Aktiviti terakhir aku dengan budak budak Warsaw. Best sangat sebab lepak and makan makan potluck. Pastu ada game. Semua happy masa ni. Tak abis happy lagi muka aku tu? Hahahha!
gambar ni lama dah actually. tapi tangan gatal gi tekan-tekan website Kaunas University ni haritu terjumpa pulak gambar kat website dorang tu. Panjangnya rambut masa ni. Rindu nak sanggul!
wahhhhh. June langsung tak update blog? Prrrfftttt.. Aku rasa makin ramai tak update blog dah skang kan. Ramai blogger yang aku kenal jarangggg sangat update blog dah. Semua berpindah ke Instagram. Dulu kawan kawan lain yang sama sama duduk oversea (sama ada bekerja atau berkahwin dan menetap di oversea) asyik tuka tuka komen di blog. sekarang mostly beralih ke IG.
Lagi seminggu lebih je nak raya dah kan. Aku belum pun prepare apa2. Rumah pun dah kosong sebab packers dah datang last week. InsyaAllah kalau tak ada apa apa aral melintang, aku beraya di Hamburg, Germany dengan kawan aku yang baru bersalin. Kami plan nak raya koboi je. Hehehehe. Kalaaauuuu aku gigih sikit. maybe aku ke arah selatan Germany tu. ke Nuremberg.. Beraya kejap rumah kakak blogger yang memnag dok sana dah bertahun-tahun. Kita tunggu and tengok budget and masa dulu..
Macam mana puasanya kali ni kat Warsaw? Serba kekurangan. Serba serbi. kekurangan dari segi emosi pun ada. Hehehe. Semalam petang stress sangat, terus ajak Izzati layan tengok movie. Tajuk Blended. Lakonan Drew Barrymore and Adam Sandler. Best! Lama sungguh tak tengok movie. Hehehe. Lepas tengok movie berbuka makan sushi. Pastu msg ke Ecah. Cakap pasal movie ni buat aku teringat ke dia. Sebab ada tentang aprika. hehe.
Hurmm.. nak ceta apa lagi ya. Tengok la kalau rajin nanti ceta pasal percutian balik Malaysia. Tapi rasa macam malas je kot? hehehehe..
tengok la bila mak and anak snap gambar macam mana jadiknya. hahahaha. masa ni mmg best sebab tak ada orang pun. tangkap gambar pun memang clear sesangat. tak serabut dengan orang penuh. tapi snap sikit je gambar sebab dah penat sangat berjalan dari pagi.
Not my favourite city. But at least dah pernah sampai la kan. Kira okay lah tu. Trip yang melibatkan 5 negara. Penat kaki kau. tau tak? Silap pergi pakai kasut tu. Patut pakai sport shoe je. Nak melawa punya pasal kan. Hahahaha.
After a short seminar, aku ekot bos dan pegawai Matrade visit museum Copernicus ni. Korang kenal sapa dia ni? Dia ni yang tentukan arah matahari dgn bumi tuh la.
Hahahaha. Aku tau pun bila bos tanya you kenal sapa dia ni? Gelabah terus google nama Nicolaus Copernicus nih. :)