Wednesday, February 29

taska budak yang jahat atau pengasuh yang jahat?




korang dah tengok belom video ni? aku tengok kat facebook azzah yang share memula. sakit hati melampau tengok.. mula la aku n pengkomen salahkan taska bla bla bla.. pastu azzah share LINK DARIPADA TUAN PUNYA BLOG PINKGOODNESS ni.. (credit to tuan punya blog).. ini yang dikongsi oleh tuan punya blog...


Taska Permata Kota Masai : Jadikan PENGAJARAN

Video ini dikatakan berlaku Taska Permata KOta Masai sekitar December 2011 dari facebook profile Ila Chandurie (https://www.facebook.com/ilaChandurie)

Pesanannya :
~Minta kerjasama saudara/saudari untuk sebarkan rakaman ini supaya :
1) Rakaman ini sampai ketangan ibu bapa,saudara atau sesiapa yang mengenali kanak2 di dalam rakaman ini
2)Rakaman ini dapat disahkan kebenaran atau kepalsuannya (utk mengelakkan sabotaj)
3) Keluarga kanak2 ini dapat mengambil tindakan yang sewajarnya bagi membela nasib2 kanak2 ini (jika didapati benar)
~Terima kasih kepada keperihatinan semua.Hanya ALLAH yang mampu membalasnya.


Bagi mereka yang tak dapat view video  - screen capture yang menghayat hati. Eeeeeee GERAM dan sangat KEJAM!!





Dari senarai taska berdaftar di JKM Johor ada satu taska yang seakan-akan nama sama. Adakah ini taskanya???

TASKA Permata Dua
No. 2, Jalan Pulasan 30, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang


http://www.jkm.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=164&Itemid=503&lang=ms 

Pesanan seorang kawan : sekadar berkongsi...saye selalu ingat pesan ibu saye..bace "BISMILLAHI TAWAKKALTU 'ALLA-LLAH...WA LA HAU LA WALA QUWWATA ILLA BILLAHIL 'ALIYYIL AZIM.." setiap kali hntr anak ke pengasuh / taska..mudahan allah sentiasa menjaga mereka..ini jek la cara utk kite bertawakkal

UPDATE FROM A FRIEND :



bila baca komen daripada rakan rakan lain yang share video ni kat facebook.. ada yang salahkan ibu bapa sebab tak buat spot check.. tapi mostly salahkan pengasuh la.. tak paham la aku kenapa ada orang yang jahat sangat mcm ni.. budak budak tu kan amanah yang diberikan oleh ibu bapa.. owner taska pun cakap yang dia di aniaya oleh bekas staff dia.. hurmmm.. owner pun takkan la tak dtg check jugak premis tuh. susah nak cakap la.. masing masing ada silap masing masing.. tapi paling silap adalah si pengasuh.. kesian sgt tgk ada budak yang disumbat puting dan di seletep mulut. aku rasa dia dah letih nangis mengamuk agaknya terus tertidur penat.. nak bedung masa ikat mayat tuh.. bukan senang. mesti budak budak ni asalnya meronta tak mau tapi di hukum (mungkin pukul mungkin herdik) semasa nak di bedung ketat mcm tu.. kesian :( aku harap.. kamu yang jahat itu dihukum! jahat sangat kamu buat anak orang mcm ni!

7 comments:

Buyuiazliana said...

hati aku tersentak tgk wei. tp aku bc tajuk paper tgk mka budak yg kena selotep tu. tak thn aku tgk. kwn aku suruh tgk video..uisk x sanggup aku...x sanggup...

ShahidaAzlini said...

kejam sgt..bedung mcm ikat mayat plak tu..x dpt terima..smlm shida tgk video ni sedey sgt..menangis sbb kecian budak2 diperlakukan cm tu

wan nurul hezrina said...

panas hatilah tgk mcmnie..mcm mana lah leh berlaku.patutnya owner taska tapis dulu pengasuh2nie.takpun takut owner tak jaga hati pengasuh n pakai marah2 gaji tak bayarker apaker so pngsuh hangin buat mcm2..

tapi mmg hangin.mana bleh bedung mcm2.gila

pjotlee said...

gila punya manusia!! hangin betul aku tgk..apa kejadah pengasuh tu xde hati perut..kesian weh kat bdk2 tu..klo budak yg xisap puting dia sumbat ngn apa la ek?? selotep mulut ja kot..silap aribulan budak tu lemas xleh bernafas dh jadi kes lain..haihh...dunia akhir zamannnnnnnnnnnn....

atie said...

menangis ok tgk pic2 ni! uhhhh

mamasuri said...

walau apa pun alasan majikan dia..taska ni mmg kurang ajar lah...benda yang tak masuk akal dibuatnya...

(marah ni)

sharifah rosidah said...

Celaka lah kamu wahai pengasuh yang jahat, Allah laknati kamu kerana menganiaya kanak2 yang tak berdosa.