Saturday, April 16

Menjadi ibu dan bapa

Tau tak tugas menjadi ibu bapa ni sangat sangat mencabar? Mungkin bagi mereka yang takde anak (lagi) tatau betapa 1001 cabaran ko kena hadapi utk membesarkan anak.. Tapi tuh la.. Bg yg takde anak (lagi) cabaran bagi mereka dari segi lain la pulak kan.. Apa aku nak cakap adalah betapa banyaknya cabaran bagi seorang ibu bapa tu nak besarkan anak.. Nak didik anak..

Seriously.. Aku pegang tanggungjawab jadi ibu dan juga bapa untuk qaiyyum.. Memang susah.. Selama ni aku agak bersenang lenang sebab mak aku jaga qaiyyum di kuantan (jaga,sekolah di sana) dan aku hanya amik bila cuti sekolah je. Or jika aku ada cuti panjang or weekend,aku akan balik ke kuantan.. Aku betul2 sepenuhnya jaga qaiyyum sejak empat bulan yang lepas.. (Tidak dikira time baby ok)

Qaiyyum ni seorang budak yang tabah.. Aku bukan disini nak puji anak aku sendiri.. Tapi bagi seorang budak yang membesar sejak umur dia 10bulan tanpa seorang ayah (dia tatau pun sapa ayah dia until dia 5tahun) dia memang seorang yang tabah, berdikari dan bijak.. Aku boleh nampak perbezaan anak aku dgn anak orang lain. The way dia berfikir dan the way dia bercakap memang lain.. Mana mana kawan kawan or rakan sekerja aku sendiri boleh nampak..

Sejak aku duduk bersama qaiyyum, aku dapat nampak anak aku tu sebenarnya stress duduk disini.. Dia kadang meluahkan secara tidak langsung membuatkan aku sendiri terpikir kenapa aku boleh tidak terpikirkan hal macam ni.. Dia selalu nampak happy tapi dalaman dia sebenarnya fragile.. Dengan masalahnya dapat mak yang garang (sapa eh) tapi aku bukan jenis memukul.. Aku memang garang n bising mulut tapi takat tu je.. Pastu dengan situasi sekeliling dia.. Dengan hal kat sekolah.. Dengan kawan kawan yang buli dia.. Macam macam la..

Sejak 4 bulan lepas aku byk dengar dia keluarkan statement2 yang sentapkan hati.. Aku rasa mungkin dia dah tak tahan sangat pendam dan dia akhirnya luahkan secara tak langsung..pastu dia masih confuse dengan masalah bahasa dan pembelajaran di sekolah..kesian anak aku..nak kena catch up dengan banyak benda..banyak perkara..

Tadi aku mengajar dia baca story book.. Aku sampai sakit2 kepala.. Tapi aku percaya dia lagi sakit jiwa dapat cikgu dirumah mcm aku ni.. Ayatnya 'the family was going away' kali pertama baca lupa mcm mana nak sebut away.. Kali kedua lupa mcm mana nak sebut was.. Berulang lupa sebu family.sampaikan ulang2 byk kali masih tak betul sebab dia menghafal.. Bkn memahami apa yang dia baca.. Aku as a mother cuba mcm cara nak ingatkan dia.. Memang sakit jiwa aku mengajar..

Akhirnya pas ayat pertama yang dia failed nak baca lancar tu.. Aku suruh dia gi mandi.. Pasni nak kuar gi supermarket.. Nanti2 lah sambung baca.. Maknya pun dah sakit kepala.. Susah kan jadi ibu bapa? (Anak baru sorang nak dijaga.macam manalaaaaa org2 yang anak dorang ramai tu?)


Wyslano z BlackBerry® w Orange

5 comments:

SurayaCoghlan said...

haish...berat mulut yg membaca, berat lagi tangan yg menaip.

tanggungjawab jadi ibu bapa tu satu hal, tanggungjawab membesarkan anak di negara asing satu hal..i feel you.

nqr (qistina) said...

suraya-yup!!!seksa kan?kesian kat anak..

Anonymous said...

luahkan kat cni pon dpt realese sket kan..sbr byk2 ye qistina..

-zeta-

Maya Marisa said...

be brave and be strong ok dear.

undeniable, being a parents is hard, esp when u r alone. no worries, we are here to elevate ur motivation.

be happy & stay happy :P

nqr (qistina) said...

zeta-kenapa ko komen pakai anon ni beb???aku tak leh masuk blog ko!!!!katanya ada virus.. mencik tau aku punye anti virus ni asyik sound je

maya-tq maya.. memang susah.. terluah disini dah rasa lega sikit...