Wednesday, July 23

Atas Jambatan Vistula River

video

Aizwan datang rumah pinjam oven. Dia nak bakar roti untuk berbuka. Memang aku excited sebab bau sedap. Pastu plannya masa bakar roti tu dia akan ke Francuska Street untuk sewa basikal dengan Veturilo. By the time dia balik rumah aku semula roti dah siap bakar. Kami pun plan nak ke rumah dia sebab Lukasz dan Geetha dah tunggu kami untuk berbuka.

Plan kayuh basikal ni Aizwan la suruh. Dia memang bab bab nak exercise ni selalu pujuk akak dia ni. Jalan dia pilih untuk kayuh kerumah dia ni tak la jauh sangat plus menarik la. Kami lalu tepi sungai tempat orang mandi swimming pool (dah tutup sebab dah jam 8 lebih) pastu lalu tempat kami picnic dulu dengan kawan kawan lain. Now tempat tu dah ada DJ main lagu. Aizwan kata tempat tu dah jadi tempat party tepi 'pantai'. Hahahaha.

Pastu nak dekat sampai rumah Aizwan.. Kami kena lalu atas jambatan. Actually aku dah letih giler kayuh. Gear basikal pun ntah berapa kali tuka. Haha. Berhenti sebelum naik jambatan tu dah sekali. Pastu bebetul atas jambatan baru sedar lawanya view matahari terbenam. All this while tak pernah perasan pun Warsaw lawa masa terbenam matahari.

15 days to go...

xoxo

Send from Samsung Mobile

No comments: