macam mana raya qistina? qistina senyum je boleh? nanti korang bosan baca kisah raya qistina masa tengah raya mode ni.. biar la tunggu dah seminggu dua.. kita dah rajin nak transfer gambar, baru kita ceta ok???
nanti lusa aku umumkan sapa menang, and akan contact korang melalui email address yang korang tinggalkan ok??? kalau la dalam masa 24 jam takde yang reply, aku cabut email baru.. nanti siap sedia lah aku pos bende alah tuh. pos laju atau pos kapal nanti aku check dulu ye.. :)
thanks kepada yang tinggalkan email nak free snow globe!
semalam malaysia tidak berjaya dapatkan gold medal. tapi aku sebagai anak malaysia sangat amat bangga DLCW dapat ke stage macam ni. cuba bagitau anak malaysia mana yang layak ke final olimpik sebelum ni? so siapa yang mengata DLCW mcm mcm sebab tak berjaya bawak balik gold medal, sila duduk diam diam. mcm kak d green epal cakap. wakil rumah sukan biru pun belum tentu lepas, jangan ada hati nak mengata DLCW.
semalam aku percaya ramai sakit dada tengok final badminton. aku siap tekan tekan dada dengan bantal. sakit oi. mcm senak ditusuk sembilu. pedih giler. debar tayah cakap la. haihhh.. aku percaya bukan aku sorang rasa macam tu. tapi Lindan pun sama. Lindan selalunya main rileks je sebab dia memang terer, tapi semalam dia siap stress n menjerit jerit marah sebab stress.. aku percaya DLCW dah bagi yang terbaik dan saingan yang sangat hebat.
nangis? hehehe.. qistina la salah sorang yang nangis tengok DLCW nangis tak dapat bawak balik medal. ye, ramai yang sedih nangis juga kan??? tapi walaupun tak dapat bawa balik gold medal, carta malaysia dalam penerimaan medal dah bukan yang corot kan? :)
sori la bulan puasa bagi korang cuci mata. tapi aku sebenarnya harapkan DLCW pakai baju tu drpd lindan :)
aku dapat video ni masa kawan-kawan kat Ghana and Brasilia kongsi video nih. kelakar betul fynn ni.. bila dia dapat stok ikan bilis, stok belacan, kicap dan beberapa barang lagi yang mak dia kirim..
part dia nangis bila terlalu excited dapat cium bau ikan bilis tuh.. dengan aku aku sekali nangis. hahaha.. walaupun aku punya stok penuh ckup banyak lagi ni (eh qistina kau dah lupa cili sos kau tinggal sebotol je?)
aku rasa sesapa yang duduk oversea sebab bekerja or study mesti paham sangat perasaan fynn ni kan? aku rasa orang macam aku kira ok lagi la sebab kami posting dapat satu kontena, selagi kau ada duit nak beli stok2 makanan.. memang takde hal la.. bayangkan kalau student yang dpt bawak stok sikit je sbb beg dah berat. fuhhh sedih woooo kalau lama tak dapat makan sebab stok dah abis..
macam aku holiday london awal tahun dulu.. kedai malaysia tu ada sambal keli. rasa nak nangis sangat dapat makan keli ok. sebab lama giler tak makan keli ok.. aku dlu kalau masa kat wisma.. turun cafe kalau ada sambal keli. itu dlu aku kejar utk makan.lauk lain tu mcm tak heran. tu pasal rasa excited sangat. oh sini ada keli.tapi bkn keli sekor sekor tu. sini keli dinosor yang dia dah siap potong. dpt bayangkan?
so bila aku tengok video ni. memang aku sengeh je.. masa kotak drpd kontena aku sampai dlu terasa macam budak kecik dapat adiah drpd santa. haha. semua bende nak pegang. cumanya aku orait lagik la daripada orang tuuuuuu.. orang mana qistina? alaaaa.. ada laaaa orang tu siap pakai heels n bikini sambil kemas stok stok makanan yang sampai daripada malaysia. hahahhaa.. ampun cah! :p
aku tatau apa patut aku kongsi dengan korang. makin lama makin malas nak ngepost entry. heheh. takde sangat yang menarik. ada la beberapa menarik n menyakitkan tapi takpe. aku akan ceta bila aku nak ceta.
oh aku gaduh dgn tuan rumah tadik. macam korang kalau rajin baca blog aku. aku memang tak suka tuan rumah aku. jenis ornag tua suka suka hati masuk rumah aku.
so tadik dia dah bising bising kat aku. aku dah bg sedebik la. bg diam mulut dia. dengan akak lama kau behave sebab akak lama duduk rumah aku ni jenis tegas. bila kau tengok aku jenis sap sap sui. kau naik tocang kan.
so memang 100% aku dah confirm aku berambus daripada rumah ni bila dah abis kontrak. benda ni aku dah discuss dengan officer2 aku.dorang memang tau cerita kisah aku dgn tuan rumah.so tunggu la Feb 2013.
qistina akan duduk apartment!!! *tayah pening pasal apartment ada security bagai*