Friday, April 15

Mimpi

Qaiyyum baru je datang ke bilik aku.. Kejutkan aku.. Dia cakap dia bermimpi buruk. Aku tanya mimpi apa. Mimpi macam mana? (Nak jugak tau mimpi hantu ke kan) tapi dia cakap dia tak tahu nak terangkan macam mana.. Pastu keep telling me that dia takut..

Aku masih tak larat nak bangun and masih sakit muscle aku ni.. Gastrik alhamdulillah dah takde tapi muscle pain ni masih ada.. Aku tanya nak tidur dengan mama tak? Dia kata taknak.. Aku cakap dengan qaiyyum.. Everytime nak tidur, cuci kaki cuci tangan (make sure diri dalam keadaan bersih) dan baca doa tidur..

Dia mintak aku ajarkan doa (bukan doa tidur). Dia mintak aku ajar doa mintak dengan Allah supaya dia dapat tidur lena dan tidak bermimpi takut2.. Agak payah dia nak hafal/ingat sebab ayat aku panjang sedikit..

So dia mintak aku hantar dia ke bilik dia dan bacakan doa utk dia. :( tapi aku betul2 tak larat nak bangun. Plus muscle aku ni menyucuk-nyucuk sangat. Sakitnya macam aku dalam pantang dulu.. Kiri kanan nak pusing memang sakit.. Jadinya aku bacakan doa untuk dia siap siap dari bilik aku, dan dia pun balik bilik dia seorang..

Tengok dia keluar dari bilik aku, aku seperti dapat rasakan kekecewaan dia.. Maafkan mama, mama betul2 lemah.. Terlalu banyak benda yang jadi dalam hidup kita ni sejak akhir akhir ini.. Mama tau qaiyyum observe je tapi tak tau macam mana nak luahkan.. Mama betul betul minta maaf, nak....

Wyslano z BlackBerry® w Orange

6 comments:

IntaNBerliaN said...

Tag Join GA :-)... http://intanberliangacontest.blogspot.com/2011/04/1st-giveaway-by-wan-myzura-collections.html

Zara said...

anak kita mmg memahami beb..

nqr (qistina) said...

INTAN- INSYAaLLAH WILL DO

ZARA- KAN????

jelita78 said...

hope u get well soon dear..
and wishing qaiyyum only the sweet dreams..

jelita78 said...

p/s: happy belated birthday to u too!!

sharifah rosidah said...

Kesiankan+sedih pulak aunty baca entry ni, tapi insyaallah qaiyyum mesti memahami Nya.