after my farewell party. 4 days to go... :)

xoxo

Send from Samsung Mobile

Saturday, August 2

Have a nice weekend!

Keep love in your heart. A life without it is like a sunless garden when the flowers are dead- Oscar Wilde

xoxo

Send from Samsung Mobile

Friday, August 1

Telefon bermasalah..



:(

aku ada beberapa enpon. yang aktif dua je. satu nombor poland. satu nombor malaysia. nombor malaysia tu mmg aku roamingkan sejak  aku datang poland lagi hampir 4 tahun lepas. senang kalau aku kekalkan nombor tu aku leh roamingkan masa aku pergi jejalan negara lain. nombor poland aku ni sangat la tak nak bekerjasama time nak roaming.

ok itu bukan masalahnya. masalahnya enpon aku ni dua dua buat ragam. beberapa minggu lepas kawan kawan dah komplen kata aku eksyen tak reply msg dorg. bila aku ckp aku x dapat whatsapp tu dorang siap screen shot kan. serious aku tak dapat wei. memang tak masuk pun dalam enpon ni. bukan sorang bukan dua orang tapi beberapa orang. lepas aku balik dari hamburg tu hari. lepas bukak bateri and tuka masuk simkad lain semua rasanya dah okay. maybe kena reset kot sebab tak pernah nak off enpon kan.

enpon malaysia lak dah dua kali. muncul ada misscalled dari tatau sesapa tapi bila nak tekan nak check sapa yang misscalled tapi tak muncul. stress! sapa yang misscalled ni?? nak return call pun tak dapat. sudahkan aku reset jugak enpon ni buang delete belaka call in call out tu. puas hati aku. huh!


xoxo

7 days to go


Semakin nak tinggalkan Poland... Semakin terasa takda apa yang manis nak di kenangkan. Ada je tak kena setiap hari. Boringlah. I'm not feeling well. Dari siang selsema bersin ni. Haihhhh. Time ni la pun tak sihatnya.

xoxo

Send from Samsung Mobile

Thursday, July 31

wordless wednesday #21

xoxo
Send from Samsung Mobile

Friday, July 25

"Fated To Love You" (Korean Drama) OST: "Morning Of Canon"

sekarang layan cerita korea apa? aku layan cerita ni. pelakon tak la kacak sangat. biasa je. tapi cerita ni ada babak babak yang bagi sebak dada sikit. plus melodi lagu dia sweet and suka. tak paham pun jadi suka. tadi google ni la baru dapat tau maksud lagu ni. hmmmm.. padan la jadi suka..



When then twinkling stars color in the dark night sky
I draw out the one star in my heart, the hidden you

I don’t know why
The more I erase you with tears
The clearer you get
Don’t go away
When the long night passes and sun shines
I hope my warmth from my fingertips reaches you

My everything, my destiny
My heart keeps going to you
When I open my eyes, let me hear it
Let me hear you saying I love you
Sweet melody

I don’t know why
The more I erase you with tears
The clearer you get
Don’t go away
When the long night passes and sun shines
I hope my warmth from my fingertips reaches you

My everything, my destiny
My heart keeps going to you
When I open my eyes, let me hear it
Let me hear you saying I love you
Sweet melody

I’m in love with you, I’ve never felt this way
Do you know about my love?

You’ll stay in my heart, forever more
I’ll wait for the tomorrow that the night will bring
When I open my eyes, let me hear it
Let me hear you saying I love you
Sweet melody

tiada jodoh.


kelmarin buat semperit susu. tak ada acuan pun. gentel letak atas loyang pastu tekan dengan garfu je. letak pearl. tapiiiiiiiiiii rasa dia berpasir. tak sedap langsung dan tak layak di makan. susah buat sebab tepung poland selalu ada gred. aku syak tepung jagung aku kasar sangat tu yg rasa berpasir.

tadi terjaga jam 1 pagi. tido awal sangat. hari yang penat. penat badan. penat emosi.  tatau bila semua ni akan berakhir. aku dah macam give up. nak holiday pun aku rasa macam malas. macam nak duduk rumah diam diam je tido.

oh cakap pasal terjaga 1 pagi tu tetiba rasa nak buat biskut. main campak and bancuh je pastu bakar. tapi hasilnya biskut tu keras. hehehe. aku rasa sebab terlebih gula ni tu yang keras tu. nak cover biskut tu keras, aku letak nutella and pearl. okay laaaaaa daripada membazir kan.

percaya lah qistina. kau dan biskut raya memang tak berjodoh. manjang x menjadi je. haihhhh...

xoxo

Send from Samsung Mobile

Thursday, July 24

I Miss You!

xoxo

Send from Samsung Mobile

Wednesday, July 23

Atas Jambatan Vistula River

video

Aizwan datang rumah pinjam oven. Dia nak bakar roti untuk berbuka. Memang aku excited sebab bau sedap. Pastu plannya masa bakar roti tu dia akan ke Francuska Street untuk sewa basikal dengan Veturilo. By the time dia balik rumah aku semula roti dah siap bakar. Kami pun plan nak ke rumah dia sebab Lukasz dan Geetha dah tunggu kami untuk berbuka.

Plan kayuh basikal ni Aizwan la suruh. Dia memang bab bab nak exercise ni selalu pujuk akak dia ni. Jalan dia pilih untuk kayuh kerumah dia ni tak la jauh sangat plus menarik la. Kami lalu tepi sungai tempat orang mandi swimming pool (dah tutup sebab dah jam 8 lebih) pastu lalu tempat kami picnic dulu dengan kawan kawan lain. Now tempat tu dah ada DJ main lagu. Aizwan kata tempat tu dah jadi tempat party tepi 'pantai'. Hahahaha.

Pastu nak dekat sampai rumah Aizwan.. Kami kena lalu atas jambatan. Actually aku dah letih giler kayuh. Gear basikal pun ntah berapa kali tuka. Haha. Berhenti sebelum naik jambatan tu dah sekali. Pastu bebetul atas jambatan baru sedar lawanya view matahari terbenam. All this while tak pernah perasan pun Warsaw lawa masa terbenam matahari.

15 days to go...

xoxo

Send from Samsung Mobile

Tuesday, July 22

Climb

I need you to help me.. guide me.. climb this stairs. So that I can be higher than others. Will you?

xoxo

Send from Samsung Mobile

Sunday, July 20

Bydgoszcz, Poland


Lepas Water Taxi tu aku dah lemau sikit tapi pujuk diri Old Town tak jejak lagi. So nap kejap. Pergi ke Old Town. Banyak giler jalan yang construction. Buatkan ko jadi rimas nak jalan tak nampak apa apa yang menarik langsung. Kat Old Town pun aku tak snap gambar sebab rasa macam tak ada apa nak snap. Totally boring. Padahal dah google tuh attractions di Bydgoszcz. Nak tambah lagi kecewa kau sakit perut yang amat sangat berulang kali ke toilet. Ohoiiiii letih sungguh. Ni pun nak sahur kejap masih ke toilet. Nasib baik terselit pil Chi Kit Teck Aun dlm bag mekap satu. Hope dapat la cover sampai Warsaw nanti. Jangan meragam perut dalam bas tauuuuuuu!

xoxo

Saturday, July 19

Counting days

Ada yang tahu akan cross lepas raya ni. Aku dah update and kawan kawan kat IG ramai dah tahu aku akan ke Brunei. Alhamdulillah diberi peluang untuk cross dan berdekatan dengan Malaysia. Senang nak balik kata orang.

Masa dapat phone call aku terkedu kejap. Tapi at the same time aku happy sebab finally aku akan bergerak dari Poland. I'm not saying that aku tak suka Poland tapi dah lama sangat pun duduk Poland ni. Time aku akan bergerak dari Poland nanti, aku dah 3 tahun 8 bulan duduk di Poland. Bagi aku satu masa yang agak lama jugak tuh untuk tinggal di Europe. Kawan-kawan pun ramai cakap udah udah la tuh. bagi la peluang orang lain dok Poland tu. Heheheh. Aku tunggu arahan je.. Alhamdulillah panggilan telefon yang dinantikan dapat masa awal bulan May itu hari.

Urusan packing barang semua dah buat. Rasanya barang aku dah ada atas kapal pun on the way ke Brunei. So aku dok rumah sekarang ni dengan benda benda basic di rumah sahaja. Tak pe la. Semua okay cuma boring sikit kekadang and rindu nak duduk atas sofa. hehehhe.

Mulai hari ni ada kurang 3 minggu je lagi aku akan bergerak ke tempat baru. Blog ni pun aku tatau macam mana nak tukar ke url tuh. Dulu masa dia buatkan blog aku memang dah nama macam ni. Hurmm.. nanti free sikit aku google macam mana nak tukar nama blog ni. Nak tuka jadi apa? polandtobrunei.blogspot.com? Hahahaha!


xoxo!

Friday, July 18

Praying from Polish People


This is what happen now in front of our Embassy. Orang Polish letak bunga and lilin. Lepas tu praying. Salam takziah buat family member passenger dalam tu dan crew2 juga.

xoxo

Send from Samsung Mobile

Thursday, July 17

Piknik!

Aktiviti terakhir aku dengan budak budak Warsaw. Best sangat sebab lepak and makan makan potluck. Pastu ada game. Semua happy masa ni. Tak abis happy lagi muka aku tu? Hahahha!

xoxo

Send from Samsung Mobile

Meeting at Kaunas University


gambar ni lama dah actually. tapi tangan gatal gi tekan-tekan website Kaunas University ni haritu terjumpa pulak gambar kat website dorang tu. Panjangnya rambut masa ni. Rindu nak sanggul!

xoxo!



Wednesday, July 16

People call me..





xoxo!

Send from Samsung Mobile

Babai June!

wahhhhh. June langsung tak update blog? Prrrfftttt.. Aku rasa makin ramai tak update blog dah skang kan. Ramai blogger yang aku kenal jarangggg sangat update blog dah. Semua berpindah ke Instagram. Dulu kawan kawan lain yang sama sama duduk oversea (sama ada bekerja atau berkahwin dan menetap di oversea) asyik tuka tuka komen di blog. sekarang mostly beralih ke IG.

Lagi seminggu lebih je nak raya dah kan. Aku belum pun prepare apa2. Rumah pun dah kosong sebab packers dah datang last week. InsyaAllah kalau tak ada apa apa aral melintang, aku beraya di Hamburg, Germany dengan kawan aku yang baru bersalin. Kami plan nak raya koboi je. Hehehehe. Kalaaauuuu aku gigih sikit. maybe aku ke arah selatan Germany tu. ke Nuremberg.. Beraya kejap rumah kakak blogger yang memnag dok sana dah bertahun-tahun. Kita tunggu and tengok budget and masa dulu..

Macam mana puasanya kali ni kat Warsaw? Serba kekurangan. Serba serbi. kekurangan dari segi emosi pun ada. Hehehe. Semalam petang stress sangat, terus ajak Izzati layan tengok movie. Tajuk Blended. Lakonan Drew Barrymore and Adam Sandler. Best! Lama sungguh tak tengok movie. Hehehe. Lepas tengok movie berbuka makan sushi. Pastu msg ke Ecah. Cakap pasal movie ni buat aku teringat ke dia. Sebab ada tentang aprika. hehe. 


Hurmm.. nak ceta apa lagi ya. Tengok la kalau rajin nanti ceta pasal percutian balik Malaysia. Tapi rasa macam malas je kot? hehehehe.. 

xoxo!

Monday, May 19

bezanya!


tengok la bila mak and anak snap gambar macam mana jadiknya. hahahaha. masa ni mmg best sebab tak ada orang pun. tangkap gambar pun memang clear sesangat. tak serabut dengan orang penuh. tapi snap sikit je gambar sebab dah penat sangat berjalan dari pagi.

xoxo

Send from Samsung Mobile

Fridge Magnet / Bottle Opener Hard Rock Cafe


my collection from my April's trip. Gigih!

xoxo

Send from Samsung Mobile

Sunday, May 18

Bercinta di Paris




Not my favourite city. But at least dah pernah sampai la kan. Kira okay lah tu. Trip yang melibatkan 5 negara. Penat kaki kau. tau tak? Silap pergi pakai kasut tu. Patut pakai sport shoe je. Nak melawa punya pasal kan. Hahahaha.


xoxo

Send from Samsung Mobile

Nicolaus Copernicus in Torun


After a short seminar, aku ekot bos dan pegawai Matrade visit museum Copernicus ni. Korang kenal sapa dia ni? Dia ni yang tentukan arah matahari dgn bumi tuh la.

Hahahaha. Aku tau pun bila bos tanya you kenal sapa dia ni? Gelabah terus google nama Nicolaus Copernicus nih. :)

xoxo

Send from Samsung Mobile

Monday, March 24

Day Two. 100 days of happiness

He makes me smile today. He said I'm swaggggggg mom!


Sent from Samsung Mobile

Day one. 100 days of happiness


Dapat idea macam mana nak pakai my fav jacket ni. kita tukar button position. Now baru la dapat pakai masa spring ni. Ikut theme warna warna ceria. :)

xoxo!

Sent from Samsung Mobile

Friday, March 21

Lawan Bowling 5 Embassy

 February haritu kami ada buat perlawanan bowling. kebetulan kami chairman untuk ASEAN Community in Warsaw (ACW) selepas Indonesia pegang. so ada la beberapa aktiviti yang kami dah organized sepanjang pegang chairmanship ni. Kami 5 Embassy (Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand and Vietnam - Brunei based di Berlin) campur campur satu group so take turn la baling bowling.


Seriously dah lama sangat aku tak main bowling. dah tak ingat bola yang aku biasa main nombor berapa. so sudahnya dua game ke laut la markahnya. hehehe. tengok la gambar aku tepek tuh.. itu main baling. takde aim aim pun. ada la sekali strike tapi sbb nasib je tuh. hehehehe..


everytime baling je mesti minum air. or makan nachos. masa ni nachos belum sampai lagi. by the time sampai je nachos semua berebut nak makan sebab memasing lapar. hahahaha. tempat ni punya la tak best tak leh bawak sandwich. kalau nak buat bday pun kek bday kena beli dr dia. sedap tak sedap nasib la kan. tuh group kami campur campur. actually kiteorg booked extra lorong tp tak tau mana silap tak dpt extra lorong. tu yang padat main dua lorong tuh.. nampak tak pompuan depan sekali yang rambut panjang tuh? dia PA kat vietnam embassy. rambut dia sikit punya panjang ya ampunnnn... pastu lembut halus je rambut tak makan sabut kelapa aku. ahhahaha

lepas kami main game. makan makan pizza. pastu bagi bagi hadiah hamper. saje utk fun je sebab ACW tak pernah buat aktiviti game game macam ni. so kami seronok la leh pakai casual. and borak borak. masa ni la pun nak nampak perangai memasing kan. hamper tu yg menang pun bukak kat situ gak and bahagi bahagi sesama kami jugak. nak tau apa aku pilih????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


NENAS!!!!!








Thursday, March 20

Qistina nak pergi holiday!


telefon aku yang dah jadi hak milik anak teruna selepas dia tertinggal blekberi dalam teksi. urut kejap dada tapi rasa tak sampai hati nak marah. qistina nak holiday april ni. hurmmm.. tengah pikir nak kemana ya???!! lama sungguh rasa tak pakai jacket ni. so amat sesuai jacket ini disarungkan sekali lagi untuk cuti cuti masa spring ni nanti... tulip di amsterdam maybe? hehehe

Monday, March 17

meeting di Lithuania

kesian kan? masuk blog aku takde berupdate. padahal semua dihujung jari. boleh je kalau nak update pendek pendek pakai enpon. tapi enpon tu sibuk ke like gmbr instagram. main game candy crush kau yang sangkut berbulan tu dengan main game frozen yang aku terer tu.

sedar tak sedar aku dah tiga tahun lebih duduk di poland ni. masih tak pandai cakap polish. kekadang dari gaya org tu cakap dlm sesuatu situasi aku macam paham. tapi aku lebih ke senyum. or ckp yes no dalam bahasa dia.. belum n mcm tak ada keinginan nak belajar bahasa dia. hehehehe..

okay nak ceta haritu aku pergi ikut Dato ke Lithuania. cerita lama. 4 bulan sudah.. tapi malasnya nak update cerita kan. hehehe. korang mesti ada yg blur lithuania ni kat mana ek? hahahaha. aku mmg blur. sampai poland baru la tau kewujudan negara ni... visit ni dari InvestPerak dan pejabat Menteri Besar Perak. So pergi untuk sign 15 agreement dengan Kerajaan Lithuania dan meninjau peluang-peluang yang ada. So far aku suka ekot sebab dapat tengok mcm mana rupa orang deal itu ini dan mcm mana bila ekot join dalam meeting room. so kami masa ni meeting dengan Menteri Economy dia.. pastu dengan Prime Minister dia.. 

Dalam rombongan ni ada orang orang surat kabar yang ekot dan TV3. so ada la esok lusanya masa aku kat Lithuania lagi. lama aku kat sini.. 3 malam 5 hari jugak la.. orang msg cakap nampak aku muka masam je masa kuar tv3 tu. hahahahahhah. aku bukan stress sampai masam muka. aku tgh focus apa butiran dorang meeting sebab aku kena amik minit. hahahahahah


kami duduk kat hotel kempinski. katanya the best hotel in vilnius. masa tu pulak dekat dekat krismas. so memang meriah dengan lampu je la. apa apa pun aku rasa tak dapat celen lampu krismas kat Poland. ahaa. satu lagi poland dgn lithuania ni tak geng. mcm dorg anti sesama sendiri. aku nak sebut nak ceta kisah poland dgn malaysia punya delegasi ponnn org org lithuania dah jeling.. bila balik ke office. local staff aku cakap salah satu dorang menyampah ke org lithuania ni sbb lori lori lithuania masuk ke negara dorang jalan raya banyak rosak. katanya laaaaa.. kalau dh nyampah mcm mcm hal la kan jd isu..


last day delegation kat sana kami sempat pergi satu tempat nama druskininkai. kira kira 150km dari vilnius. best tempat dia i tell you. kawasan dia besar.. resort spa. sebesar besar tu semua kawasan spa je. mcm mcm jenis spa ada wei. geram aku nengoknya. pastu selain spa tempat rekreasi. memang bes la tapi kami takde la try sebab masa suntuk nak antar dorang ke epot lepas tu..  korang leh tgk masa kami pergi tu winter kan. leh layan gambar DRUSKININKAI



masa aku kat sini jugak la aku sambut anniversary aku genap 3 tahun dah keje oversea. alhamdulillah and still counting. hurmmm.. ada orang tak bagi adiah lagi sempena aku genap tiga tahun ni. nak mintak apa ya? 

p/s: ya memang sangat besar qistina. pakai baju berlapis sebab sejuk!!


Tuesday, March 4

Zumba Party at Seri Kembangan

Kalau berminat contact nombor dalam gambar tu okay!

Xoxo!

Send from Samsung Mobile

Saturday, February 8

Berkenan!

Sangat berkenan tapi kannnn Qaiyyum cakap macam rupa babcia kalau aku beli. Babcia tu maksud dia nenek. Pasrah! 

Masa ni jumpa kat Zakopane. Kat Zakopane kalau nak beli winter jacket mcm brand North Face or Jack Wolfskin tu murah dari Warsaw. Kalau sale pun.. Zakopane sale 70%. Kat Warsaw 50% je. Baru kami tau sebab buat perbandingan harga.

Now update blog dari saloon. Tengah cuci rambut. Huhu. Snow kat Warsaw pun dah cair. So confident pakai converse. Tapi jalan licin. Asyik nak tergelincir je. Haihhhh...

Oklah. Babai.

Xoxo


Sent from Samsung Mobile

Tuesday, January 28

Visit to Slaughter House in Bialystok, Poland.

Bulan November itu hari ada HALAL Jakim Malaysia datang visit ke Poland. atas jemputan Mufti Poland.. Mr.Tomasz..... (Serious aku lupa nama belakang dia apa). so ceritanya adalah kita nak buat audit kat satu kilang penyembelihan ( aku panggil kilang sebab tempat dia besar yang amat) lembu. kilang ni nak dapatkan sijil halal dari Malaysia.

So masa 1st day pergi tu.. perjalanan lebih kurang 3jam lebih dari bandar Warsaw. Kami bertolak awal awal pagi sebab meeting start dalam 10 pagi macam tu. So sampai je kat Bialystok, kami gi hotel penginapan pegawai pegawai Jakim Malaysia ni dulu.. Discuss sikit sikit and bertolak ke kilang penyembelihan ni pulak. Oh lupa nak mention. Mufti Poland ni boleh cakap Polish and Arab je. Pegawai2 Jakim ni berkomunikasi dengan dia pakai Arab ler. Kami melopong sebab tatau apa apa tak paham. hehehe..

Bila sampai tu kami kena meeting.. Meeting serba sedikit explain kat dia kita punya requirement semua. pastu soal sesi jawab semua. and agree akan datang balik untuk tengok urusan penyembelihan. Actually dorang memang ada hire tukang sembelih dari Syria. All this while dia sembelih ikut cara Islam tapi sebab tak ada sijil tu dorang tak dapat pasarkan ke negara2 Islam yang lain.

Nak jadi ceta dorang ajak la visit dalam kilang dorang tu.. Itu la yang aku pakai serba biru baju macam nak pergi space tu. heheheh. dah rupa apa je kan? tapi great experience jugak la.. tengok and kagum tengok teknologi dia. selama ni tengok orang menyembeli masa raya korban je kan. 



Bahagian luar kilang ni ada rumah lembu yang menempatkan lembu lembu ni sebelum disembelih. kagum sebab tengok lembu ni besar sesangat. besar berganda la dari aku yang gemuk ni. bos kilang ni dgn bos aku ajak masuk dalam rumah lembu ni. tahan je labau dia. even cuaca sejuk tapi berkilo kilo kot tahi lembu. hehehe. nasib baik tak muntah..

Pastu selang sehari lepas tu kami dijemput sekali lagi untuk tengok urusan macam mana mereka ikut prosedur yang diberikan oleh Jakim Malaysia. Pertama kali la aku tengok depan depan proses menyembeli macam mana. Nak kata takut tengok darah tu semua tak jugak. Maybe aku dah set dalam kepala jangan buat perangai pelik pelik Qistina.Jangan nak pengsan pengsan dalam tuh pulak kan. Lepas sembelih tu.. so far kami puas hati la tengok cara dia. Kalau selesai semua InsyaAllah tahun ni dapat la sijil halal company tu. Dapat la kami beli daging ni dekat Tesco ke kan..


Masa dia siat kulit lembu tu memang cekap betul pakcik pakcik Polish tu. dah keje dia bertahun tahun kan. opkos dia laju and cekap je.. kami melopong la jugak sebab korang tengok la lembu tu besar giler kot wei.. Banyak isi pulak tuh.. Lepas selesai tengok semua ni. aku tanya bos kilang tu boleh ke kalau aku nak part ekor sebab nak mintak datin masakkan sup ekor. dia kata bolehhhhh.. nanti dia akan packkan untuk aku lepas kami visit kilang dorang proses daging lembu pulak.. kilang dikawasan lain. macam korang tengok baju putih aku pakai bawah ni.. baju kat kilang proses daging tu la. sejuk ya ampunnnnn.. bertahan je la aku..


lepas daripada visit kat sini.. kami balik ke kilang pertama tu sebab nak ambik ekor lembu untuk sup tuh.. sekali bukak bonet (aku masuk office dorang, driver yang pergi collect daging tu) amik kauuu.. separuh lembu tu dia bagi kami okeyyyyyy.. banyak sungguh. rezeki. alhamdulilah. minta ekor je dapat separuh lembu tuh... yang jadi isunyaaa peti ais aku mana nak muat. ahhahaha. so aku amik sikit je part lain lain simpan di rumah datin je. lagipun datin selalu buat event untuk malaysian di poland. elok la simpan sana je..


aku suka pergi ekot bos meeting tempat tempat macam ni.. sebab bagi peluang kat aku kenal orang orang lain selain dok di office je.. plus dapat la tengok proses macam ni semua kan. kalau tak memang tak merasa la nak tengok.. ok till then.. nanti aku update lagi..

xoxo

Wednesday, January 15

Sunday, January 12

buang anak kucing

Emosi betul aku bangun tido tadi. Check facebook ada Izyahya share gambar ni. Dia datang petshop dia tengok ada kotak dengan pesanan kat kotak tu.

Segaknya orang yang drop kotak ni? Main buang kucing depan petshop. Mementang kucing dua ekor tu kaler hitam. Terus kau tak nak ya. Ini bukan pertama kali berlaku kat kedai Izzy. Sebelum sebelum ni pernah. Izzy memang marah. Aku pun marah. Kalau tak mampu nak jaga jangan bagi kucing tu membiak. Better mandulkan dan kau jaga dia sorang.

Tolong jadi manusia yang bertanggungjawab. Cuba pikir kalau one day kau dah tua. Anak kau drop kau di rumah orang tua dengan note macam tu. Apa perasaan kau?

Emosi sungguh aku today.

xoxo.


Send from Samsung Mobile

Shoes are bowwwwwring!


:)

That's why I choose sneakers!

xoxo

Send from Samsung Mobile

Thursday, January 9

bercinta di spain, madrid

masa raya kedua itu hari aku pergi ke spain. percutian solo gittewwwww.. itu sebab korang jangan pelik tengok aku selfie banyak nih. heheheh..










entry memang banyak. tapi dah basi. selamat la korang sakit perut sakit mata melayan entry basi aku nanti :)

xoxo!

ehem!

hi.
rindu tak?
apa?? tak rindu?okey lah bye!

p/s: will update soon!