Tuesday, May 10

lain orang lain cara

lain orang lain bicara. tadi aku facebook chat dengan se orang rakan yang baru mendirikan rumah tangga... dia berkahwin dengan seorang yang memang waktu kerja tak tentu masa... kadang balik jam 2-3 pagi.. abis awal pulang jam 10 malam.. hari-hari dan weekend pun macam tu jugak..

kawan aku ni pas berkahwin la baru start bercinta dengan suami dia.. aku tanya perasaan dia.. dia jawab dia bahagia.. dia happy.. dia rasa dia okeh je walaupun suami dia seorang yang kerja tak tentu masa... tapi kawan kawan dia tak ok.. sedara mara tak happy... bising bising dekat kawan aku ni kenapa dia boleh rileks je kawen dengan orang macam tuh...

cinta tu buta... ko tak sedar siapa yang ko sayang.. orang yang macam mana ko akan sayang dan jatuh cinta.. itu jodoh dia dan suami.. dia bahagia... suami pun bahagia.. suami dia pun sayang dia... dia pun sayang suami dia.. jadi kenapa kau, orang luar yang bising dengan jodoh dia macam tuh???

kami berborak beberapa perkara dan dia ceritakan apa yang suami dia buat untuk dia.. aku rasa benda tu sweet je.. romantik je... tapi kau orang kata benda tu biasa je.. small matter je.. itu cara dia dan suami dia bercinta... jangan nak samakan dengan suami kau yang kerja pagi balik petang sabtu ahad ada masa untuk ko.. ko boleh merengek rengek nak beli itu ini suami ko belikan... itu cara mereka bercinta... kenapa kau orang yang lebih lebih bising? kenapa kau orang nak suami dia jadi macam suami kau orang?

dia bahagia dengan hidup dia.. dia happy.. aku cakap kat dia.. jangan pregnant lagi.. (kalau dah rezeki, alhamdulillah la terima dengan hati terbuka) aku cakap.. hargai saat manis sedang bercinta, sedang mengenali hati budi ni... pasti manis! pasti manis untuk di kenang sampai bila-bila!

4 comments:

yang namanya ieda said...

alaaa. tasabar nak kawen ! hik :p

nqr (qistina) said...

eh awak ni!

Edira Azreen said...

great articles!!!walaupon aku x mcm org tu,tapi ko dh tolong redakan hati aku sket sbb org ramai dok kutuk aku ngan laki aku ddk jauh n sebab duit dan macam2 lagi....hmmm...susah nk pleased seme org....

nqr (qistina) said...

edira-cerita seorang kawan :) pedulikkan apa org cakap...