Friday, March 21

Lawan Bowling 5 Embassy

 February haritu kami ada buat perlawanan bowling. kebetulan kami chairman untuk ASEAN Community in Warsaw (ACW) selepas Indonesia pegang. so ada la beberapa aktiviti yang kami dah organized sepanjang pegang chairmanship ni. Kami 5 Embassy (Indonesia, Malaysia, Philippines, Thailand and Vietnam - Brunei based di Berlin) campur campur satu group so take turn la baling bowling.


Seriously dah lama sangat aku tak main bowling. dah tak ingat bola yang aku biasa main nombor berapa. so sudahnya dua game ke laut la markahnya. hehehe. tengok la gambar aku tepek tuh.. itu main baling. takde aim aim pun. ada la sekali strike tapi sbb nasib je tuh. hehehehe..


everytime baling je mesti minum air. or makan nachos. masa ni nachos belum sampai lagi. by the time sampai je nachos semua berebut nak makan sebab memasing lapar. hahahaha. tempat ni punya la tak best tak leh bawak sandwich. kalau nak buat bday pun kek bday kena beli dr dia. sedap tak sedap nasib la kan. tuh group kami campur campur. actually kiteorg booked extra lorong tp tak tau mana silap tak dpt extra lorong. tu yang padat main dua lorong tuh.. nampak tak pompuan depan sekali yang rambut panjang tuh? dia PA kat vietnam embassy. rambut dia sikit punya panjang ya ampunnnn... pastu lembut halus je rambut tak makan sabut kelapa aku. ahhahaha

lepas kami main game. makan makan pizza. pastu bagi bagi hadiah hamper. saje utk fun je sebab ACW tak pernah buat aktiviti game game macam ni. so kami seronok la leh pakai casual. and borak borak. masa ni la pun nak nampak perangai memasing kan. hamper tu yg menang pun bukak kat situ gak and bahagi bahagi sesama kami jugak. nak tau apa aku pilih????

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


NENAS!!!!!








1 comment:

emy pokden said...

hehehe..neneas cecah kicap letak gula ngan cili api..terbaek weii...ceria blog ko ni bila ko update selalu tau...