Friday, August 1

Telefon bermasalah..



:(

aku ada beberapa enpon. yang aktif dua je. satu nombor poland. satu nombor malaysia. nombor malaysia tu mmg aku roamingkan sejak  aku datang poland lagi hampir 4 tahun lepas. senang kalau aku kekalkan nombor tu aku leh roamingkan masa aku pergi jejalan negara lain. nombor poland aku ni sangat la tak nak bekerjasama time nak roaming.

ok itu bukan masalahnya. masalahnya enpon aku ni dua dua buat ragam. beberapa minggu lepas kawan kawan dah komplen kata aku eksyen tak reply msg dorg. bila aku ckp aku x dapat whatsapp tu dorang siap screen shot kan. serious aku tak dapat wei. memang tak masuk pun dalam enpon ni. bukan sorang bukan dua orang tapi beberapa orang. lepas aku balik dari hamburg tu hari. lepas bukak bateri and tuka masuk simkad lain semua rasanya dah okay. maybe kena reset kot sebab tak pernah nak off enpon kan.

enpon malaysia lak dah dua kali. muncul ada misscalled dari tatau sesapa tapi bila nak tekan nak check sapa yang misscalled tapi tak muncul. stress! sapa yang misscalled ni?? nak return call pun tak dapat. sudahkan aku reset jugak enpon ni buang delete belaka call in call out tu. puas hati aku. huh!


xoxo

1 comment:

sharminie zainul abidin said...

alang2 musim raya nih apa salahnya bergaya dengan henpon raya. hehe...