Wednesday, April 20

situasi kelima

qaiyyum : adik dah bukan jadik budak paling tak cerdik dah kat sekolah...

aku : (terkejut dengan statement dia) huh????kenapa???adik dh terer ke cakap polish?

qaiyyum : tak laaa... adik ada kawan baru.... nama saza (aku tatau mcm mana eja) ---masih pening dengan apa kaitan ada kawan baru dan dia bukan budak paling tak cerdik...

aku : ooo.. dah tu?

qaiyyum : dia tak pandai cakap english langsung...

aku : dahtu dia cakap bahasa apa?

qaiyyum :  bahasa polish... tapi tak reti buat keje sekolah.. adik ajak dia duduk dengan adik.. adik bagi dia tiru keje sekolah adik...

qaiyyum : (gelak2) tu pasal la adik skang dah bijak sikit dari saza....

aku dah tergelak-gelak masa tu..padan la dia cakap dia bukan budak paling tak cerdik dah skarang ni.. katanya budak tu memang budak polish.. and tak tau cakap english.. so byk keje sekolah english dia tak paham.. aku rasa anak aku kesian kat saza tu sebab dia penah berada kat tempat saza tuh... tapi bab bagi tiru tuh.. haihhhhh...

3 comments:

jelita78 said...

haha!
bijakk.. sungguh geliga otak qaiyyum!

zeta said...

qyum2..bijakk..!!! poning kopalo mak kau haaa.. :D

nqr (qistina) said...

tapi katanya saza tak datang sekolah dah semalam.. ntah kenapa..