Tuesday, December 20

pukul anak

aku tak kata aku seorang mak yang baik. aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk anak anak aku.. contoh macam sekarang. aku ada qaiyyum dan aku cuba sedaya upaya untuk jaga dia seelok yang mungkin.. sebab ada orang penah cakap kalau qaiyyum duduk dengan aku.. mesti qaiyyum jadik tak elok.. sebab besar takde bapak.. bla3... seriously??? orang yang ada bapak je dapat membesar dgn hebatnya? dengan jayanya? masa zaman tuh aku darah muda sangat.. dengar statement tuh terus jadik sakit hati membuak-buak.. hehehe.. skang bila orang ckp mcm tuh aku senyum geleng kepala je la.. maybe aku ni dah sampai tahap dah tak pedulik apa orang nak cakap...

okey.. itu bukan isunya.. aku nak cerita pasal pukul anak.. kalau tanya aku.. tipu kalau aku cakap aku tak penah pukul anak anak aku.. tapi makin lama.. (sejak qyum 3-4 tahun) aku dah stop pukul anak.. qaiyyum dulu masa dia kecik kecik memamng hyper sesangat. sampaikan doktor nasihatkan jgn bagi dia pakai baju oren.. kurangkan gula.. kalau bercakap pandang mata dia (utk bg arahan) dan qaiyyum jenis dalam dunia dia.. nakal nakal dia.. dia memang takde pukul anak orang.. buat anak orang.. (kecuali qaiser-sepupu dia) heheheh..

makin lama aku makin letih nak marah anak dgn kaedah memukul mukul ni.. disebabkan penat nak pukul-pukul, aku marah mulut je.. cara marah mulut plak ada cara nya.. ekkeke.. aku selalu marah dgn ugut.. bukan la ugut nak bunuh ke apa ke.. salu qaiyyum pun tak takut sangat pun ugutan aku.. (ada yg dia gelak lagikkkk) tapi pastu dia dah tak buat dah..

bukan la aku nak cakap anak aku ni baik tak nakal.. qaiyyum bukan jenis nakal..maybe dia pun dha letih nakal masa kecik.. tp skang ni dia jenis yang leka n silap buat sesuatu perkara.. mcm lupa ini lupa itu.. itu yang menyebabkan selalu kena marah..

aku penah baca artikel cakap yang anak ni kalau kita marah dorang dgn cara pukul2 selalu nih.. anak akan jadi menurut cakap mak bapak.. takut nak buat nakal lagi.. depan mak berlakon jadi baik.. tapi belakangggg.. perangai yarabi... very good pretender! aku tamau qaiyyum jadi macam tuh.. sesedar rupanya perangai yarabiii.. urut je la dada..

pastu bagi aku.. kalau kita pukul anak ni.. aku rasa sedikit sebanyak ko dah bg ajaran kat anak ko yang gunakan kekerasan mcm ni akan menyelesaikan masalah... (itu la sebabnya anak aku ni senang kena buli kot :p) sbb dia selalu tak melawan kalau orang buat dia..

well.. apa apa pun.. setiap orang ada la cara mengajar anak sendiri kan? aku harap aku kekal la mcm ni.. takde pukul2 anak sampai la anak dah besar... sebenarnya aku buat entry ni pasal aku terkejut dengar cerita sorang kawan ni.. anak dia very good pretender.. depan mak baik (actually takut ke mak) tapi belakang perangai nakal sesangat.. sbb dpt kebebasan, mak takde nak pantau nak jegil bijik mata :)

bila aku cerita kat qaiyyum yang anak kawan aku tu teruk kena pukul dengan mak dia disebabkan kesalahan yang sama mcm qaiyyum buat.. giler la anak aku terkejut! sebab dia sendiri tak kena pukul.. and dia jadik kesian kat anak kawan aku tuh sebab kena pukul.. qaiyyum pandang aku and peluk aku cakap.. adik sayanggg mama.. hahahaha! nak bodek la tuh!

see? tak semestinya memukul anak tuh perkara yang terbaik untuk mendidik kan? :)


6 comments:

adila abdul qadir said...

hoho..blh try u nyer tips ni??..

Anonymous said...

aku pon takut gak kalau terlebih sgt pukul anak ni..lg2 masa tgh marah..kdg2 mcm meroyan je jdnya..hope aku pon akan dpt control la bila tgh marah tu..

tp nk ckp bab yg 1st2 kau ckp tu..ape ke benap benau org yg ckp cenggitu kat kau..igt semua didikan anak tu sama ke..ntah ape2 ntah

-zeta-

Zara said...

aku pun dah lama stop pukul..dulu time si Is dalam 4 years kot..last aku pukul/rotan ala, rotan manja2 gitu..sbb nak mengajarkan? but now, memang dah lain..mungkin betul kata ko, derang ni dah penat nakal time kecik kot..hehehe
(tapi aku rasa, anak2 cam kita ni, dia akan dengar and appreciate their mum lebih kot..sebab they know how we treat and take care of them..bebudak dah boleh pikir kan?)

sharifah rosidah said...

Pukul memukul memang tak ada dalam hidup kami sekeluarga, tapi aunty memang garang kalau dengan anak2, walaupun tak pernah pukul alhamdulillah ketiga2 anak aunty memang taat dengan ibu bapanya, syukur sesangat.

RisRaff said...

qayyum at this moment kalau cakap gan dia based on fact dia ikut ....

RisRaff said...

qayyum kalau cakap kat dia based on fact..dia ikut....dah besar dia...pahamnya dia..