Tuesday, April 26

kalau la balik malaysia...

nak makan roti boom yang super sedaps di dengkil.. 'nak dua ye pakcik'

nak makan pizza super supreme

nak makan roti panas panas di pullman putrajaya

nak makan steamboat and grill dia seoul garden..yummy!

nak makan di madam kwan.. tapi nak kuew tiew goreng dan sagoo gula melaka dia!

nak makan lauk kampung di auntie aini, sepang!

nak makan di pullman putrajaya lagik!

nak makan di itallianies...

nak makan lala cili dan sotong tepung di uptown.. nak makan satay di sup urat keting, bangi.. nak makan mee kari hoi yin kat teluk cempedak.. nak makan meatball di ikea.. nak makan cupcakes red velvet kat delicious.. nak makan naik lemak paru sedaps kat gazebo precint 9.. nak makan nasik goreng ayam mamak style pandi yang masak kat mamak terowong precint 11..nak makan fatty crab (takpe kalau retak lagi gigi aku)..nak makan ayam penyet curve -waroeng penyet-.. nak makan nasik ayam simple.. nak makan yankies hut :( nak balik malaysiaa!!!!!!!

7 comments:

oRkIeD said...

Aku pun rindu amatamat... tetiap malam mimpi balik Malaysia.. parah agaknya aku nie...

MY HEART said...

hoh la haih....

wakpe tayang gambar makan belaka.. buat aku terliur je la ko ni tau....

nak gak balik mesia....

jelita78 said...

wohoooo..
aku yg kat malaysia ni pon rasa mcm nak pi makan semua ko list tu..
sungguh mengancam ok!

PatinPasta said...

Qistina,
Muahahahaha! Akak memang tergelak sungguh baca entry ni. Tapi serious, kan? Bila balik Malaysia, gerenti kita akan belasah habis-habisan nye :D. Berat naik ke hapa, itu belakang kira. Hehe!

Bawak bersabar ye dear :D

* akak teringin tempoyak patin, tempoyak petai udang, sambal tumis jering dan kicap cap kipas udang. wawawa!
* psst.. cantik rumah baru. so sweet, i like! :)

nqr (qistina) said...

sharita - ko mmg letih la tetiap malam mimpi balik malaysia.. tapi ko penah balik sekali kan???

avelyn- hep!!dok sana dendiam.. ko baru je sampai kan.. hahahaha..

jelita- hahahha..apa lagik..gi carik and belasah makan beb!!!!

kak aida- saya ada stok cap kipas udang.. banyak! mahu sebotol? kekekke...

PatinPasta said...

Qistina,
Waaaaaah! Tak aci betul, camno buleh ada kicap kipas udang tu? Ni akak jeles tahap gaban ni! Hehe!

Seriously, family Qistina poskan ke? Tak pecah ke botol tu? Balut sampai camno? Akak dalam proses nak suruh family akak poskan barang, buleh la akak kasitau derang cara-caranya.

nqr (qistina) said...

kak aida-kita dah komen psl kicap kat blog akak..