Tuesday, November 22

School Activities

sejak dari semester lepas memang qaiyyum ada school activities.. masa dia Year 0 dlu.. aku masukkan dia ke activity creative science (aku lupa nama sebenar tapi ada la aktiviti sains tu) anak aku memang happy la.. sebab selalu dia stayback.. cikgu bg aktiviti mcm biasa.. buat homework.. kadang belajar polish sikit.. kadang dok library.. ni aku bagi masuk kelas ativiti mcm ni.. dia memang happy la.

asal balik petang ada je 'sampah sarap' sains dia bawak balik. hahaha. salu dia kata mama ni semua nak ckp bnda adik buat ni ngarut... kekkekeke.. kecik ati budak tu...tapi mmg creative la aktiviti tuh sebenarnya...

untuk semester ni aku tamak sikit.. bukan anak yang tamak tapi mak yang tamak. kekekekkee! setiap hari isnin, qaiyyum akan attend kelas Ice-Skating. kelas ni akan start dr november sampai march tahun depan.. kalau nak sambung semula.. april sampai june dorang gantikan dgn kelas rollerblade... mana aku rasa tgk pada kesungguhan dia masa kelas ice skating ni dlu... bayaran agak mahal tapi x pe la.. nak harap maknya bawak.. memang bertangguh selalu kan.. utk ice skating kena sediakan helmet, waterproof pans, gloves, skates (kalau takde skates kena sewa 5 zloty). so wiken ni akan beli helmet, waterproof pans. skate tayah laa.. kang tahun depan dah takleh pakai sbb membesar kan...

hari selasa plak qaiyyum ada jazz dance. dia tatau tuh.. hari ni dia baru start kelas.. tapi mak nya terlupa..  kena bekalkan sport legging.. itu ujung minggu ni beli juga ye... dah la dia pakai suar jeans semalam. dalam tu takde long john pun.. tunggu la apa dia komplen balik sekolah nanti..

pastu setiap hari rabu plak dia start karate. last week dia dah balik2 sengeh je cakap tq sbb aku masukkan karate.. ni pun aku bg je masuk tande bgtau dia pun.. suprise kononnya.. :p baju karate dia pon semalam aku dah suruh local staff aku belikan.. dalam 60zloty sepasang... baju karate kan putih.. risau je aku kot dpt dek anak aku ni... peghak sangat.. abis kotor nanti..

tuh la sepanjang minggu ni kelas petang qaiyyum memang dipenuhi aktiviti la.. oh lupa.. dia ckp petang hari apa ntah ada kelas art. memang semua bdk stayback boleh join.. so dia join la.. 3 hari kat atas yang aku ckp tu.. untuk 6-7 minggu, 3 kali seminggu.. aku abis bayar tak sampai 1k pun.. aku rasa berbaloi la kot.. kalau harapkan mak dia ni.. memang takde la kan aku nak mengajar jazz bagai.. karate bagai tu kan?

2 comments:

sharifah rosidah said...

Nampaknya lepas ni busy lah budak kecik tu dah maknya masukan berbagai bagai kelas, macam ni lah bagus tak lah dia boring duduk kat oversea.

PatinPasta said...

Qistina,
Uiks.. akak baca segala aktiviti menanti si Qaiyyum pon akak dah semput penat. Hehe! Dari saintis sampai la ke karate tuh. Tapi time umor gitu, memang seronok benor la dia ye? Qistina tak join karate gak ke? :D

Qistina, akak ni ada soklan penting and emergency pasal embassy. Kalo tak keberatan, Qistina contact akak buleh? (sebab akak tak tau emel Qistina :D) Nanti akak story.
aida.rezuan@gmail.com

Thanks a lot dear.