Monday, May 14

bila Qaiyyum kena TIC (salah satu children syndrome)

1st of all.. TIC tidak MERBAHAYA!

korang boleh tengok apa doktor ni cakap pasal tic ni dulu..


antara simptom TIC ni adalah eye blinking (yes qaiyyum dah ada- dia start dgn eye blinking dlu) pastu ada juga yang eye rolling.. throat clearing ( kadang kadang qaiyyum akan buat ni.. aku plak pikir dia kering tekak.. so suruh dia minum air masak byk byk) pastu head jerking (ini qaiyyum dah start ada beberapa hari lepas..) ada jugak budak yang bahu shrug.. macam fe mao.. korang penah tengok ceta cina femao tak? mcm tuh la tic..

diulangi sekali lagi.. tic tak merbahaya.. tetapi.. aku sebagai mak risau jugak.. biasa lah mak kan.. tic akan ambil masa beberapa minggu atau ada juga beberapa bulan.. biasanya tic ni terjadik pada seorang budak sekolah daripada lima orang budak sekolah. so qaiyyum ni insan terpilih.. itu yang aku cakap pada dia.. (yes aku dah slow talk dgn dia pasal benda ni.. so far dia rileks je.. siap cakap.. dun worry mum.. i'm ok.. i feel like normal person je)

anak anak yang ada tic ni dia takkan sedar perbuatan dorang tuh.. jangan sesekali tegur or marah or suruh dia jangan buat semua simptom tu sebab dorang tak sedar bende ni terjadik kat dorang. mcm aku tatau pasal tic ni. selalu sangat qaiyyum kena tegur dgn aku.. kena marah pasal mata dia kelip2 tuh.. haihh.. kesian qaiyyum.. pasni aku dh takde tegur tegur pun..

kalau korang nak tau lebih lanjut boleh je google tentang tic ni.. banyak website n info pasal tic ni.. aku harap tic qaiyyum takkan lama la.. doakan qaiyyum!

4 comments:

Buyuiazliana said...

aku igt dl masa kecik kazen aku kena cmni, sekali makcik aku mintak ustaz mana tah baca2 pastu bg basuh muka tu.. alhamdulillah ok..maybe mcm mula nk habit kot eh.. (aku x tgk video dr tu ckp sbb line slow)

nqr said...

beb itu mak aku cakap.. soh balik msia nnt dia nak bawak jmpa ustaz ustaz ni..

sharifah rosidah said...

Qis, aunty pernah tengok dalam tv pasal tic ni memang tak berbahaya tapi kita ni risau kalau bebudak ni asyik terkelip2 mata je kan.

@z@H maM@ ADAM! said...

merisaukan jugak TIC ni yek. insyaallah qayyum akan hilang simptom TIC ni.