Monday, September 26

qistina beraya di poland Part 1

bagaimanakah qistina beraya di poland tempohari? seminggu sebelum raya qistina buat beberapa biskut raya yang akhirnya semua failed.tangan qistina cukup panas untuk membuat semua bende alah itu... dua hari sebelum raya qistina buat bahulu pandan dan bahulu original.. menjadi dan qistina senang hati...

malam raya qistina buat kuih tiram dari kulit popia.. pastu qistina buat satay goreng.. kuah kacang.. rebus ketupat nasik paket.. rebus pulut tiga segi (oh my!blank kejap nama apa ketupat tuh) pastu buat kuah lodeh and sambal bilis...

celik mata ye terus telepon mak bapak kat kuantan... dengar semua bising2 sebab busy kan.. cakap dengan anak kejap.. pastu ckp dgn mak rileks lagik.. ckp dgn bapak.. dah sebak sebak... pas letak tepon terus meraung.. :p

pagi raya qistina bungkus2 makanan semua dan pergi beraya rumah encik azman.. executive officer dekat kedutaan ni.. pergi menumpang kasih.. hahahhaa.. sebab kak zila, wife encik azman masak soto! nyam nyam! 3 kali tambah yer... lauk qistina buat... memang qistina tak sentuh langsung...

korang tak rasa kesian ke tengok muka budak ni beraya tanpa mak dia?


dah vote qistina? kalau belum click like kat sini. nnt berpeluang menang hadiah tau! https://www.facebook.com/photo.php?fbid=284067551619629&set=a.280400375319680.85098.128639593829093&type=1&theater

gmbr atas ni masa memula sampai rumah encik azman.. macam malas nak makan lagik.. sebab takde org lagi.. and segan la kan.. hahaha.. pastu datang pak tam.. sorang malaysian yang raya kat poland jugak.. terussss.. start makan...pastu student2 ada sampai... pastu kami borak borak and snap snap gmbr kejap.. 

cheese cake layer chocolate kalau tak silap.. student bawak (fikuri)
 kagum giler budak lelaki buat cheesecake.. super sedap plak fikuri ni buat.. so far aku dah penah rasa cheesecake dia yang berperisa chocolate, tea and nescafe.. my fav adalah nescafe... sedap! nak mintak la resepi next time. hehehhee... tapi buatnya tatau la bila kaaaann...

selamat hari raya buat mereka di malaysia~! ikhlas dari kami di poland.. :p 
salam perantau sangat ayat kan? huhuhu... gambar atas tuh.. KC (ketua canseri) aku..yang duduk pakai spek tu encik azlimi.. kawan KC aku dari spain... KC embassy kat spain.. pastu tuan tanah yang lentok comel (kroiihhh ptuih) pastu duduk perempuan pakai spek KC kat helsinki... kawan KC aku gak.. semua nih officer kami di Wisma dulu.. pastu kurung hijau kak zila.. baju melayu putih encik azman (tuan rumah) yang duduk baju hitam suami KC helsinki. patu kurung itam anak ambassador aku..

kc spain, aku and kc helsinki (cik eliza comel!)

makanan!nmpak tak kuah lodeh n sambal qistina?dgn satay goreng sipi2 tu

pak tam, budak polish yg jgn korang tanya nama dia aku tak ingat, aku dan prem

my favourite!!!! aleesya comel.. dia pakai legging bintang masa nih :)
kami versi cerah sikit gmbr. prem, budak polish, qistina cantik dan fikuri yg buat cheesecake tu

selamat hari raya!!!!!! masih syawal lagik kan? hehehehe.. tahun depan dah tamau raya sini dah... isk isk.. nak raya malaysiaaa!!!!!!

6 comments:

Izzy said...

Seronok kau beraya macam anak dara, sebab anak dijaga Opah. Hahaha. Siannya la qoyum posing gitu. Nasib dapat duit raya banyak. Hahah.

zeta said...

Oklah kan..walaupon xsehebat raya kat cni..alahhh..kat sini pon dah kurg meriahnya berbanding masa kita kecik dulu kan..

sharifah rosidah said...

Nqr kamu memang seorang yang tabah, kalau aunty belum tentu boleh beraya Tanpa anak2 Dan suami. Tengok muka kamu Dan muka qaiyyum sedih aunty tengok. Terima kaseh sebab tak private kan blog kamu boleh aunty tumpang baca.

NaniRostam said...

Salam aidilfitri...alhamdulillah meriah juga raya tempat orang....

Izan said...

rajinnyer buat bahulu pandan. sila la tayang kat blog ni. meriah tak raya kat sana? raya kat sini tak meriah pun. nak raya kat msia jugak tahun depan. huhuuuhuhuhuhuhu

nqr said...

@izzy anak dara?aiyoooo...mak dara wei.. opah letih jaga cucu asyik request makanan jeee

@zeta tuh la..mak aku ckp dah tak sonok sangat dah..

@aunty tq aunty.. kena la tabah.. tak tabah tak dapek la duit kan???

@nanirostam boleh la..tapi seronok lagi di negara sendiri kan?

@izan nanti mmg nak up pun resepi bahulu.. sbb mudah sangat nak buat