Wednesday, March 6

pindah rumah

menyepi dan update ala kadar. bagi yang follow instagram and facebook aku. mesti dah tau yang aku dah pindah rumah. sebelum aku balik malaysia januari itu hari. aku dah submit permohonan aku ke HQ. sebab rumah lama aku habis kontrak end of february. 

masa aku kat malaysia.. pas aku balik holiday tuh elok dapat call from poland saying that permohonan aku dah lulus. happy and bersyukur sangat. kawan kawan aku memang tau aku tak sabar nak tunggu kontrak rumah lama tu abis sebab aku ada emosi sket dengan tuan rumah lama aku ni. aku banyak je bersabar dengan dia selama ni. tapi tuh la. doa termakbul jugak akhirnya.

now dah seminggu lebih duduk dirumah baru. percaya lah rumah aku ni tak abis kemas pun lagi. hahahahhaa. balik keje penat. bukak dua kotak kemas sket pancit. malas sebenarnya. tapi tuh la. now better la.. dapur aku tinggal kotak kotak makanan je. dalam bilik aku dengan qaiyyum ada kotak pakaian. aku kena all out kemas ni sebab tak sabar nak buat kenduri masuk rumah baru ni :)

nih aku tepek rumah aku masa kosong. dua gambar je pun. dah kemas molek sikit nanti aku letak lagi gambar ye? rumah kami kecik. dua bilik je. tapi alhamdulillah surrounding best. dekat dengan ofc. bawah rumah supermarket. dekat dengan farmasi. public transport tiptop. seberang bangunan hospital kanak kanak. security pun bagus. so isu tuan rumah masuk rumah time kita tido insyaAllah takkan muncul dah... :) 



6 comments:

Mya said...

cantik.
teringin aku nak pegi poland :)

@z@H maM@ ADAM! said...

biarkan kecik asalkan selesa!
Tapi sumpah la qis, sangat chantek!

sharifah rosidah said...

Mat salleh ni memang banyak kerenah....masa aunty sewa apartment kat amerika pun macam tu....tuan rumah yang pertama tu cerewet nak mamp....tak bagi masak barang yan berminyak.....dah kita orang melayu memang lah banyak makanan bergoreng....cari rumah lain yang tuan rumah nya boleh paham cara masakan orang malaysia dan terus pindah.

nqr said...

@mya meh la wei. ekot doha. qatar airways. rm2900 return

@azah tapi now x cantik. penuh kotak!

@auntie qist pun takut nak masak sambal sambal. kalau masak pun bukak tingkap besar2..

diana luna said...

ni yang nak mai visit ni!

cenderamata dari hati said...

hiasi rumah baru anda dengan lampu hiasan comel...
layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com