Friday, December 9

sembilan disember

sembilan disember setiap tahun menjadi tarikh yang sangat bermakna dalam hidup aku..

setahun yang lalu.. 9 disember ni aku berkejar sana sini siangnya sebab aku nak kena beli barang2 yang last minit nak bawa ke poland. pagi tu masih sempat aku dengan adik aku, karipapsayur dgn qaiyyum and papa pergi ke jusco bukit raja beli beg akademi fantasia (beg ada troli tuh la) untuk sumbat apa apa yang boleh disumbat.. pastu gi pos parcel.. pastu beli kad.. pastu gi beli beg kecik nak letak brg2 kecik.. beli bebenda bodoh pun byk :p

pastu kena timbang.. berat sikittttt lg nak capai tahap limit.. tapi aku ni cerdik pandai.. dok kuarkan macam macam dr beg tu.. sangat menyesal tak sudah.. :) pastu terkenang2 jugak itu ini yang tak sempat nak makan lagik.. itu sebab masa aku kat epot.. (jap lagi aku attach gambar sekali) memang nampak aku sangat berisi.. kembang semacam muka ni.. berat memang masa tu dalam 70kg la.. ke 71 kg ek? lupa la.. tapi mmg 7 la nombor kat depan tu..

bertolak ke epot awal sebab nak makan lagi kat sana.. saje nak uruskan urusan beg semua awal awal.. masa siang tu ada kwn2 dah wish semua bagai.. dah ucap selamat.. CLNK ada yg ckp maybe dtg lambat..yg kata tak dtg pun ada.. yg janji nak dtg tp akhirnya beralasan memacam pun ada.. takpe la.. siapa yang datang ni pun dah ckup bahagia sbb memang ramai yang datang ke klia nak antar aku...

pas urusan luggage check in semua.. beg rupanya tak berat pon hokeiii.. so duit 2k yang di prepare utk extra luggage tu tak pakai pun.. pastu kami semua bergerak ke KFC.. lepak makan sana sebab papa memang dah lapar sangat...

lepas tu sorang sorang call and sampai kat airport tanya ada mana.. aku memang tak menang tangan jugak sebab melayan semua kwn kwn kan.. (tetiba aku dah nak sebak) haihhh.. ramai yang sayang qistina rupanya.. memang ramai yang datang lagaknya macam segerombolan nak anto orang pegi kejekan haji..

aku mkn pun tak selera. aku ngecek sana sini je.. dok kaup je semua nasihat2 dr akak akak yang ada pengalaman posting.. pastu dok snap2 gambar and rasa sakit hati tengok semua gambar nampak besar. hahaha..pastu aku nak turun bawah dah sebab masa tu ada orang sayang dah tunggu kat gate..

aku sebak sebak je.. memang tak nagis beria macam kwn kwn yang lain.. sikit2 mak aku sound jangan nangis.. kan janji jangan nangis.. haihh... baru nak menjiwai watak jadik norqamadhia kejap.. heheheh.. sampai bawah.. semuanya masih okey.. tapi sebelum nak masuk dalam kapal tu aku dah start meraung...

memang nangis sungguh-sungguh la.. aku lepaskan semua air mata aku pendam kat atas tu... anak aku pun geleng kepala je kot tgk mama dia mcm ni. huhuhuhu.. pas salam cium tangan semuanyaa.. nangis2 ni tamau lepas.. sampaikan polis jaga pintu tu cakap.. oh kesian tinggal suami.. takpe laaa.. kejap je.. nanti kan jmpa semula.. (ye lah tu kak oi! dia terus tinggal aku kot pastu)

sampai dalam kapal pun nangis nangis.. abang aris (daddy angkat qaiyyum) yang duty dalam kapal hari tu pun asyik datang jumpa aku n pujuk jangan nangis.. lagi dipujuk lagi nangis.. tak enjoy langsung naik business class.. qaiyyum je la syok sana sini snap gambar sana sini.. mama dia melayan perasaan dengan nangis je.. rindu kat semua.. sayang kat semua.. rasa takut nak duduk negeri orang pun ada.. bukan dekat pun.. jauh jugak tuh..

tapi nangis nangis pun makan tetap makan ye.. hahaha.. selebihnya aku tido n nangis je..

oh ye.. gambar gambar yang aku cakap nak tepek tu.. bukan aku tamau tepek.. rupanya aku dah buat entry sebelum ni..korang tengok gambar kat situ je la ye??

kepada semua yang datang menghantar qistina pada tarikh ini setahun yang lalu... terima kasih diucapkan kerana menghantar kat epot.terima kasih atas persahabatan! sayang korang ketat-ketat!




1 comment:

sharifah rosidah said...

Suka tengok orang bergembira dari berduka, alhamdulillah semuga hidup bertambah ceria disana ya.